June 07, 2016

Event Review | Photoshoot Hari Raya bersama Kbba di Matic

Assallammualaikum


Hai semua, kali ini shaila ingin berkongsi tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) pada sabtu lepas. Pada sabtu lepas, kami telah beramai-ramai ke Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) untuk mengambil gambar raya. Ini merupakan pengalaman pertama shaila ambil gambar bersama dengan ahli-ahli KBBA. Perasaan semasa itu memang teruja.



Pada hari itu, makan tengahari kami telah ditaja oleh Cafe Cerita Kambing. Cafe ini menghidangkan kambing sebagai bahan utamanya yang di hidangkan bersama beriani dan juga di jadikan kambing bakar. Pemilik Cafe Cerita Kambing ini adalah Chef Zakaria dan Nor Aziah Md Dahari yang mewarisi resipi turun temurun daripada keluarganya dan masih mengekalkannya sehingga ke hari ini menyebabkan nasi beriani resipi istimewa dari Endau, Johor itu hanya memilih ramuan berkualiti dan menggunakan keenakan beras basmathi. Pada hari itu ada dua jenis lauk disediakan iaitu kambing dan juga ayam. Rasa dia memang sedap dan lazat.


Untuk make shaila kali ini adalah hasil tangan dari Mua Raihana, orang dia memang lembut sebab itu juga make shaila nampak lembut gitu cewahhhh. Sebenarnya bukan mudah untuk make up shaila ini, mana tidaknya, anak shaila asyik kacau dan merayap sana sini kacau orang buat kerja, beberapa kali jugalah kena berhenti make up seketika untuk ambik budak kecik itu dari merayap dan mengacau orang lain. Walaupun begitu, lihatlah hasil make tangan orang yang memang pakar dalam dunia make up, walaupun kerja terganggu tetapi hasil make up masih nampak cantik, kemas, dan tahan lama walaupun bergambar dibawah cahaya matahari. Shaila sangat sangat berpuas hati dengan hasil tangan awak Raihana.


Okay, inilah tuan punya badan iaitu Mua Raihana. Ini sahaja gambar kami berdua sebab Mua Raihana balik awal hari itu, tidak sempat hendak bergambar banyak. Jadi kepada sesiapa yang hendak booking make up dengan beliau boleh cari beliau di : 

No Telefon : 012-2763200




Bila sudah cantik dengan make up dan juga busana yang disediakan, apa lagi tunggu! jom kita beraksi. Serius shaila cakap, cantik-cantik semua blogger dari KBBA apabila sudah di make up oleh mua-mua ini. Pada hari itu pelbagai gaya yang kami buat tetapi bahagian individu susah sikit sebab kena pose sorang. Bukan sebab apa, dahlah tiada skill, rasa macam kaku pun ada juga..hurmmm susah juga jadi model beberapa minit ini...hahahah


Dari make up,shawl, pakaian dan pin tudung semua ditaja oleh :

Props : @dalizgrafix
Pakaian lelaki : @emin_madrosa
Pakaian Wanita: @bhajudeea
Pin Hijab : @vonaish
Makanan: Cafe Cerita Kambing
MUA : @ritarahmanmua 
Artistic Team :
@zanazack
@put3ratnasari
@makeupbywinwin
@fetriany
@farizha_mua
@alkazamdacute
@makeup_mimiezoll
@raihana.basar
@iamizuansani
@aresue86
@syuhada_said
@wearemarymary
@makeup_byel
@_violetgrape
@farinabasneemakeup
@byfidaramli
@wanie_touch


Antara para blogger KBBA yang terlibat. Memang seronok dapat mengenali dan berganding dengan mereka. Pelbagai ragam dan aksi-aksi menarik yang dapat shaila lihat. Selain itu mereka sangat happy go lucky dan saling sokong antara satu sama lain. Semoga Kelab ini kekal kukuh dan berjaya mencapat matlamat. Selamat menyambut bulan puasa.

Sekian Terima Kasih





9 comments:

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...