August 13, 2013

Sambutan Hari Raya Pertama

Assallammualaikum


Hai semua pembaca...apa khabar...wahhh dah lama rasanya shaila tidak update blog dan blogwalking...serius rindu...shaila sekarang dalam minggu yang amat-amat sibuk hinggalah selepas 24.8.2013...ada apa dengan tarikh itu...haaa...itu kena tunggu next entry la...hahaha...okay entry shaila kali ini adalah bercerita tentang raya pertama shaila.Raya pertama shaila beraya di Sg Buloh sahaja...suasana dia agak slow sikit ditambah pulak mic dekat masjid rosak so xdpt dgr takbir raya berkumandang...penyelesaiannya just dengar dalam tv sahaja..


haa...ini gambar shaila dengan anak buah kesayangan shaila...nama dia aleesyah..yang istimewa tentang budak nie adalah rambut dia..hahaha...rambut dia special tau...macam maggie...hahaha


ini pula adalah gambar shaila dengan abah dan mama...kesian kitaorang...tiada orang hendak ambil gambar...so ambil gambar sendiri la jawabnya...


inilah kakak ipar shaila...ummi kepada aleesyah...special tentang kakak ipar shaila dalah matanya yang bulat...i like...^^


ohhh...lupa pula...tema kitaorang untuk tahun ini pink dan biru turquoise..


haaa...inilah abang shaila...aleesyah dan kakak ipar shaila...^^


Oppsss...gambar kami berdua lagi...aleesyah ini memang budak tiada perasaan dan susah untuk senyum...so kalau ambilgambar dengan dia...itulah jadinya...aunty die ter over senyum...huhuhu


Nielah kakak saudara shaila yang paling cute...senang cite muda dari usia sebenar...rahsianya? simply siti...hahaha


and last picture dan merupakan gambar penutup untuk entry ini adalah gambar kakak shaila yang senget...huh...rosak gambar tul...hahahah...okay sampai sini sahaja...daaaa...

Sekian Terima Kasih

August 04, 2013

Produk kecantikan Alaisyah


Assallammualaikum


Hai...semua...hari ini shaila hendak review tentang produk kecatikkan Alaisyah..Shaila guna produk ini semasa shaila menuntut di universiti.Biasalah zaman belajar banyak pakai duitkan so ini adalah antara produk ekonomoney untuk bergelar pelajar..Okay apa yang best tentang produk ini adalah produk ini dapat mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut-parut jerawat.Pengalama shaila menggunakannya kulit shaila memang sesuai selain jerawat shaila dapat di kurangkan..parut jerawat juga semakin pudar dalam masa 2 hingga ke 3 minggu..tetapi untuk kulit orang lain shaila tidak pasti...sebab kulit kita berbeza..Selain itu krim kecantikan Alaisyah sangat best...shaila jadikan dia sebagai foundation...Di bawah adalah rutin penjagaan produk alaisyah dan juga kebaikannya

1) Gel Pengelupas 

Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

P/S: Shaila pakai seminggu sekali

2) Pembersih Pencerah Muka 

Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

3 )Penyegar Liang Pori 

Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.

4) Sari Pelembap Awet Muda 

A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.

5)Pencerah Kulit 

Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.

P/S: Penapis sinaran UVnya tidak kuat so Shaila tidak pakai..Shaila gantikan dengan krim Sun block..

5) Krim Kecantikan

Ketahuilah rahsia wanita jelita
Krim Kecantikan ini dirumuskan dengan UV supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, lebih halus, menjadikan anda lebih muda jelita. Sebaik sahaja krim ini disapukan anda akan mendapat hasil yang memuaskan dengan serta kepada kulit anda. 

Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut. 

Sapukan Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White selepas mencuci muka dengan bersih setiap pagi dan malam. Krim ini juga boleh digunakan sebagai krim perawat, krim pelembap pada waktu siang, krim penutup, krim malam atau sebagai krim asas solek. Wajah anda pasti akan lebih jelita. 

Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White dirumuskan secara saintifik supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, halus, menjadikan anda lebih muda jelita.

