Assallammualaikum
Hai semua, Haaa…kali ini Sha ingin kongsi satu online shopping yang korang boleh beli barang terus dari China. Pasti korang pernah dengar tentang SGshop bukan? SGhop ini lebih kurang online shopping Taobao. Korang juga tidak perlu lagi pening kepala untuk translate Bahasa China kerana di SGshop menggunakan Bahasa English. Kalau ada pun Bahasa china, korang boleh minta customer ervice dia untu beri penerangan.
Tentang SGshop Malaysia
Apakah itu
SGShop? pasti korang semua tertanya-tanya bukan? SGShop merupakan satu online shopping taobao Malaysia yang berasal daripada Singapore. SGShop ini telah bertapak sejak tahun 2011 dan mula memasuki Malaysia pada tahun 2015. Apa yang istimewa tentang SGshop adalah memudahkan kita membeli barang terus daripada China. Apa yang bagusnya tentang SGshop ini adalah dia mempunyai dwi bahasa iaitu bahasa china dan juga bahasa English. SGshop juga merupakan platform kepada online shopping terkenal dari China iaitu Taoboa.
Mengapa Perlu Pilih SGshop Malaysia
SGshop Double 11 Online Shopping Festival
SGshop Malaysia sekarang sedang hangat membuat promosi terbaru mereka iaitu Double 11 Online Shopping Festival yang hanya akan berlangsung pada 11.11.2018. Haaa…terdapat pelbagai promosi menarik dengan harga yang berbaloi murah untuk korang.
11.11 Memburu Harta Karun (1/11/2018 – 15/11/2018)
Tema untuk Jualan 11.11 2018 adalah memburu harta karun
“Treasure Hunting". Terdapat pelbagai tahap permainan dan juga promosi yang boleh korang lalui seperti di bawah ini:
Memperkenalkan "SHIOK!" Keahlian (1/11/2018 – 30/11/2018)
Merupakan program insentif penghantaran untuk menggalakkan pembeli menghantar bungkusan lebih berat atau jumlah yang lebih besar. Dengan langganan, korang boleh menikmati keistimewaan seperti diskaun 30% ke atas bayaran penghantaran antarabangsa untuk bungkusan yang beratnya melebihi 3KG. Selain itu, tiada maksimum diskaun, semakin banyak penghantaran, semakin banyak yang korang jimat. Tiada had untuk penggunaan, korang boleh menghantar barang menggunakan seberapa banyak diskaun yang korang mahu. Pesanan Korang akan diutamakan dahulu lebih awal daripada orang lain. Mengesyorkan kawan bagi mendapatkan rebat 100% bagi yuran langganan apabila berjaya.
Terdapat dua jenis pelan langganan:
-
Langgan 1 bulan @ RM18.80
-
Langgan 1 tahun @ RM188.00 (RM15.67 / bulan)
* Sah dari 1 November 2018 hingga 30 November 2018
Pra pesanan untuk 11.11 item diskaun (1/11/2018 – 10/11/2018)
Korang juga boleh nikmati diskaun 50% atas caj perkhidmatan. dengan membuat Pra pesanan bagi 11.11 item jualan pada 1-10 Nov. Sah dari 1 November 2018 hingga 10 November 2018. Korang hanya boleh pesan menggunakkan “Buy-for-me” dan "SmartShop" sahaja. Jangan lupa menghidupkan pilihan "Pra pesanan’ bagi menikmati promosi. Boleh digunakan untuk semua kaedah penghantaran antarabangsa. Pesanan pembelian mesti diletakkan dan dibayar dalam tempoh promosi . Promosi tidak boleh digunakan jika item Pra pesanan disatukan dengan pesanan lain dalam bungkusan yang sama. Pastikan korang rujuk Kos dan Bayaran dahulu untuk maklumat lanjut.
