Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

June 08, 2015

FOOD REVIEW : Laman Grill steak & Bar-B-que

Assallammualaikum dan selamat sejahtera semua..


Hai semua! Okay kali ini shaila ingin cerita tentang sau tempat makan yang shaila kunjungi bersama-sama rakan kerja shaila. Kunjungan shaila disini adalah untuk majlis perpisahan rakan kerja yang akan bertukar kerja ke tempat lain. Okay, restoran yang shaila maksudkan adalah Laman Grill staek & Bar-B Que. Lokasi restoran ini adalah beretmpat di Laman Seri Shah Alam.


Ini adalah menu yang shaila order. Untuk menu ini, shaila lupa pula apa namanya. Menu ini adalah burger ayam. Rasanya memang tip top.

 Australian Baby Lamb Foreshank

Yang ini pula, menu yang di order oleh rakan kerja shaila. Baby lamb dia memang sedap. Selain itu lembut dan tidak rase atau bau kambing pun.

 Fish n Chips an old time love writer

Hidangan ini pula, kalau lihat memang nampak sikit tetapi kalau dah makan memang tidak habis sebab rasa kenyang sangat. Selain itu rasa dia juga sedap. Kami memqng rancang order makan berlainan jenis kemudian kami akan bertukar-tukar hidangan antara satu sama lain.


Coklat adalah kegemaran shaila, jadi air coklat menjadi pilihan shaila.Rase air coklat dia memang sedap ditambah dengan ais krim vanila..yumyumyum..memang cukup perfect.


Sebelum pulang, kami sempat mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan. Rakan kerja shaila yang hendak berpindah office itu pakai baju biru. Sebenarkan makan tenghari kami, dia yang belanja, macam kelakar pula sepatutnya kami yang belanja tapi jadi lain pula, dia pula yang belanja. Apa-apa pun terima kasih kak Mas belanja kami, semoga berjaya ditempat baru.

Sekian terima kasih

March 24, 2015

REVIEW : Homst Chinese Muslim Restaurant

Assallammualaiukum


Hai! semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. hurmmmm! tengahari ini hendak makan apa yer?? hahaha..mesti terfikir-fikir diruang minda korang juadah apa yang hendak dimakan. Shaila selalu makan dekat area office sahaja tetapi kalau tia-tiap hari makan tempat yang sama buntu juga hendak makan apa.Memandangkan rezeki kawan shaila murah, semalam mereka belanja kami makan di Homst Chinese Muslim Restaurant


Ini adalah air yang terkenal dan sangat sedap yang terdapat di Homst Chinese Muslim Restaurant. Mangga Sago - potong kiub mangga segar dihidangkan dengan krim dan kuah susu, sagu dan kiub ais. Lemak manis berkrim di sukai ramai...Yummy !!


Untuk sayur, kami memilih kailan ikan masin. Rasanya memang sedap dan cukup rasa! tidak sampai beberapa saat sudah selesai kami kerjakan..Hahaha!


Inilah makanan kegemaran shaila! udang butter prawn..yumyumyum! udang butter di Homst Chinese Muslim Restaurant memang terbaik dan sedap! di salut dengan butter yang banyak memang tidak rugi mencuba.


Sizzling tofu.Homst juga mempunyai pelbagai hidangan tauhu pada menu mereka, dengan pilihan vegetarian dan daging. Tofu shaila kurang sedikit, shaila hanya makan dia punya kuah sahaja. Rasanya kuah sizzling tofu...hurmmmm boleh than sedapnya juga.


Untuk ikan pula, kami memilih untuk order ikan kerapu Sweet and sour fish set sederhana. Rasanya memang terangkat ditambah dengan ikannya yang di goreng rangup jadi memang kenalah dengan selera kami.


Office mate shaila yang berbesar hati taja makanan tengahri kami semalam....alhamdulillah rezeki hujang-hujung bulan...hihihi 


Okay sampai disini sahaja entry berkenaan food review kali ini,terliur tak? kalau terliur,apa lagi, pecut kereta makan tengahari atau dinner disini. jumpa lagi di entry akan datang!

Sekian Terima Kasih

March 18, 2015

Nasi JJ Kak Wok TTDI Jaya


Assallammualaikum


Entry kali ini berkenaan food review yumyumyum..siapa pernah pergi makan nasi di Kak Wok TTDI Jaya? pasti ramai yang telah merasai kesedapan nasi di Kak Wok TTDI inikan?



Shaila selau pergi makan tengahri di sini bersama rakan-rakan office. Selalu kalau plan hendak makan sini, kitaorang akan set up time untuk keluar awal. Kenapa perlu keluar awal dari office? jawapanya untuk mengelak beratur panjang seperti diatas.


Disini hanya menyediakan 3 jenis lauk sahaja. Lauk-lauk itu adalah seperti ayam gulai, ayam goreng dan sambal belacan.


