Breast Pump menjadi pilihan hatiku

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu.Okay entry shaila kali ini adalah untuk berkenaan breast pump yang telah shaila miliki. Jika entry sebelum ini  LIHAT SINI shaila ada buat survey antara breast pump menjadi pilihan, jadi hari ini shaila ingin mencerita breast pump menjadi pilihan hati shaila adalah:

Madela Swing Single Electric


Kenapa shaila memilih breast pump ini? sebenarnya breast pump ini boleh di kategori sebagai second hand juga kerana shaila beli dari rakan kerja suami shaila. Waktu shaila di awal pregnant lagi dia telah menawarkan breast pump kerana dia pakai tidak pakai lagi, tetapi di sebabkan masih peringkat awal pregnant jadi shaila holdkan dahulu. Baru-baru ini shaila telah bertanya kembali pada beliau sama ada breast pump ini masih ada lagi atau tidak mungkin rezeki shaila breast pump itu masih ada lagi.


Ini antara barang kelengkapan yang terkandung dalam packaging itu. Shaila telah try dahulu sebelum bayar, semuanya berfungsi dalam keadaan baik dan barang juga masih nampak baru.


Dengan harga RM550, shaila memiliki semua di atas...hoyehhhhhh... Harga asal untuk madela swing single electric dipasaran adalah RM799 tidak termasuk bag dan  botol storage susu. selain itu, Shaila tertarik hati dengan beberapa ciri yang terdapat pada madele swing single electric ini adalah :

- Memerah susu secara senyap
- Susu dapat dipam lebih dalam masa yang singkat
- Pelbagai peringkat vakum dan tetapan dapat diselaraskan
- Mudah dipasang, digunakan dan dibersihkan

Okay, sampai sini sahaja entry shaila berkenaan breast pump kali ini,jumpa lagi di entry akan datang...bye.. (^_^)

Sekian Terima Kasih

4 comments:

  1. medela memang satu brand yang tidak asing lagi... selamat ber-swing... he he he...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum shaila.. semoga dipermudahkan proses breastfeeding nanti :)

    ReplyDelete