Sambutan Hari Raya Pertama

Assallammualaikum


Hai semua pembaca...apa khabar...wahhh dah lama rasanya shaila tidak update blog dan blogwalking...serius rindu...shaila sekarang dalam minggu yang amat-amat sibuk hinggalah selepas 24.8.2013...ada apa dengan tarikh itu...haaa...itu kena tunggu next entry la...hahaha...okay entry shaila kali ini adalah bercerita tentang raya pertama shaila.Raya pertama shaila beraya di Sg Buloh sahaja...suasana dia agak slow sikit ditambah pulak mic dekat masjid rosak so xdpt dgr takbir raya berkumandang...penyelesaiannya just dengar dalam tv sahaja..


haa...ini gambar shaila dengan anak buah kesayangan shaila...nama dia aleesyah..yang istimewa tentang budak nie adalah rambut dia..hahaha...rambut dia special tau...macam maggie...hahaha


ini pula adalah gambar shaila dengan abah dan mama...kesian kitaorang...tiada orang hendak ambil gambar...so ambil gambar sendiri la jawabnya...


inilah kakak ipar shaila...ummi kepada aleesyah...special tentang kakak ipar shaila dalah matanya yang bulat...i like...^^


ohhh...lupa pula...tema kitaorang untuk tahun ini pink dan biru turquoise..


haaa...inilah abang shaila...aleesyah dan kakak ipar shaila...^^


Oppsss...gambar kami berdua lagi...aleesyah ini memang budak tiada perasaan dan susah untuk senyum...so kalau ambilgambar dengan dia...itulah jadinya...aunty die ter over senyum...huhuhu


Nielah kakak saudara shaila yang paling cute...senang cite muda dari usia sebenar...rahsianya? simply siti...hahaha


and last picture dan merupakan gambar penutup untuk entry ini adalah gambar kakak shaila yang senget...huh...rosak gambar tul...hahahah...okay sampai sini sahaja...daaaa...

Sekian Terima Kasih

Produk kecantikan Alaisyah


Assallammualaikum


Hai...semua...hari ini shaila hendak review tentang produk kecatikkan Alaisyah..Shaila guna produk ini semasa shaila menuntut di universiti.Biasalah zaman belajar banyak pakai duitkan so ini adalah antara produk ekonomoney untuk bergelar pelajar..Okay apa yang best tentang produk ini adalah produk ini dapat mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut-parut jerawat.Pengalama shaila menggunakannya kulit shaila memang sesuai selain jerawat shaila dapat di kurangkan..parut jerawat juga semakin pudar dalam masa 2 hingga ke 3 minggu..tetapi untuk kulit orang lain shaila tidak pasti...sebab kulit kita berbeza..Selain itu krim kecantikan Alaisyah sangat best...shaila jadikan dia sebagai foundation...Di bawah adalah rutin penjagaan produk alaisyah dan juga kebaikannya

1) Gel Pengelupas 

Membersih, mengelupas dan melicinkan permukaan kulit dari dalam. Dirumus secara semula jadi dengan mikrosfera pengelupas untuk membersihkan permukaan kulit. Jel yang menakjubkan ini berfungsi memecahkan bintik-bintik hitam dan sel kulit yang mati dalam masa seminit selepas urutan dan menyebabkan sisa kotoran ini timbul dalam bentuk biji-biji halus yang mudah dibuang. Juga mengandungi ekstrak Biji Anggur (anti-oksidan semula jadi yang berkesan) untuk menghalang kesan penuaan pada kulit.

P/S: Shaila pakai seminggu sekali

2) Pembersih Pencerah Muka 

Pembersih Pencerah Muka yang lembut dan murni ini diperkaya dengan Uni White-P. Ia membersih secara mendalam dan sungguh lembut, walaupun pada kulit yang sensitif. Penggunaannya secara kerap membantu kulit muka menjadi lebih cerah, licin dan bersih berseri.

3 )Penyegar Liang Pori 

Penyegar Liang Pori ini mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak secara berkesan. Ia dirumuskan dengan Uni White-P, bahan semula jadi yang lembut dan suci. Ia juga mengandungi Air Witch Hazel yang bertindak sebagai astringen yang bertindak mengecilkan liang roma dan menanggalkan lebihan minyak tanpa menyebabkan kulit kekeringan.

4) Sari Pelembap Awet Muda 

A’laisyah adalah produk inovatif berkuasa yang menggabungkan unsur-unsur pembaikan semula, mengembalikan keanjalan kulit & mencerahkan. Produk-produk ini selamat, suci & murni untuk digunakan.

5)Pencerah Kulit 

Pencerah Kulit ini diperbuat daripada adunan khas yang menambahkan seri kulit yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Tindak balas semula jadi kandungan Uni White-P dengan SPF 20++ mencerahkan, meratakan warna kulit dan melicinkannya; tanpa kesan minyak dan menjadikannya lembut dan halus.

P/S: Penapis sinaran UVnya tidak kuat so Shaila tidak pakai..Shaila gantikan dengan krim Sun block..

5) Krim Kecantikan

Ketahuilah rahsia wanita jelita
Krim Kecantikan ini dirumuskan dengan UV supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, lebih halus, menjadikan anda lebih muda jelita. Sebaik sahaja krim ini disapukan anda akan mendapat hasil yang memuaskan dengan serta kepada kulit anda. 

Krim Kecantikan ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bertindak menolong mengembalikan imbangan minyak dan lembapan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka anda. Dengan selalu menggunakan Krim Kecantikan A’laisyah dapat mengurangkan garisan kedut. 

Sapukan Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White selepas mencuci muka dengan bersih setiap pagi dan malam. Krim ini juga boleh digunakan sebagai krim perawat, krim pelembap pada waktu siang, krim penutup, krim malam atau sebagai krim asas solek. Wajah anda pasti akan lebih jelita. 

Krim Kecantikan A’laisyah Siri Uni White dirumuskan secara saintifik supaya menjadikan kulit muka anda lebih cerah, halus, menjadikan anda lebih muda jelita.

P/S: Product Alaisyah sekarang sudah bertukar wajah...lagi cantik dan menawan...tergoda juga melihatnya.

Inilah Hasilnya..^^

Before / After

Sekian Terima Kasih