Konsep kedai Nasi JJ Kak Wok TTDI Jaya ini adalah makanan disediakan dalam bungkusan. Jadi Pelanggan boleh makan di situ ataupun bungkus memandangkan tempat duduk disitu adalah terhad.


Keenakkan rasa Nasi JJ Kak Wok boleh tahan. Nasi dia pula  memang lembut di tambah bersama lauk
ayam goreng kecil-kecil ni memang terbaik !! . Selain itu, kuah gulai ayam dan sambal belacan yang kaw2 habis memang buat kita rasa panas dan terangkat terutama di makan semasa panas-panas.


Ape motif ambil gambar separuh ini? haaaa..ini dinamakan seni...hihihi..actually orang tengah ramai time ini, malu pulak hendak ambil gambar selfie...separuh pun jadilah...kah..kah..kah..


Lokasi Kedai Kak Wok TTDI Jaya

No 50, Jalan Opera J U2/J, Shah Alam, Malaysia

Sekian Terima Kasih

February 24, 2015

Kuih Keria Mak Buyong

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sahaja..okay entry shaila kali ini ada tentang kuih keria..wahhhh...yumyumyum...kisahnya shaila teringin nak makan kuih keria then mama shaila sibuk buat tempahan kuih karipap jadi terpaksalah mak buyong ni buat sendiri. Cerita tentang kiuh keria ini, sebenarnya buat dia tidaklah susah mana cuma hendak menguli dan buat bentuk donut tu makan masa sikit.Lenguh juga lar pinggang shaila dok buat bentuk donut nie..hahaha


Setelah siap digoreng dah disira dengan gula...inilah hasilnya..kuih keria mak buyong diberi nama. Nasib lembut..kalau tak patah gigi mama dan abah makan...hahaha...okay sampai sini sahaja entry shaila..jumpa lagi...daaaaaa...

Sekian Terima Kasih

January 20, 2015

Throwback : Reunion di Catton Craft Shah Alam

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua? di harap dalam keadaan sihat selalu...okay entry shaila kali ini adalah tentang reunion shaila bersama geng kak ton @ member office dan ex officemate.


shaila mengenali mereka ini, lebih kurang setahun, kemudia sorang demi sorang berhenti. sebenarnya yang berhenti kerja 3 orang sahaja, salah satunya adalah 2 orang yang bergambar dengan shaila dia tas iaitu kak Azza dan ekin.


ehemmmmm..ini makanan yang shaila pesan..huhuhu..mohon jangan terliur..hihihi


inilah dia ahli group kak ton. Walaupun kami tidak berkerja dalam satu office, tetapi kami tetap berhubung melalui watsapp group. kalau hendak tahu, riuh suara kitaorang sahaja dalam kedai makan itu..mana tidaknya lama tidak jumpa...macam-macam cerita keluar....lagipun dah nama geng kak ton..memang bergegar la bila berjumpa...hahaha...


haaa...bila mak buyong berposing...huhuhu..kak Azza bakal melahir melahirkan anak kembar lelaki tau...ishhhhh..tidak sabar hendak tengok baby kembar kak azza...hihihi

 

Okay sebelah kanan itu namanya kak dayah, habis sahaja tempoh pantang melahirkan baby zahra, terus apply berhenti kerana hendak tumpu perhatian pada keluarga dan anak.Haaa...gambar sebelah kanan itu adalah salah sorang anak kak dayah namanya zahra...comel sangat..rase hendak gigit2 sahaja...aummmm...okay sampa disini sahaja entry shaila kali ini...jumpa lagi...daaa....

Sekian Terima Kasih

August 16, 2014

Review Sahara Tent Restaurant dan Majlis Perpisahan officemate

Assallammualaikum 

Hai semua pembaca, apa khabar? rasanya sudah terlalu lama shaila menyepikan diri, sekarang tibalah masa untuk shaila memanaskan enjin blog Secretofshaila kembali. Okay, kali ini shaila hendak cerita sambil review restaurant shaila pergi pergi minggu lepas sempena majlis pepisahan rakan tempat kerja.


Restaurant yang menjadi pilihan kami adalah restaurant arab yang terletak di bangunan sacc shah alam. Restaurant ini berkonsep arab style. Kalau korang tengok nama restaurant pun korang dah boleh agak restaurant ini adalah restaurant arab.


Ini adalah salah satu dekorasi didalam restaurant ini. Dekorasi didalam restaurant ini ala-ala berada di padang pasir menarik dan cantik. Mari kita beralih pada makanan pula.


Ini air blueberry, tapi shaila tidah rasa pun sebab officemate chiness girl punya tapi kalau tengok memang nampak menyelerakan..yumyumyum..