Beli Satu Percuma Satu Dalam Masa 2 Jam! (1/11/2018, 3:00pm - 5:00pm)
Pada 1/11/2018, 3:00pm - 5:00pm, korang boleh Beli Satu Percuma Satu dalam masa 2 jam! Dengan meletakkan pesanan pembelian "Buy-for-me". Korang hanya perlu memasukkan perkataan “Flash Sale” di bahagian remark produk dibawah halaman produk. Pembelian bawah RM50, layak menerima satu lagi barang yang sama secara percuma.
Wang wang datang! (2/11/2018 – 10/11/2018)
Belanja atas pesanan pembelian, caj perkhidmatan atau kos penghantaran antarabangsa pada 2-10 November untuk mendapatkan 1 SGreward Shard untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Shards boleh digunakan untuk menebus SGreward pada kadar penukaran 20 Shards = RM1 SGreward. 1 SGreward Shard diberikan untuk setiap RM 1 yang dibelanjakan oleh pengguna SGshop Malaysia. SGreward hanya boleh digunakan untuk mengimbangi harga item. Rujuk SGreward untuk maklumat lanjut dan semak keseimbangan SGreward di Pusat Ahli.
Rebut Lucky Red Packet untuk memenangi SGrewards! (6/11/2018 – 7/11/2018)
Semasa 6-7 Nov, pergi ke halaman permainan "Grab Your Lucky Red Packet!" secara percuma tanpa had bagi memenangi hadiah (RM10, RM5 dan RM2 SGreward). Korang boleh bermain tanpa had dalam masa 48 jam untuk merebut Paket Merah, SGreward akan diberikan secara rawak.
Slot Lucky! (8/11/2018 – 10/11/2018)
Dalam permainan ini, korang berpeluang memenangi beberapa hadiah besar. Korang diberikan peluang sebanyak tiga kali untuk memutar Lucky Slot dari 8 November hingga 10 November 2018 bagi memenangi hadiah yang akan diberikan secara rawak. Cashback RM100 SGreward boleh digunakan untuk perbelanjaan keseluruhan sehingga RM500 dalam satu pesanan pembelian. Diskaun penghantaran antarabangsa boleh digunakan untuk " Buy-for-me" dan "Smartshop" sahaja, masukkan kod promo khusus apabila menyerahkan pesanan penghantaran bagi pembayaran kedua. Baucar tunai juga boleh digunakan untuk kegunaan penghantaran antarabangsa dengan memasukkan kod promo khusus ketika menghantar pesanan penghantaran untuk pembayaran kedua.
DISKAUN Produk & Caj Perkhidmatan PERCUMA pada 11.11! (11/11/2018)
Buat pesanan pada 11.11 untuk " Buy-for-me" dan "Smartshop" untuk mendapatkan kos penghantaran secara percuma. Boleh juga digunakan untuk semua kaedah perhantaran antarabangsa dan pesanan pembelian mesti dilakukan dan dibayar dalam tempoh promosi ini berlangsung.
Kejutan Tanpa henti dengan Caj Perkhidmatan Percuma! (12/11/2018 - 15/11/2018)
Tempahan pesanan pembelian korang pada 12-15 Nov bagi menikmati Caj Perkhidmatan Percuma bagi " Buy-for-me" dan "Smartshop" . Tetapi korang tidak boleh satukan pesanan ke dalam bungkusan yang sama dengan pesanan lain yang TIDAK diletakkan dalam tempoh promosi, atau diskaun.
Pengalaman dan Cara membeli barang dengan SGshop adalah seperti dibawah :
1.
Register dan log in ke dalam akaun korang. Untuk permulaan seeloknya agar korang ambil “Buy For Me”. Bila korang sudah pro barulah cuba “Ship For Me” di mana di situ korang akan dapat penjimatan di bahagian Agen Service. Macam Sha, menggunakan “Buy For Me”.
2. Kemudian, search product yang ingin korang beli mengikut kategori ataupun terus search nama produk melalui kotak yang disediakan seperti diatas.
3. Kemudian korang pilih produk yang hendak korang beli itu dan masukkan ke dalam bakul pembelian. Pastikan korang pilih dahulu warna atau jenis barang itu terlebih dahulu.
