Assallammualaikum
hai..semua...okay kali ini hendak cerita tentang percutian shaila sekeluarga serta anak-anak buah.Okay pada hari ahad yang lepas, shaila pergi bercuti ke Teluk Batik. Kan hari isnin cuti sempena cuti 1 Malaysia...jadi shaila gerak pagi ahad... percutian ini tidak dirancang pun, tiba-tiba hari selasa sebelum pergi bercuti,abah shaila telefon suruh cari tepat penginapan di Teluk Batik..fuhhh..nasib masih ada kosong, kalau tidak memang tidaklah kami pergi bercuti.ohhh abaikan muke anak buah shaila itu...anak buah shaila itu memang suke buat mimik muka yang bajet comel macam itu...hahaha
Semasa singgah minum pagi..shaila terjumpe pulak dengan kucing yang bajet handsome ini...so apa lagi...ambil gambar lar...mesti masa ni kucing itu berasa banggakan sebab ada peminat ambil gambar dengan dia...muahahaha
Haaa...inilah tempat shaila menginap, nama chalet ini adalah chalet impian.okay lar chalet ini lagipun dekat dengan pantai jadi bila-bila boleh pergi mandi..harga chalet di belakang shaila ini adalah rm 120...sebenarnya shaila dapat dorm,tapi lupa pulak nak pick gambar dorm itu..harga dorm itu sebenarnya rm 180.00 tetapi tuan punya dorm itu baik hati dia bagilah diakaun.Dalam dorm itu ada 4 katil berkembar dan satu bilik air...jadi kitaorang memang tidak ada masaalah untuk berebut tempat tidur sebab berlebih-lebih sudah.
Chalet Impian
Tara!!.. shaila jumpa obor-obor yang sangat besar semasa jalan-jalan dengan anak buah dekat tepi pantai.Sebenarnya motif kitaorang hendak pergi beli ais batu,entah macamana teruja sangat nampak pantai jadi shaila ajak lar anak buah jalan-jalan dekat pantai dahulu.
Cuba teka shaila pegang ke tidak obor-obor itu...haaa..korang tahu tak selepas shaila dan anak buah bergambar dengan obor-obor itu terus ramai orang datang dekat kitaorang untuk tengok obor-obor itu..wahhh...shaila telah menyebabkan obor-obor itu popular...hahaha...Rupanya ramai yang tidak perasan obor-obor itu tersadai disitu. kemudian petang itu shaila datang balik untuk tengok obor-obor itu,tapi dah tiada...melepas anak buah shaila yang lain untuk tengok..
Jom kita mandi-manda...hahaha...masa ini pagi isnin,walaupun waktu masih pagi,bahangnya sangat-sangat terasa.
dua orang anak buah shaila yang tidak henti-henti mandi walaupun masa ini diorang demam.
haaa...untuk naik bot ini harganya rm5.00 untuk seorang...tapi dia tidaklah bawak jauh mana pun shaila rasa tidak sampai setengah jam pun..^^
Lihatlah anak-anak buah dan abah khusyuk menikmati pemandangan laut...okay sampai sini sahaja...
Contact Chalet Impian Teluk Batik
PUAN SITI : 019-579 3907 atau PEJABAT : 05-6898961
Laman Web
-TQ-