January 16, 2015

Prosedur dan FAQ buku Merah atau Pink Klinik Kesihatan


Assalamualaikum 


Buku merah/ Pink sememangnya salah satu keperluan ibu mengandung yang membuat pemeriksaan berkala di klinik kerajaan. Malah jika anda membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Swasta dengan Pakar ObGyn juga kebanyakan mereka masih merujuk buku merah tadi.

Antara Prosedur biasa buku Merah ini (booking)

- Pastikan anda benar-benar disahkan mengandung terlebih dahulu. anda boleh membuat ujian ini sama ada di rumah atau di mana-mana klinik.

- Datang seawal mungkin kerana anda perlu membuat ujian darah , Urin dan saringan HIV. banyak prosedur asas yang perlu di jalankan pada hari pertama anda membuka buku merah ini. Ada juga KK yang membuat ujian darah ke atas suami utk saringan HIV

- Sila bawa sijil nikah asal dan salinan. ada KK yang memerlukan salinan kad pengenalan suami. sesetengah kK memerlukan salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat kediaman.

- Sila datang ke KK jajahan masing-masing. contohnya, jika anda berada di Ulu Bernam, sekalipun KK Tg. Malim amat hampir dengan kediaman anda... anda perlu ke Klinik Desa Ulu Bernam kerana alamat kediaman anda berada di Ulu Bernam. ada KK yang amat particular tentang kawasan jajahan ini. namun, jika terdapat KK yang lebih hampir dengan tempat kerja. anda boleh membuat 'booking' dan pemeriksaan berkala di klinik berhampiran tempat kerja.

- pakai pakaian yang sesuai dan selesa serta memudahkan perut anda diperiksa untuk mengukur ketinggian rahim dan pemeriksaan payudara.

- jika sudah membuat pengesahan melalui imbasan ultrasound/sonogram, bawalah foto scan tersebut ke klinik untuk rujukan doktor di sana pula.

FAQ buku merah

1) Bila boleh start buat?


- terdapat beberapa jawapan yang boleh dikongsikan, iaitu sebaik sahaja ujian pengesanan kehamilan disahkan positif, selepas memasuki minggu ke 8, atau selewatnya apabila kandungan memasuki trimester ke dua. tetapi seeloknya buatlah seawal mungkin untuk pihak klinik 'monitor' keadaan anda seawal mungkin. hal ini kerana pihak klinik akan membekalkan anda dengan makanan tambahan yang sepatutnya dan sebarang gejala/ simptom atau masalah dapat di kesan awal untuk tindakan selanjutnya. Hubungi KK berhampiran dan bertanya prosedur mereka

2) Betul ke kena bawa suami?

- tidak wajib tetapi seeloknya ajaklah suami sekali supaya mereka 'merasa' pengalaman dan melihat beberapa prosedur yang perlu anda lalui setiap kali pemeriksaan berkala di jalankan

3) ada tak apa-apa bayaran dikenakan?

Tiada. biasanya tiada dan paling minimum seringgit untuk sampul buku merah yang plastik. d sesetengah KK mungkin akan mengenakan bayaran sangat minimum untuk sesetengah ujian saringan

4) pukul berapa seeloknya datang?

bergantung kepada temujanji dan kelapangan. result varies bergantung pada KK masing-masing. ada KK amat sesak di pagi hari

sebarang persoalan tambahan boleh diajukan di bahagian komen atau telefon terus ke KK berhampiran untuk lebih kepastian..

Sekian Terima Kasih

3 comments:

  1. wahhh.. ilmu baru... tak sabar nak ada anak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..semoga impian memiliki anaknswndiri tercapai..(≧▽≦)

      Delete
  2. Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...