July 29, 2013

Learning Day

Assallammualaikum



Pada minggu lepas,company shaila buat event Learning Day...hahaha...baru sekarang dapat update entry pasal event ini...okay seramai 100 orang jemputan dari pelbagai company hadir pada event ini...


Ini packaging goodies bag dari kami..^^ 


 Shaila punya tugas macam biasa ambik attandance tetamu yang datang dan juga memberi goodies bag..Event ini berjalan dengan lancar...cuma ade seorang tetamu yang tidak di undang dan bikin kecoh di event ini...last-last kena halau dengan pak guard...kesian pun ada juga tengok..


Ini adalah suasana dalam auditorium..

  Okay..ini shaila dengan mok cik senah...hahaha...sibuk-sibuk buat keje...bergambar haruss...hahaha


Ini pula gambar shaila dengan mok cik ana...ohhh...lupa...tema untuk staff adalah color orange..



Okay..jom kita main dam gergasi..hihihi..ini adalah salah satu aktiviti yang berlangsung semasa event ini..


Kart Factory


Okay yang ini pula adalah kart factory...di sini,peserta akan diajar serba sedikit tentang kart dan juga cara untuk buat kart..okay sampai sini sahaja...^^

Sekian Terima kAsih

July 26, 2013

Resepi kuih Keria

Assallammualaikum


hai semua..hari ini shaila hendak share resepi buat kuih keria pulak...yum...yum...yum...my favorite kuih shaila actually..

Resepinya adalah : 

1) Ubi Keledek yang color orange dalam 10 biji
2) Tepung gandum 1/2 sahaja
3) satu sudu garam
4) Gula

Caranya:

1) Rebus  keledek plus sedikit garam dahulu hingga lembut ( macam shaila,shaila terus rebus dengan kulit2nya sekali...after rebus baru kopek...kalau hendak buang dahulu kulit pun boleh.
2) Apabila sudah lembut, lenyet keledek tadi hingga hancur kemudian campurkan dengan tepung gandum dan sedikit garam.
3) kemudian apabila semua bahan sudah sebati...bolehlah dibentuk menjadi gelang-gelang yang comel..
4)kemudian goreng dahulu kuih
5) Panaskan gula dengan sedikit air...apabila gula sudah cair...barulah letakkan kuih yang telah digoreng tadi...kacau hingga gula menjadi putih gedu dan nampak berderai...kemudian done...

Sekian Terima Kasih

July 25, 2013

Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat

Assallamualaikum


Hai semua...shaila hendak share serba sedikit tips agar kulit bebas jearwat...tapi kulit shaila ade jerawat plus tips akhir sekali failed...coz shaila kurang gemar air masak...akibatnya kulit kering...zzzzzz...okay kita tengok beberapa tips...hopefully dapat membantu..^^

1) Pilih Sabun Bebas Minyak

Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

2) Jangan Picit Jerawat Anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

3) Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

4) Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.

5) Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

6) Jangan Sentuh Muka Anda!

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

7) Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda.

Sekian Terima Kasih

July 22, 2013

Resepi Ayam Berempah

Assallamualaikum


Okay hari ini shaila hendak kongsi resepi ayam goreng berempah...aummmmm...terasa terliur pulak tengok...hehehe...okay dibawah adalah resepi yang shaila gunakan untuk membuat ayam goreng berempah...jom tengok..kepada yang ingin mencuba...selamat mencuba yer..^^

AYAM GORENG BEREMPAH

bahan- bahan :

bahan A
5-6 ketul ayam 
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
5 tangkai daun kari
garam
Tepung gandum
serbuk kunyit

Bahan B (dikisar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

kemudian gaul kesemua dan perap selama setengah jam...kemudian goreng...jangan menggunakan api terlalu kuat...nanti hanggit sahaja...masaknya idok...kemudian...done...bolehlah makan bersama nasi putih....tapi nasi lemak pun sodapppp...^^

Sekian Terima Kasih

Belajar Cara Lukis Eyeliner

Assallammualaikum,

hai...apa khabar semua...hari ini shaila hendak tunjuk hasil study shaila tentang macamana hendak draw eyeliner bagi cantik dan kemas.


Ini adalah eyeliner yang shaila pakai...tidak ada jenama pun...eyeliner ini jenis liquid eyeliner..shaila suka pakai eyeliner ini sebab dia waterproof so tahan lama..^^


Actualy shaila tengok sorang kawan fb shaila...dia pakai eyeliner cantik dan kemas...sama panjang dan letik garisan kiri dan kanan...disebabkan perasaan ingin mencuba...so shaila pun trylah google then shaila jumpe tutorial step by step ini..then shaila ikutlah step by step...




hurrrrmmm...jadi tak?ini adalah hasil seminggu shaila praktikkan...kalau tidak jadi takpe nanti cuba lagi...yang penting kalau kite handak belajar sesuatu yang baru..kenalah try and error..okay macam gambar diatas dia pakai belah bawah sekali..tapi shaila tidak suka sangat pakai belah bawah nanti kena air mata then comot...jadi mata akan kelihatan macam zombi kampung pisang...huhuhu..okay sampai sini sahaja...bubye...

