Tuesday, March 18, 2014

Kursus Perkahwinan

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang khusus perkahwinan...hahaha...haaaa...siapa di sini yang telah mengikuti khusus perkahwinan? jeng..jeng..jeng...

Okay sebelum korang hendak mengikuti khusus perkahwinan ini, apa yang perlu korang buat adalah mencari tempat khusus berdekatan dengan tempat korang duduk..tapi kalau hendak jauh pun boleh, depends pada korang. Apabila korang sudah tahu tempat mana yang korang hendak mengikuti khusus kahwin itu, korang perlulah telefon terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat untuk khusus ini seperti lokasi, tarikh khusus di jalankan, boleh booking dahulu date atau tidak, macamana pembayaran dan lain-lain. Apabila sudah mendapat semua maklumat bolehlah ke next stage iaitu pembayaran...ada separuh tempat boleh booking dahulu baru bayar, macam tempat shaila kena datang ke tempat itu sendiri dan buat pembayaran penuh untuk booking date. Time shaila yuran pembayaran adalah RM 80.

okay next stage adalah semasa hari khusus. Okay tempat shaila khusus di jalankan selama 2 hari iaitu pada hari sabtu dan ahad. Okay dari segi pakaian adalah manis jika bakal-bakal pengantin mengenakan baju kurung ker..baju kurung moden ker dari berseluar jeans and tshirt sebab macam shaila khusus di pejabat agama itu sendiri berdekatan rumah shaila so memang di haruskan berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Walaupun shaila pergi dengan tunang, duduk di dalam kelas dan waktu makan tidak boleh bersama okay harus di pisahkan tapi still boleh pandang-pandang..hahaha..

Semasa ceramah dijalankan, macam shaila perlu mengikuti 4 sesi iaitu 2 belah pagi dan dua belah petang di ikuti hari seterusnya bila dah total semua 8 sesi dari 8 orang penceramah yang berbeza. Macam biasalah dalam 8 orang penceramah itu, ada yang best, ada yang kelakar dan tidak kurang yang mengantuk...hahaha..

Okay kelebihan pergi dengan tunang adalah of course la apa yang kita dengar...dia akan dengar sebab kita dengar sumber dan tempat yang sama. Tetapi kekuranganya adalah bab bila diajukan soalan..hahaha...contoh soalan adalah "adakah si suami sanggup menaiki motor..berhujan...berpanas untuk memastikan si isteri selasa menaiki kereta ke tempat kerja?" soalan lain pula adakah si isteri sanggup berkongsi duit gaji untuk membantu atau meringankan beban suami? dan soalan-soalan mencabar yang lain..siapa terkena nasib la..jawablah anda didepan tunang masing-masing yer kerana kejujuran amat penting di situ yer..dan shaila lucky sebab tidak di tanyakan soalan.Okay sampai di sini sahaja cerita shaila jumpa lagi...

Sekian Terima Kasih

CPUV/BE NUFFNANG MARCH 2014

Assallammualaikum


Alhamdulillah, secret of shaila dapat CPUV dari pihak nuffnang lagi...Ya Allah syukur sangat- sangat. Thanks to pihak nuffnang kerana memberi shaila kesempatan untuk merasa CPUV dari pihak nuffnang lagi. 

Iklan dari Penaja



Our new, funky ZINGER Reloaded Combo is available at RM9.95! Comes with our latest Zinger Reloaded burger, 4 pieces Potato Sides and a regular soft drink!



We're proud to introduce the first and only toothpaste with Sugar Acid Neutraliser into our Colgate family!

Sekian Terima Kasih

Thursday, March 13, 2014

Sanggup Tutup Aurat Untuk Kebaikan Suami, Tetapi Biarkan Dosa Berkumpul Untuk Bapa

Assallammualaikum


Hai semua pembaca, apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Sedihkan baca statament diatas..hurmmmm...benda ini sering terjadi dalam kehidupan kita. Kita sanggup tutup aurat untuk kebaikkan suami tetapi hakikatnya sebelum berkahwin kita tidak menjaga aurat untuk kebaikan bapa kita. Jadi sama-samalah kita memperbetulkannya.

Sekian Terima Kasih

''Tanggung jawab Suami Selepas Ijab Kabul, Saat Ijab Qabul terucap''

Assallammualaikum


”Saya terima nikahnya si.... binti si.... dengan mas kawinnya.....
di bayar tunai....”.

Singkat, padat dan jelas.Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut?

