Food Review | Man Lava Street Hawkers

Assallammualaikum

 

Pada hari jumaat yang lepas, shaila berkesempatan berkunjung ke Man Lava Street Hawkers. Lokasinya terletak di Damansara Damai Sungai Buloh. Untuk ke sini korang akan tempuhi sedikit jem kerana untuk ke sana hanya melalui satu laluan sahaja. Apa yang menariknya di Man Lava Street Hawkers ini adalah gabungan antara top vendor viral seperti chaw keaw teaw ketam, roti bakar, sengkuang calit, Bob Republic dan lain-lain lagi. 

 

Jom kita lihat menu menarik yang terdapat di sini. Ini merupakan salah satu hidangan yang shaila pesan. Nama hidangan ini adalah Burger Lava. Mengapa rotinya berwarna hitam? adakah sempena warna Lava yang berwarna hitam? ahaaaa...macamana pula dengan rasanya? burger ini harga dia memang sedap. Berbaloi dengan harga RM13. Untuk satu menu hidang ini memang membuat kita kenyang. Rasa ayam dia juga sedap dan ranggup ditambah dengan sos black paper. Kentang goreng dia juga banyak, memang shaila tidak habis makan.

 

Menu hidangan ini pula adalah milik suami shaila. Nama menu ini adalah chicken chop. Harga lingkungan RM11. Rasa ayam ini lebih kurang rasa ayam burger shaila ranggup dan pedas sedikit. Ayam dia dia juga besar. Suami shaila berjaya menghabiskannya. Rasanya chicken chop sedap  ditambah pula dengan sos dan juga kentang goreng. 

 

Untuk pencuci mulut, shaila pesan Manggo Lava. Rasa manggo ini tidak payah cakaplah...terbaik dan manis. Cukup untuk makan empat orang. Ais krim merupakan penambah rasa begitu juga dengan sagu. Shaila semasa zaman sekolah, sagu itu shaila panggil telur berudu..hahaha.

 

Ini merupakan salah hidangan istimewa yang selalu menjadi pilihan ramai. Apa yang istimewa dia? haaa..bahagian luar gelas disaluti dengan coklat dan kacang. Manakala bahagian dalam pula ais krim coklat. Terdapat nata di coco dan juga cornflakes coklat turut dimasukkan ke dalam ais krim ini sebagai penambah rasa.

Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

9 comments:

  1. mencurah-curah isi sos tu .. waaahhh slurppp..

    ReplyDelete
  2. Buat terliur nk mkn chicken cop dan mango lava.. ummm sedapnya.

    ReplyDelete
  3. dekat dengan rumah mak akk...boleh singgah kalau free nanti

    ReplyDelete
  4. Menariknya manggo lava tu ye...tak pernah tgk deco hiasan yg menarik dan tip top mcm ni...rekemen utk family ni bagus

    ReplyDelete
  5. fuhhhhhh....
    mengecurkan makanan-makanan dia ....
    harga pon not bad ...

    http://kaissi.my

    ReplyDelete

INFO TERKINI