Logo KBBA

Februari 14, 2013

Moustache Accessories

Assallamualaikum


Hai semua...seperti yang kita tahu, aksesori misai sekarang sangat famous.ramai remaja dah start menggunakan aksesori misai.The-DramaQueen-Shop adalah antara web yang menjual Moustache Accessories.Di bawah adalah beberapa gambar Moustache Accessories.





Sekian..terima kasih..♥♥

Februari 08, 2013

Warna blok..^^

Assallamualaikum..^^
Hai..sekarang seperti yang kita tahu,color blok memang sangat famous sekarang.. Apakah maksud Color Block? Color Blocking merupakan kombinasi berlainan warna di mana setiap warna tersebut akan menyokong antara satu dengan yang lain.Tetapi harus di ingatkan,untuk match and matching kena pandai dan tepat kalau tidak ia akan nampak tidak cantik atau pelik.Jadi pemilihan color itu amat penting..Semasa buat research tentang color bclok,saya terjumpa beberapa gambar yang menarik perhatian saya...^^

Biru cair + biru pekat

Merah + Biru cair

Orange + Pink 

Pink + Biru

Example For Muslimah

Orange + Pink

Merah + Hijau

Orange + Hijau

Hijau + Maroon

Sekian..bubye..^^

Februari 07, 2013

Jeragat atau Pigmentasi pada wajah

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.
Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag  ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Punca terjadinya jeragat adalah:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah.


Januari 27, 2013

Kick Off to Sabah-Water Rafting

Assallamualaikum^^


hai semua...ini merupakan aktiviti terakhir sebelum balik.First time saya juga saya cube water rafting,Sebelum ini tidak pernak cuba pun.Actually aktiviti ini sangat-sangat best.Selain dapat memupuk semangat kerja sama antara pasukan.


 yang belakang itu adalah pasilator kitaorang dan pengudi yang penting.Dia yang kawal dan mengimbangkan pergerakkan bot yang kitaorang dayung.

walaupun banyak rintang tapi still dapat mengharungi arus sungai.Arus pula bergantung ada beberapa tempat agak deras dan ade beberapa tempat tenang sahaja.

Sungai ini sangat cantik begitu juga dengan pemandangan disitu.Selain airnya yang bersih dan udara yang segar sekali.

Akhirnya kitaorang sampai juga^^.Habis aktiviti ini,kami pun berangkat ke Kota kinabalu airport untuk pulang...

Sekian...bubye...

Januari 20, 2013

kick Off to Sabah-Drive Motivation

Assallamualaikum^^


Pada 17 to 19 haribulan yang lepas,tempat kerja saya buat rombongan ke Kota Kinabalu Sabah.Kami menginap di Kinabalu Daya Hotel.Kinabalu Daya Hotel ini terletak ditengah bandar Kota Kinabalu. Kemudahan dan perkhidmatan hotel ini juga bagus.

Drive Motivation


Ini adalah aktiviti pada hari pertama yang dilakukan apabila sampai di Sabah iaitu drive motivation.Aktiviti ini berlula dari pukul 12.00 tengahari hingga 6.00 petang.Drive motivation ini adalah presantation yang boss bentangkan  untuk memberi info berkenaan marketing,sale dan juga target yang perlu dicapai.Sebelum ini selalu training dekat UITM,then bila masuk alam perkerjaan bila ada trainning jadi culture shock jugalah kerana cara yang berbeza.


Okay ini adalah perkerja contoh yang baik..Apabila mata start rase mengantuk itulah hasilnya..^^

Makan Malam


Juadah diatas adalah menu makan malam kami semasa disana..masakannya boleh tahanlah tapi saya kurang minat sangat sebab dia masakan ala-ala cine.Apa-apa pun masak orang melayu juga terbaik..huhuhu...^^


Antara gambar diambil semasa makan malam di restoran itu^^


Ini adalah gambar-gambar diatas diambil selepas makan malam.Actually suasana time malam disini sangat meriah berbanding dengan Sarawak.Sarawak time malam kebanyakkan kedai sudah tutup tapi disini still buka lagi.Selain itu banyak lampu-lampu yang menghiasi tempat ini menjadikanya nampak ceria.


Antara tarikkan ditempat ini adalah Pasar filipina tidak silap nama die..Terdapat banyak barang cenderahati dan juga mutiara yang dijual disitu.Memang rambang matalah dibuatnya semua barang rasa nak beli...huhuhu.Tapi saya tidak banyak shopping pun,tengah bulanlah katakan...^^

Sekian..Terima kasih..Bubye^^

Januari 13, 2013

MAjlis cukur jambul Aleesha Malaiqah

Assallamualaikum^^


HAi semua,entry kali ini adalah serba sedikit story majlis cukur jambul my lovely anak buah Aleesha Malaiqah.Sebelum itu,apa itu cukur jambul?Sebenarnya ia adalah kali pertama bayi bergunting rambut, dilakukan mengikut tradisi Melayu. Ia adalah satu upacara tradisi yang penting yang diadakan supaya keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk mengukuhkan ikatan dan menyambut kedatangan bayi ke dalam keluarga.



Dalam kenduri cukur jambul yang tradisional, rambut bayi akan dicukur dan kemudian ditanam. Ahli keluarga terdekat selalunya dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut. Selalunya, doa dibacakan atau dinyanyikan (marhaban atau berzanji). Sambutan secara lain bergantung kepada tradisi keluarga dan adat setempat. 


Okay..mata dia memang sangat bulat..ada macam mata Heliza Helmi tak?huhuhu


Okay..pelamin itu,saya,adik dan kakak ipar yang hias dan reka tau^^cantik tak?hihihi



Dua diatas gamabar saya dengan adik,actually kalau kitaorang keluar atau bersama ramai tidak percaya dia adik saya^^hebat tak?huhuhu


Budak kecik saya pangku tu nama dia fitri and die memang suke ketawa^^

Sekian..bubye^^