Itu tersurat.Tetapi apa pula yang tersirat?

Yang tersirat ialah :

Artinya: ”Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan isteri) dari ayah dan ibunya.Dosa apa saja yang telah dia lakukan.Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat.Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang ia jadikan isteri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku”.Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab,maka aku fasik,suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk ke dalam Neraka Jahanam dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku.Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ".

Jika aku GAGAL (si Suami)?

”Maka aku adalah suami yang fasik,ingkar dan aku rela masuk neraka.Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku”.(HR.Mu slim)

Tersentuh hati shaila membaca petikan di atas ini, sungguh besar dan berat tanggungjawab seorang suami.

Duhai para istri...

Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu.Karana saat Ijab terucap, Arsy-Nya bergoncang karana beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH,dengan disaksikan para malaikat dan manusia.Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu,maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu...

Semoga jadi untuk pengalaman yang sudah nikah mahupun yang belum...

Subhanallah.. beratnya beban yang di tanggung suami.Bukankah untuk meringankan tanggungjawabnya itu bererti seorang isteri harus patuh kepada suami, menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya? Juga mendidik anak-anak kita nanti agar mengerti tentang agama dan tanggung jawab.Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah, mawaddah, dan warahmah. 

Aamin Yaa Rabbal'alaminn. ..

Sekian Terima Kasih

Tuesday, March 11, 2014

Jadi Isteri Keredhaan Suami

Assallammualaikum


Bukan senang untuk merasa diri dah okay dengan hanya solat. Padahal satu perkara yang selalu dilupakan oleh para isteri ialah untuk menjaga hati si suami. Nampak sgt mudah, hakikatnya, itulah ujian paling hebat dari Allah SWT.

Kamu kata kamu sayang Allah, kamu kata kamu sayang Rasul SAW tetapi hati suami pernahkah dijaga sebaiknya? Sedangkan keredhaan suami itulah kesempurnaan hakiki. Redha Allah terletaknya pada redha suami.

Aisyah R.anha berkata, " Wahai kaum wanita,sekiranya kamu tahu hak-hak suamimu yang harus kamu penuhi,kamu pasti menyapu debu-debu dari kedua tapak kaki suamimu dengan wajahmu."

SubhanAllah.

Sekian Terima Kasih

Monday, March 10, 2014

Tutorial wide shawl

Assallammualaikum

hai semua pembaca blog secret of shaila...apa khabar semua, diharap sihat sentiasa. Okay hari ini shaila hendak buat tutorial bergambar tentang cara pakai wide shawl dalam bentuk gambar sahaja yer...hendak buat video malu...hahaha. Ehhhh sejak bila pula jadi ala-ala model shawl nie?? hihihi...actually ini request dari blogger comel iaitu diyanahani berkenaan cara pemakaian wide shawl, hopefully pas ni dapatlah tengok hani menggayakan wide shawl yer... Okay tanpa buang masa, jom start.


Langkah-langkah:

1. Sediakan 3 biji pin dan satu biji jarum peniti
2. Lipat wide shawl kepada 2 bahagian, kemudian lebihkan sikit bahagian belakang agar belah belakang tidak nampak pendek apabila di gayakan.
3. Kemudian pakai wide shawl seperti pakai selendang, pastikan sebelah panjang dan sebelah pendek.
4. Kemudian bahagian belakang bawa ke bahagian atas kepala, dan pinkan di tepi dengan peniti.
5. kemudian kemaskan bahagian bawah dan peniti di atas bahu disebelah kiri dan kanan.
6. Done!!!


Selamat mencuba (^_^)

Sekian Terima Kasih

Wednesday, March 5, 2014

Review Serum Intense Lipstick dari LANEIGE

Assallammualaikum


Alhamdulillah..shaila dapat CPUV/BE dari pihak Nuffnang untuk bulan February 2014. CPUV/BE yang shaila dapat adalah dari pihak LANEIGE's 

Memperkenalkan LANEIGE's all-new Serum Intense Lipstick



Adakah anda sedang mencari satu gincu yang menjanjikan warna terang & bersinar cemerlang, meluncur dengan mudah di seluruh bibir anda, & kekal lembap sepanjang hari? 
Laneige dengan bangganya mempersembahkan Serum Intense Lipstick, yang boleh didapati dalam palet mewah warna untuk setiap personaliti!


Jom Make ala-ala korea !!!


Sekian Terima Kasih

INFO TERKINI