February 27, 2015

Fesyen wanita pertengahan 30an

Assallammualaikum

The Hottest Clothing Trends for 30’s

Hai..hai..hai..entry shaila kali ini adalah berkenaan fesyen pula.Rasanya sudah lama shaila tidak update blog pasal fesyen. Hurmmm..hendak cerita pasal fesyen apa yer?? Memandangkan umur kita ini semakin meningkat, jadi shaila hendak cerita pasal fesyen yang sesuai di gayakan apabila umur telah mencecah ke angka 30 an.


Rata-rata wanita yang telah mencecah usia 30 dan ke atas bimbang untuk bergaya dan menganggap bahawa fesyen hanyalah sesuai bagi mereka yang masih muda. Tanggapan itu adalah salah sama sekali! Tidak salah untuk berfesyen asalkan anda tahu untuk menggayakan sesuatu pakaian yang bersesuaian dengan umur anda. So what’s the hottest women clothing trends untuk mereka yang berumur 30 dan ke atas?



Contoh artis Malaysia yang berumur sekitar 30an adalah Dato Siti Nurhaliza. Walaupun usia beliau sudah mencecah masuk 30 an tetapi beliau pandai mengayakan fesyen pakaian yang menampakkan beliau kelihatan muda dan stylist.


Bagi shaila, beliau berani mengenakan pakaian yang digayakan oleh remaja atau wanita yang berusia 20-an. Pakaian yang beliau gayakan juga menampakkan beliau kelihatan matang dan lebih stand out. Tak perlu padanan berlebihan untuk tampil stylish di usia 30-an, cukup sekadar tambahkan beberapa item fashion, seperti yang berikut.


Pastinya sesuatu yang trendy dan tetap sopan. Seluar pendek atau skirt pendek memang sudah tidak sesuai untuk digayakan. Jadi, cuba gayakan jumpsuit yang sopan ini!


Anda gemar memakai dress? Kini terdapat pelbagai rekaan dress labuh yang sopan dan juga sesuai untuk digayakan oleh wanita bertudung.


How about kaftan? Kaftan merupakan diantara jenis pakaian yang paling selesa dipakai.


Selain baju kurung, anda juga boleh memilih jubah moden sebagai alternatif untuk bergaya ke tempat kerja.


Dan jika anda ingin kelihatan sedikit kasual, sarungkan sehelai blouse dan padankan bersama jeans atau palazzo pants yang selesa.

SIAPA kata wanita yang makin meningkat usia tidak boleh tampil bergaya dengan rona ceria?

Selaras dengan bertambahnya usia, wanita perlu belajar untuk menyesuaikan diri dalam memilih pakaian yang sesuai dengan perubahan umur dan juga tubuhnya. Berpakaian sesuai dengan usia bermakna anda harus mengelakkan bersusah payah untuk membuat anda kelihatan muda. Tapi, berpakaian sesuai dengan imej diri dan usia anda.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, semoga entry ini dapat membantu anda di luar sana dalam mengayakan fesyen yang bersesuaian.


Sekian Terima Kasih

3 comments:

  1. mmm sy lbh suke tgk wanita berbaju kurung menutup aurat jer..fesyen2 ni xminat nk tgk ehe

    ReplyDelete
  2. janji si pemakai yakin dgn apa yg dia pakai.. caiyokkkk kite pon 30an hahahahaa...

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...