August 14, 2020

Buymall l Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert

Adakah anda pernah shopping di Taobao?

Membeli-belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana hargaya murah lagi ada banyak faktor pilihan. Saya selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang saya beli! Lebih-lebih lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, saya dapati satu platform yg best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah, dapat juga menghantar barangan yang besar dan berat!

Apa tu Buymall??

Buymall merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah membeli-belah dari China. Buymall menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me. Saya guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin!



Kenapa beli taobao dengan Buymall?

Pasti saudara-saudari menghadapi challenge yang sama dengan saya, semuanya dalam Chinese, macam mana nak berkomunikasi dengan seller?

Tapi dengan Buymall, saya tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk aktiviti-aktiviti pembelian, seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack, dan lain-lain lagi. DAN MOST IMPORTANT IS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg !

Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy-For-Me)



Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan start membeli-belah.

Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao.

Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran.

Cara beli Taobao Di Buymall (Ship-For-Me)

Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui sea freight atau air freight dan isikan maklumat lanjut yang diberi daripada Buymall. Easy kan! Anda cuma perlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee).

Buymall juga provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian:

Cara Penghantaran

Masa penghantaran air freight mengambil masa 4-7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15-22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif.

Pickup Servis

Anda boleh choose pickup sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat utk pick up korang barang bila-bila masa lapang. Ia juga lebih murah berbanding dengan door to door service.

Safe

Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau korang barang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Bagus kan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi!



Bukan ini sahaja, anda juga boleh mendapat extra income dari Buymall ! Refer friendmu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform ni kepada family & rakan-rakan anda utk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama-sama!

Website : 

Instagram : 

Facebook :

August 10, 2020

CERMIN MATA KANAK-KANAK ALPHA BLUE 420 DI EYE PRO VISION

Assallammualaikum


Kalau korang mengikuti Blog dan Instagram Sha mesti korang tahu yang anak Sha nombor satu iaitu Areez mengidap katarak mata belah mata kanannya. Alhamdulillah awal bulan 7 yang lalu, Areez selamat menjalani pembedahan mata. Kanta mata kanan Areez ditukar dengan kanta yang baru.

Pada awalnya Sha sangka Areez tidak perlu lagi menggunakan cermin mata selepas pembedahan memandangkan telah menggunakan kanta mata yang baru. Tetapi rupanya sangkaan itu meleset sama sekali. Setelah genap sebulan Areez kembali ke Hospital untuk membuat pemeriksaan mata. Hasil dari pemeriksaan mendapati power mata pembedahan itu naik sehingga 300. Jadi doktor sarankan agar membuat cermin mata dengan kadar segera. Dari situ bermula episod mencari cermin mata untuk Areez. Selain itu juga ada gel berbentuk benang halus di mata Areez. Kemungkinan nanti Areez akan menjalani rawatan laser untuk buang gel itu.


Kedai cermin mata menjadi pilihan Shailla semestinya Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision. Kedai CERMIN MATA MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420. Lokasi kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungai ininterletak di Sungei Wang Plaza. 
Datang sini senang jer. Kalau korang naik MRT turun Bukit Bintang, jalan sikit, sudah sampai Sungei Wang Plaza.

Tips Pemilihan Cermin Mata Untuk Kanak-Kanak 


Pemilihan Bingkai Yang Sesuai

Kalau kita lihat di kedai cermin mata kebayakan jenis metal dan juga plastik pelbagai bentuk dan rekaan ada. Sha memilih bingkai jenis plastik kerana ia  lebih fleksibel, ringan dan mempunyai pelbagai warna. Areez awal-awal masuk kedai cermin mata Eye Pro Vision ini, sudah berkenan dengan bingkai biru itu. Tunjuk yang lain pun dia tak nak.Nampak tak? Warna juga memainkan peranan. Selain itu pemilihan jenis bingkai juga penting bagi memastikan keselesaan dan ketahanan pada cermin mata. Pastikan bingkai yang korang pilih terletak kemas pada batang hidung supaya anak korang tidak akan berasa rimas semasa memakai cermin mata. 

Shailla membiarkan Areez memilih bingkai yang digemari kerana bagi Sha, Areez yang akan memakai kaca mata tersebut. Namun begitu, Sha juga memberikan cadangan dan pendapat jika mendapati kaca mata yang dipilih tidak bersesuaian.

Pemilihan Kanta Mata Tahan Lasak

Selain bingkai, pemilihan kanta juga perlu dibuat dengan betul. Melalui laporan keputusan mata yang Doktor berikan, William pemilik kedai cermin mata Eye Pro Vision ini mencadangkan agar Areez membuat cermin mata menggunakan kanta Aplha Blue 420.

Kebaikan Lens Alpha Blue 420 :

*100% menghalang sinar UV samada dari skrin komputer, telefon ataupun TV.
*100% menghalang ultra unggu (UV420).
*Kalis air.
*Tahan lasak ( Tak mudah calar )
*Senang dicuci.

Beli Dengan Jaminan

Menjadi tabiat kanak-kanak bersifat lasak dan lincah. Jadi, Sha akan pastikan kanta dan bingkai mempunyai jaminan semasa membeli cermin mata. Di Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision ini, Cermin Alpha Blue 420 ini mempunyai jaminan 1 tahun untuk lapisan cermin.

Aksesori Untuk Bingkai Cermin Mata


Pada mulanya Areez tidak selesa memakai cermin mata ini kerana asyik terlucut dan hampir terjatuh. Jadi untuk mengelakkan cermin mata daripada terjatuh dan hilang, Shailla telah menambah aksesori "stopper" di bingkai cermin mata Areez. 

Alang-alang membuat cermin mata, sudah tentu Sha inginkan buat yang terbaik untuk Areez . Tambah cermin mata ini akan digunakan untuk jangka masa panjang.

Pada yang ingin buat cermin mata untuk diri sendiri dan juga keluarga, boleh datang ke Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza. 

Info lanjut, korang lihat maklumat dibawah ini:



Contact:
William - 016 3771304

Alamat: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Terima Kasih
Logo KBBA

Pengalaman Shopping Baju Raya Keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Raya 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri , antara perkara yang paling dinanti sudah tentu persiapan membeli baju raya keluarga bersama in...