October 23, 2013

MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask Review By CathyJoy.com

Assallammualaikum



Hai semua...apa khabar? sihat? okay tanpa membuang masa, hari ini shaila hendak buat review tentang produk MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask Review By CathyJoy.com . Apa yang istimewa tentang produk ini adalah topeng ini adalah dari arang aktif yang mengandungi castor oil semulajadi dan ekstrak buah-buahan untuk mencerahkan kulit dan membuang toksin yang ada pada lapisan kulit. Apabila kulit kita terdedah dengan persekitaran yang yang berdebu dan kotor, boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat dan kulit menjadi kusam. MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask mampu membersih, menyegarkan dan mencerahkan kulit anda.

Arahan Penggunaan:

1. Selepas membersihkan muka, letakkan toner pada kulit anda, kemudian ambil mask dan letakkan pada muka.Sambil itu bela-belalah topeng ini sikit bagi betul-betul terletak pada tempat sepatutnya.
2. Biarkan seketika selama 10 ~ 20 minit dan dan tanggalkan topeng
3. Kemudian biarkan seketika sambil menepuk-nepuk muka macam pakai toner itu dan bilaslah dengan air bersih.

My Testimoni


1- Produk ini senang dipakai.
2- Yang paling shaila suka adalah, bau dia sangat-sangat wangi dan mampu membuat kita rasa tenang sahaja.Serius tidak tipu.
3- Rasa sejuk sahaja semasa pakai.
4- Bila buka, serius muka nampak segar, tidak kusam dan lembut sahaja.Seperti gambar di atas muka shaila selepas pakai MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask tanpa sebarang make up.



Harga:

RM 10.90

Jika Berminat, bolehlah beli disini :


Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...