Sekian Terima Kasih

July 12, 2013

Tony Moly Tony Tint

Assallamualaikum


HAi semua...entry shaila kali ini adalah tentang Tony Moly Tony Tint..shaila pakai yang belah kanan seperti gambar dibawah...shaila pakai cherry pink..shaila suke pakai benda ini sebab tahan lama even lepas makan pun color dia still ada...so xyah pas makan nak lipstik balik...selalu sebelum pakai tony ini,shaila pakai lipice jenama maybelline..baru shaila pakai tony..Untuk tony tint ini...shaila bagi 4/5..^^


Liptint Obuse mudah diserap,tahan lama dan membuatkan bibir tidak nampak pucat. Liptint Obuse adalah water based,so tidak seperti lipstick atau lipgloss yang bertekstur berat.

Kelebihan Liptint Obuse :
~ Warna Alami dengan pemakaian secukupnya
~Liptint tidak membuat bibir kering kerana mengandungi jojoba oil dan stiva ekstrak
~ Diperkaya dengan Vitamin E
~ Kalau pakai lip tint, bibir jadi berwarna tapi tidak terasa berat seperti memakai lipstick, lebih ringan dan tampak alami
~ OBUSE TINT yang bagus juga jauh lebih tahan lama daripada lipstik. Warnanya tidak akan hilang walaupun dipakai saat makan dan minum.
~ Dengan pemakaian teratur boleh membuat bibir berwarna pink alami.
~ Packing yang kecil sehingga mudah dibawa kemana-mana
~ Pemakaian yang lama hingga 1-2 bulan

Tips Pemakaian :
~ Setelah mengaplikasikan Liptint dalam bentuk dot-dot 2-3 dot,segera ratakan,jangan ditinggal dalam waktu lama karena cepat kering dan susah hilangnya
~ Pastikan saat meratakannya benar-benar merata kalau tidak akan terlihat tidak natural.

16 sebab mengapa anda harus membuang lipstick anda dan menggantikan dengan Lip Tint!!!

1. Mudah disapu - hanya dot-dot kan dibibir dan ratakannya menggunakan bibir untuk hasil natural
2. Tidak melekit - kelihatan natural selepas disapu
3. Soft Look- nampak lembut dan sebati kerana ia cepat meresap ke kulit.
4. Terasa Ringan- struktur yang ringan membuatkan anda selesa melakukan apa jua aktiviti.
5. Hanya Sapu Sedikit Saja kerana warnanya yang pekat
6. Boleh diguna sebagai blush on,oles kat pipi & ratakan
7. Express (10saat)- hanya 10 saat saja kerana letak beberapa dot dan sapu saje
8. Pink Semulajadi- nampak seolah olah memang berseri dari dalam!
9. Jenis cecair - sangat selesa memakainya
10. Warna Pink Yang Segar- tiada lagi kepucatan
11. Mudah Dibawa
12. Tahan Lama
13. Kelihatan Anggun
14. Harga Berpatutan
15. Cute Packaging
16. Bibir Persis Pelakon KOREA

Sekian Terima Kasih

July 09, 2013

Fungsi & Kebaikan Bedak TANAKA

Assallamualaikum



Hai semua...okay hari ini shaila hendak review pasal Bedak Tanaka..Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh..Bedak ini Shaila dapat free gift semasa beli Adha skin care...Shaila dah cuba bedak ini...bedak ini memang best...bila pakai terasa sejuk sahaja muka..dan muka menjadi segar...untuk kelihatan putih dan sebagainya shaila belum nampak lagi...sebab baru pakai...tetapi bila lihat fungsi bedak ini...fuhhh mantap...bedak ini juga boleh buat macam foundation tau...caranya adalah basahkan span then dap..dap...dap...pada muka...shaila sudah cuba...memang tahan minyak...tapi tahap UV dia shaila tidak pasti berapa...tetapi shaila kurang gemar bau dia...maybe shaila kena cuba haruman lain..kerana dia mempunyai 4 haruman..untuk bedak ini shaila boleh bagi markah 3/5.Harga bedak ini adalah RM20.00..

101 fungsi dan kebaikan antaranya ialah

✔melicinkan kulit muka

✔memberi kesegaran pada kulit

✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit

✔menanggalkan sel kulit mati

✔ia membantu sejukkan kulit

✔membersih & menengang wajah

✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih

✔ Sesuai untuk semua lapisan umur

✔ Menghilangkan ruam-ruam badan

✔ Boleh digunakan dimuka dan badan

✔ Menghilangkan gatal-gatal badan

✔ Mengecutkan jerawat

✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.

✔ Hilangkan jeragat

✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka

✔ Pelindung cahaya matahari

✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


Bedak Tanaka mempunyai 4 jenis haruman :-

- rose(warna pink)

-jasmine(putih)

-krim(original)

-hijau(lemon)

P/S: Cara Guna...Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak TANAKA rata2 ke muka guna tangan atau span muka. ** Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak TANAKA dgn air dan sapu kan ke muka. Lps 30 min boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun blh…blh cakap2 time sapu..muka x kedut mcm pakai masker.. ** Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk. ** Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. ** Sesuai untuk lelaki dan wanita…dewasa dan kanak-kanak.

Awards & Certificate Bedak Tanaka Myanmar ShwePyiNann
- ISO 9001:2008
- 2008 Global Excelleence Awards
- 2009 People's Choice Awards
- Bureau of Food & Drugs - Kementerian Kesihatan Philippines
- HALAL Myanmar
- FDA ( Thailand )
- Test Report PSB Singapore
- Approved Kementerian Kesihatan Myanmar
- Certificate of State Registration in Russia

Sekian terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...