February 20, 2014

Bergaya Dengan Peplum Dress Anggun Dan Cantik

Assallammualaikum

Hai semua pembaca blog...hari ini shaila hendak cerita pasal peplum dress...seperti kita tahu, peplum dress ini memang terkenal masa kini. Malah digayakan oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah dewasa dan orang tua. Peplum juga telah direka dengan pelbagai design dari ke pejabat hinggalah ke majlis-majlis yang istimewa. okay tanpa berlengah lagi jom shaila review sikit pasal peplum dress ini.


Sejak akhir-akhir ini trend peplum dress semakin menjadi kegilaan ramai terutamanya bagi kaum wanita moden. Stail dress ini juga mencuri perhatian kerana tampak begitu segar di mata penggemar fesyen tanah air.


 Malah dalam pada masa yang sama ianya membuatkan kita mengimbau kenangan zaman kegemilangan biduan wanita terkenal iaitu Saloma kerana beliau begitu dikenali dengan gaya klasik peplum dress. 


Trend ini juga kelihatannya menjadi ikutan dalam kalangan selebriti masa kini.Semakin ramai yang menggayakan dress ala peplum mereka di bawah sorotan lampu serta kamera di karpet merah pada majlis-majlis anugerah hiburan. Ramai bersetuju trend ini mejadi kegemaran adalah kerana dress tersebut nampak begitu classy apabila dipakai.


 Peplum dresses juga sangat sesuai dipakai ke kerja malah lebih menarik untuk keparti. Lace-like pattern pula menambahkan keserian kepadanya.


Bagi wanita yang bekerja mereka pasti akan suka dengan dress ini kerana ianya menambahkan stail vintage kepada penampilan mereka. 

Sehelai peplum dress dapat berikan imej yang lebih segar kepada si pemakai. Tapi bagaimana cara untuk menggayakannya? Cuba padankan dengan sepasang kasut tinggi ianya pasti membuatkan penampilan seksi anda lebih sempurna!

Layari zalora.com.my dan dapatkan koleksi menarik peplum dress dengan pelbagai variasi rekaan dan warna. Malah anda pasti teruja dengan apa yang mereka tawarkan iaitu peplum dress daripada jenama-jenama terkenal dengan kualiti yang cukup tinggi. Zalora Malaysia menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik buat penggemar fesyen.Langkah-langkahpembelian di sana juga begitu mudah namunselamat buat pembeli. Lihat Zalora blog untukberita-berita fesyen terkini.

Sekian Terima Kasih

February 15, 2014

Kick Off To Universal Studio Singapore Day 2

Assallammualaikum


Hai semua...pada entry shaila yang lepas, shaila ada cerita tentang kick off yang di anjurkan oleh company shaila. Okay pada hari kedua, selepas bersarapan di KSL Resort di johor baharu, kami bertolak menaiki bus ke universal studio Singapore. Ohhhh sebelum itu, pastikan korang sudah prepare passport yer sama ada invidual atau group passport pun boleh. Okay di atas adalah gambar shaila bersama dengan staff tempat shaila berkerja..(^_^)


hihihi..haruslah ada gambar shaila jugakkan..(^_^)


Okay, ini tempat pertama yang shaila dan rakan-rakan tuju iaitu sesame street. Didalam ini, kita akan di bawa menaiki kereta yang comel seperti gambar di atas. Di dalam ini terdapat banyak patung-patung yang memainkan watak dalam sesame street. Ada juga part dia akan pancut air dekat kita..hahaha..tetapi memang best dan cute patung-patung yang ada di sana..(^_^)


kemudian shaila dan rakan-rakan bergerak ke tempat kedua iaitu transfomer. Serius, ini adalah pengalaman paling best dan terbaik walaupun terpaksa berdiri selam 45 minit untuk menaikinya.Sebelum masuk, shaila dan rakan-rakan dikehendaki memakai cermin mata 3d. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dimana kita dibawa menaiki kereta untuk merasai dunia transformer. Serius shaila cakap, memang nampak real tengok transformer berlawan, then robot jahat itu kacau kita dan serang kita. tiapa part tiba-tiba serpihan letupan ke arah kita, dan kemudian kereta itu menjadi laju giler kerana hendak lari dari robot jahat, then transfomer pengang kereta kita..hahaha...susah hendak di luahkan betapa teruja dan seronok semasa berada di dalam transformers.


Ini adalah artifak yang menarik berada disana iaitu dinasor, shaila singgah di jurassis park untuk makan tengahari dahulu.


Okay sebut pasal makan, inilah makan tengahari shaila. Shaila dan rakan-rakan di beri kupon 10 us.Terdapat banyak sebernarnya makanan disitu, kita kena pandai pilih lar sebab ada yang halal and ada yang non halal.


Inilah shaila bergambar di rumah shrek..hihihi. okay untuk shrek, diorang buat menonton wayang dalam bentuk 3D dan tidak di benarkan mengambil gambar semada didalamnya. Yang istimewanya adalah ada part kerusi kita duduk akan bergegar.then dah nama 3Dkan mestilah ada part anak panah...benda itu macam kena kita sahaja, padahal tidak pun...hihihi...dan ada gak part terbersin then terasa air kena dekat kita.


Ini pula, shaila masuk madagascar, serius cute betul watak madagascar yang ada di situ terutama alex. dalam madagascar ini, satu part yang tidak dapat di lupakan adalah semasa kitaorang terpaksa melalui air?? alamak...basah lar, sebenarnya di acah sahaja dan lagi satu part adalah dia buat dia naikkan kereta kitaorag, shaila aspect dia akan jatuhkan balik rupanya dia keluar tempat lain...fuhhh lega...hihihi


Movie time !!! disini , shaila dan rakan-rakan menyaksi persembahan perang yang di anjurankan oleh pihak uss ini. Jalan ceritanya sangat menarik begitu juga dengan aksinya. Di sini ada babak tembak menembak, bom dan aksi lawan.


ini gambar shaila sekitar di USS..


Antara kereta antik yang di pamerkan di USS


Gambar shaila di Mummy dan dengan orang tinggi...hihihi


Dan ini gambar shaila dengan moscot shrek dan julien...hihihi comelkan moscot itu...hurmmmm kalau korang hendak tahu, shaila di tinggalkan oleh rakan-rakan kerana teruja hendak ambil gambar dengan moscot-moscot ini..Tapi takpe asalkan shaila dapat gambar dengan diorangkan...hahahah

Okay sampai disini sahaja story shaila..jumpa di next entry...daaaaa...

Sekian terima Kasih






Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...