P/S: Product Alaisyah sekarang sudah bertukar wajah...lagi cantik dan menawan...tergoda juga melihatnya.

Inilah Hasilnya..^^

Before / After

Sekian Terima Kasih

July 29, 2013

Learning Day

Assallammualaikum



Pada minggu lepas,company shaila buat event Learning Day...hahaha...baru sekarang dapat update entry pasal event ini...okay seramai 100 orang jemputan dari pelbagai company hadir pada event ini...


Ini packaging goodies bag dari kami..^^ 


 Shaila punya tugas macam biasa ambik attandance tetamu yang datang dan juga memberi goodies bag..Event ini berjalan dengan lancar...cuma ade seorang tetamu yang tidak di undang dan bikin kecoh di event ini...last-last kena halau dengan pak guard...kesian pun ada juga tengok..


Ini adalah suasana dalam auditorium..

  Okay..ini shaila dengan mok cik senah...hahaha...sibuk-sibuk buat keje...bergambar haruss...hahaha


Ini pula gambar shaila dengan mok cik ana...ohhh...lupa...tema untuk staff adalah color orange..



Okay..jom kita main dam gergasi..hihihi..ini adalah salah satu aktiviti yang berlangsung semasa event ini..


Kart Factory


Okay yang ini pula adalah kart factory...di sini,peserta akan diajar serba sedikit tentang kart dan juga cara untuk buat kart..okay sampai sini sahaja...^^

Sekian Terima kAsih

July 26, 2013

Resepi kuih Keria

Assallammualaikum


hai semua..hari ini shaila hendak share resepi buat kuih keria pulak...yum...yum...yum...my favorite kuih shaila actually..

Resepinya adalah : 

1) Ubi Keledek yang color orange dalam 10 biji
2) Tepung gandum 1/2 sahaja
3) satu sudu garam
4) Gula

Caranya:

1) Rebus  keledek plus sedikit garam dahulu hingga lembut ( macam shaila,shaila terus rebus dengan kulit2nya sekali...after rebus baru kopek...kalau hendak buang dahulu kulit pun boleh.
2) Apabila sudah lembut, lenyet keledek tadi hingga hancur kemudian campurkan dengan tepung gandum dan sedikit garam.
3) kemudian apabila semua bahan sudah sebati...bolehlah dibentuk menjadi gelang-gelang yang comel..
4)kemudian goreng dahulu kuih
5) Panaskan gula dengan sedikit air...apabila gula sudah cair...barulah letakkan kuih yang telah digoreng tadi...kacau hingga gula menjadi putih gedu dan nampak berderai...kemudian done...

Sekian Terima Kasih

July 25, 2013

Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat

Assallamualaikum


Hai semua...shaila hendak share serba sedikit tips agar kulit bebas jearwat...tapi kulit shaila ade jerawat plus tips akhir sekali failed...coz shaila kurang gemar air masak...akibatnya kulit kering...zzzzzz...okay kita tengok beberapa tips...hopefully dapat membantu..^^

1) Pilih Sabun Bebas Minyak

Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

2) Jangan Picit Jerawat Anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

3) Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

4) Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.

5) Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

6) Jangan Sentuh Muka Anda!

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

7) Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda.

Sekian Terima Kasih

July 22, 2013

Resepi Ayam Berempah

Assallamualaikum


Okay hari ini shaila hendak kongsi resepi ayam goreng berempah...aummmmm...terasa terliur pulak tengok...hehehe...okay dibawah adalah resepi yang shaila gunakan untuk membuat ayam goreng berempah...jom tengok..kepada yang ingin mencuba...selamat mencuba yer..^^

AYAM GORENG BEREMPAH

bahan- bahan :

bahan A
5-6 ketul ayam 
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
5 tangkai daun kari
garam
Tepung gandum
serbuk kunyit

Bahan B (dikisar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

kemudian gaul kesemua dan perap selama setengah jam...kemudian goreng...jangan menggunakan api terlalu kuat...nanti hanggit sahaja...masaknya idok...kemudian...done...bolehlah makan bersama nasi putih....tapi nasi lemak pun sodapppp...^^

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...