4. Di atas adalah jumlah yang perlu korang bayar pada pihak SGshop. Untuk maklumat semua jumlah diatas belum termasuk harga shipping dari Warehouse China Ke Malaysia. Korang kena bayar dua caj penghantaran iaitu caj penghantaran domestik dan Antarabangsa. Untuk jimat bahagian kos penghantaran, Sha akan pilih produk yang tidak dikenakan caj penghantaran domestik. Sebelum ke peringkat seterusnya korang perlu tick kotak bawah bagi memastikan korang setuju pemotongan jika ada kos Domestic Shipping.
5. Korang lihat bawah bahagian My Balance itu ada perkataan Top Up, jadi sebelum membuat pembayaran, Sha akan Top Up sejumlah nilai yang kena bayar melaui online banking. Korang juga boleh pilih sama ada mahu bayar melalui Visa, FPX atau pun online banking.
6. Setelah bayaran berjaya dibuat,korang akan dapat beberapa message notification dan korang juga boleh melihat order status seperti diatas ini. Shailla punya barang sekarang baru sampai peringkat My Collection dimana barang shailla sedang dalam proses penghantaran daripada China Ke Malaysia.
Jangan terkejut pula yer, bila korang dapat notification untuk membuat pembayaran shipping kali kedua kerana untuk pembayaran pertama korang hanya perlu bayar harga produk + domestic shipping. Manakala untuk pembayaran kali kedua pula bila barang kita sudah masuk China Warehouse kemudian kita kena bayar pula kos international shipping ke Malaysia + servis caj dan clearance.
Diatas adalah kos penghantaran barang untuk international shipping. Kalau hendak murah, better korang pilih produk-produk yang tiada caj domestic shipping.
Dan ini pula adalah masa yang diambil untuk penghantaran barang yang korang order itu. Jika korang hendak barang korang order sampai cepat, seeloknya guna shipping method Express Air tetapi fee dia mahal sikit berbanding Sea Shipping. Macam Sha hari itu guna Sea Shipping. Sha pesan awal Oktober lalu dan barang sampai penghujung Oktober. Hampir 4 minggu jugalah untuk barang sampai jika menggunakan Sea Shipping.
Customer Service
Kalau korang perasan dibawah terdapat kotak "Help". Tujuan wujudnya kotak itu adalah khas untuk korang berkomunikasi dengan customer service mereka. Jadi jika ada yang korang tidak faham, boleh direct chat dengan mereka.
Shailla juga ada jumpa beberapa barang yang gambar iklannya dalam bahasa china. Jadi shailla tanpa segan silu meminta customer service mereka translate ke english version melalui chat help yang disediakan. Selain itu ada beberapa barang yang memerlukan kita untuk pilih "Type Of Package " tidak diletakkan details item. Jadi shailla terpaksa kacau lagi customer service mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang details type of package itu. Apa yang bagus tentang customer service mereka ini adalah meraka akan memberikan jawapan beberapa minit setelah kita hantar soalan kepada mereka.
GUIDE SGShop
Dari pengalaman Shailla menggunakan Online Shopping SGshop ini adalah mula-mula rasa susah juga sikit tetapi bila sudah beberapa kali explore dan follow step by step GUIDE SGShop , akhirnya shailla berjaya juga membeli barang dari sini. Tidak dinafikan guide yang mereka sediakan sangat berguna terutama pada kita yang baru-baru berjinak untuk shopping di online shopping ini.
Ini merupakan pengalaman kedua shailla membeli dari SGshop Malaysia. Sebenarnya tidak susah pun membeli belah di SGshop ini kerana lebih kurang macam online shopping biasa sahaja yang korang kena ikut langkah demi langkah.
Jangan lepaskan peluang untuk memburu harta karun bersama SGshop Malaysia. Pastikan korang layari laman web SGshop Malaysia untuk merebut peluang membeli barang-barang terus dari China sempena promosi besar-besaran dari SGshop Malaysia yang akan berlangsung pada 11.11.2018 ini.
Untuk Info Lanjut :
Laman Web
Facebook
Instagram
Websites Promosi:
#20181111
Sekian Terima Kasih