June 23, 2023

Travel | Hay Cafe Sekinchan


Assallammualaikum, memandangkan ketika Sha pergi Sekinchan adalah pada hari lahir suami, jadi sha telah singgah di sebuah cafe yang agak terkenal juga iaitu Hay Cafe Sekinchan. Apa yang menarik tentang Cafe ini adalah terletak bersebelahan sawah padi. Cafe ini dikelilingi oleh sawah padi Sekinchan yang menghijau jika ketika memang musim padi menghijau.



Hay Cafe ini merupakan kafe berkonsepkan Inggeris. Menawarkan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta, Kopi dan Kek. 

Korang boleh pilih  samada untuk makan di dalam kafe berhawa dingin atau diluar menikmati hidangan sambil melihat kehijauan sawah padi Sekinchan. Macam Sha, memang akan pilih duduk diluar. Walaupun sewaktu pergi padi sudah tiada tetapi lepak disini sambil menikmati kek dan kopi memang rasa tenang sambil layn angin sawah. Sha pesan minuman Hazelnut Cappucino dan Mocha. Makan pula, pesan kek untuk suami dan kentang goreng untuk anak-anak sebabnya sebelum datang sini, kami sudah sarapan dahulu. Kek dia memang sedap, anak-anak pun suka terutana kek yang warna hijau ada rasa kelapa sikit itu.

Kafe ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Okay sampai di sini sahaja entry Sha untuk kali ini.jumpa lagi next entry akan datang. Bye!

Sekian Terima Kasih
 

June 22, 2023

Travel | Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

Assallammualaikum, pasti semua tahukan tentang kewujudan Terminal Sekinchan. Apa yang menarik tentang Terminal Sekinchan adalah menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah di Parit 5. Bila padi sudah hijau nanti pasti pemandang nampak cantik dari atas di mana ada pesawat di tengah-tengah sawah padi yang menghijau.

Semasa Sha datang ke sini, Terminal Sekinchan ini masih lagi berpagar. Sha hanya dapat ambil gambar dari jarak jauh sahaja. Sha singgah sini sekejap sahaja memandangkan tiada apa yang menarik melainkan pesawat  Boeing ini.

Sha ada juga terbaca yang Terminal Sekinchan ini bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe. Premium Outlet Cafe buka nanti boleh la kita datang kembali untuk jelajah pula di dalam pesawat Boeing 727 ini.

Okay, sampai disini sahaja entry Sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan dan masih lagi berkisar tentang Sekinchan. Bukan apa hendak letak semua tempat menarik di sekinchan, macam panjang pula, nanti korang yang bosan membaca dan Sha pun rasa muak juga nak karang panjang-panjang.

Sekian, Terima Kasih.

June 21, 2023

Blog www.shazillahsani.com Sudah Bertukar Wajah

 Assallammualaikum, sudah lama rasanya Sha tidak aktif dalam menulis blog. Bukan apa kadang lebih kepada kengkangan masa. Minggu ini Sha sudah mula aktif kembali cuma berapa kerap aktif itu Waallahualam. Buat masa ini memang Sha hanya buat entry yang ringkas dan santai sahaja. Cuma bila melibat entry berbayar barulah karang dengan lebih teliti.

Kadang-kadang buka blog tengok entry yang publish, Ya Allah sedihnya kerana sikit sangat. Kesian blog ini sudah berhabuk dan hampir berkarat. Mujur tersedar kembali dan gilapkan kembali blog ini dari terus terkubur. Kalau korang tengok pun design blog ini Sha buat seringkas yang boleh untuk nampakkan ia lebih minimalist. Cuma kalau ada keluar beberapa iklan adsense itu, pejamkan mata sahaja kerana ia telah di set secara automatik jadi ia akan keluar sesuka hati dan di mana-mana sahaja dia hendak muncul. Kalau korang hendak klik pun, lagi sha alu-alukan.

Blog ini sudah mencecah 11 tahun memang sayang. Dulu memang meriah dengan komen dan sapaan dari rakan-rakan blogger yang lain. Dari sini juga Sha mengenali blogger yang lain sehinggalah rezeki dapat masuk kelab Abang Sado iaitu Kelab Ben Ashaari. Rasanya tanpa blog ini memang Sha tidak berpeluang mengenali beliau dan blogger-blogger yang lain. 

Okay, akhir kata, semoga Sha terus Istiqomah untuk meneruskan penulisan blog www.shazillahsani.com ini. Walaupun hanya sekadar karang dan baca sendiri tetapi cukup untuk memberi kenangan dan peringatan.

Sekian.Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...