Yang ini pula air delima, rasanya masam tapi sedap. Manakala sebelahnya pula adalah air chocholate, super sedap..hihihi..


Hokey, ini pula namanya chicken Mandy, nasi dia memang sedap cuma ayam dia terlalu kering dan keras. Selain itu ada juga makanan lain seperti roti arab, mertabak dan lain-lain lagi.


Before pulang, wajib posing dahulu..hihihi


Officemate shaila yang hendak berhenti itu adalah yang berdiri belah kiri hujung sekali.Okay sampai sini sahaja, jumpa lagi.

Sekian Terima Kasih

February 28, 2014

Segalanya Mudah Dengan FoodPanda.com

Assallammualaikum

Hai semua pembaca..apa khabar? Di harap sihat selalu. Sesiapa yang mengikuti blog http://secretofshaila.blogspot.com/ pasti tahu yang shaila beberapa hari ini agak jarang sikit post entry, WHY? WHY? WHY?..hahaha...sebenarnya  shaila sekarang busy dengan audit dan kadang-kadang terpaksa pergi jaga event yang ajuran company shaila berkerja. Memandang rutin saila yang agak busy sekarang, jadi jarang dapat keluar makan tengahari jadi shaila hanya menggunakan khidmat penghantaran makan dari   FoodPanda.my . Makan dari The chicken Rice shop menjadi pilihan shaila.


Mungkin ada kalangan  pembaca di sini yang telah menggunakan perkhidmatan FoodPanda right? Kepada yang belum mengetahui perkhidmatan ini, shaila akan cerita serba sedikit tentang perkhidmatan ini.FoodPanda.my adalah sebuah portal dalam talian penghantaran makanan yang menjadikan ia mudah untuk pelanggan untuk memesan makanan dari restoran-restoran terbaik di Malaysia dan mendapatkan ia dihantar di rumah mereka. Dengan lebih daripada 300 restoran untuk dipilih, foodpanda telah menjadi salah seorang pemimpin penghantaran makanan dalam talian. Pelanggan boleh memesan makanan dari rantaian antarabangsa popular seperti Tony Roma , Kenny Rogers Roasters, Sushi King dan banyak lagi atau dari kegemaran tempatan seperti The Chicken Rice Shop , Stesen Kluang dan lain-lain Senarai masakan di foodpanda agak menarik juga. Pelanggan boleh memesan pelbagai masakan seperti Sushi, makanan India, Itali Makanan atau makanan barat. Minuman juga boleh dipesan dari tempat-tempat terkenal seperti Chatime, dan Starbucks . Pesanan akan dihantar dalam masa yang singkat bergantung pada kawasan anda berada.FoodPanda ini ada di seleuruh Malaysia seperti di Pulau Pinang, Georgetown, Melaka, Subang Jaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor, Ipoh dan Lain-lain.Okay sampai di sini sahaja entry shaila untuk kali ini, sesiapa mempunyai rutin yang sibuk sehingga tidak sempat makan, boleh menggunakan perkhidmatan FoodPanda.my.

P/S: Untuk memudahkan pengguna, FoodPanda.com meyediakan aplikasi phone Android dan juga iPhone. Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi ini, boleh ke http://www.foodpanda.my/contents/apps .

Sekian Terima Kasih

November 25, 2013

Review Cheez & Choc Product

Assallammualaikum


https://www.facebook.com/cheeznchoc

Hai...kawan-kawan...hari ini shaila hendak review tentang produk makanan pula.Haaaa...selalu review pasal produk kecantikkan sahajakan, jadi hari ini kita lari tajuk sikit...harap dapat kejarlah yer...hihihi. Siapa di sini penggemar kek? ha...pasti ramai di sini yang gemar kek kan.jadi shaila hendak cerita tentang akak sorang ini merangkap kawan office shaila memang pandai buat kek. Rasa keknya, Ya allah sedap !!! sekali makan terus jatuh cinta !!! serius tidak tipu...


Ha...kawan-kawan...inilah owner Cheez & Choc yang kecil molek tetapi hati kental...yang sebelah kiri yer bukan sebelah kanan...(^_~) namanya adalah Azura..boleh panggil Kak Zura. Kak zura ini juga merupakan salah seorang sponsor untuk Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Bloogers (Klik link disebelah untuk tahu lebih tentang majlis itu)

Gambar Kak Zura Semasa  Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Bloogers 


Antara Produk yang terdapat di Cheez & Choc adalah:

chocolate Lasagna

Snowy Cheesecake

Making Cake for event

Cookies

Lain-lain produk

Untuk melihat lebih banyak hasil kerja dan produk yang kak zura hasilkan, boleh melawat dan like FB kak zura di sini :

selling cake, pastry products and etc.

https://www.facebook.com/cheeznchoc

To order,call/SMS/whatsapp Azura - 0122614176 or Mazlan (0193630673)

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...