Halaman

April 28, 2022

Cara Atasi Rambut Gugur Dan Berbau Hapak Dengan Safi Shayla Tonik Pelebat Rambut Dan Penguat Akar

Assallammualaikum

Hai semua, apa khabar? diharap korang semua dalam keadaan sihat selalu. Kali ini Shailla hendak kongsi satu produk yang boleh atasi rambut gugur dan berbau hapak terutama untuk yang memakai hijab. Sejak melahirkan anak, memang Shailla menghadapi masaalah rambut gugur memang pening kepala juga memikirkan produk apa yang sesuai untuk atasi masaalah rambut gugur Shailla ini. Mama Shailla pun tegur rambut dah nampak jarang sebab nampak kulit kepala. Pelbagai produk juga Shailla cuba termasuk produk yang viral di laman social media tetapi hasilnya kurang memuaskan.

Disebabkan Shailla memang menggunakan skincare dari safi iaitu Safi Rania Gol, jadi Shailla pun buat keputusan untuk mencari produk atasi rambut gugur dari jenama safi juga. Senang dari muka hingga ke rambut guna satu jenama produk sahaja..sebab safi pun sudah banyak keluarkan produk penjagaan rambut. 

Shailla memilih Shampoo Safi Shayla Hair Fail Control dan Conditioner Safi Shayla Hair Fail & Oil Control. Pada awalnya Shailla hanya beli penjagaan rambut basic dahulu iaitu shampoo dan conditioner sebab Shailla ingin cuba dahulu. Memang sepanjang Shailla menggunakan kedua-dua produk ini rambut dari gugur segumpal setiap kali cuci rambut semakin hari semakin kurang jumlah gugurnya. Bukan setakat kurang gugur yer...rambut juga menjadi lembut bila guna sekali bersama conditioner.


Baru-baru ini Shailla mencuba pula Set Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla yang terdiri daripada :


Shampoo - kini dengan Hijab Scalp Biotics teknologi untuk membersih & menguatkan struktur rambut dengan wangian sehingga 72 jam.



Refreshing Scalp Mask - menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut & membuang bau hapak.


Hair Tonic - dirumus dengan Hijab Scalp Biotics teknologi, Ginseng Merah Korea & Niacinamide
menguatkan folikel rambut dari akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X rambut lebih lebat.


Hair Serum - membaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi ke dalam struktur separuh rambut dalam.


Hair Mist - perlindungan tambahan untuk rambut, kunci masuk dan mengekalkan nutrien untuk rambut yang lebih kuat sambil menghilangkan bau busuk untuk kesegaran tudung yang tahan lama.

Hair Fall Control Hair Tonic


Shailla paling suka Hair Tonic dari Safi Shayla ini kerana sejak menggunakannya terasa ia dapat 
mengurangkan masalah rambut gugur & rambut menipis serta membantu lebatkan rambut. Diformulasi kahas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 habbatus Sauda Complex dan Ginseng Merah korea bermuti tinggi, ia menguatkan akar rambut sehingga 73% dan melebatkan rambut sehingga 4.6X.

Bagi korang yang memakai hijab mesti kena cuba kerana ia tidak buat kulit kepala  terasa gatal dan rambut berbau hapak. Macam Shailla, berkerja duduk 8 jam dalam bilik aircond balik kerja buka tudung, rambut masih terasa wangi. Selain itu juga tidak juga asyik garu kepala sahaja. Bila mandi pula kuantiti rambut gugur itu semakin berkurang. Begitu juga bila menyikat rambut. Kalau tidak sebelum ini rasa nak sikat rambut pun berduka cita sebab nanti mesti punya ada rambut gugur.

Cara Penggunaan Tonik Pelebat Rambut
  1. Semburkan tonik rambut ini pada kulit kepala yang bersih dan akar rambut.
  2. Urutkan kulit kepala untuk beberapa mimit dan biarkan sehingga kering.
  3. Gunakan tonik 2 kali sehari, bersama dengan regime lengkap Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla untuk hasil yang mantap.
Korang mesti kena cuba tau! memandangkan kita beberapa hari lagi akan menyambuat hari raya, jadi produk ini wajib ada untuk bawa pulang ke kampung. Baru korang rasa selesa sahaja walaupun seharian berjalan melawat sanak saudara,tetapi rambut masih segar,wangi dan tidak berbau. Jujur best hairfall product ever! korang tak menyesal menggunakanya. Shailla pun menyesal baru tahu tentang produk ini, kalau tidak, dari dulu dah beli sekali dengan syampoo dan conditioner.

Korang boleh dapatkan produk ini di cawangan Watson dan Guardian seluruh Malaysia.

#hairtok #haircare #hairtips #Shaylatonik #rambutgugur #fyp #safimalaysia

Sekian, Terima Kasih.