Thursday, August 29, 2013

Diy Bunga Hantaran dan Bunga Telur

Assallammualaikum




OKay..hari ini shaila hendak tunjuk serba sedikit tutorial buat bunga dari crepe paper..sebelum ini, comel tak hantaran di atas? hihihi

Bahan-bahan Untuk Bunga

1.Crepe Paper
2. Guntung
3.Dawai Bunga
4.Fetal Bunga (kalau hendak letak)



Bahan-bahan Untuk Bunga Telur

1.Crepe Paper (RM 0.80- RM1.00)
2. Gunting (FREE)
3.Dawai Bunga (RM1.00)
4.Fetal Bunga (kalau hendak letak) (RM1.00)
5.Lidi Kayu (FREE)
6.Pembalut Bunga (RM1.00)
7.Reben (RM2.50- RM 3.00)
8.Kain Kasa (Untuk Balut Telur) (RM 5.00 SEMETER)

Cara-Caranya

1.Crepe Paper kena potong  memanjang macam contoh diatas

2. Kalau hendak lebih menarik,combine 2 color dan shaila guna color block tau...huhuhu..

3.Kemudian lipat memendek macam bentuk kipas dan potong bulat di hujungnya


4. Proses terakhir adalah tarik bunga yang telah di ikat itu keatas satu persatu...done!!


Antara Yang Shaila Buat..^^

P/S: Buat benda ini memang kena banyak sabar dan hati-hati...tapi yang pasti korang akan rase puas hati kerana hasil tangan korang sendiri..^^

Selamat Mencuba..Daa..

Sekain Terima Kasih

Tuesday, August 27, 2013

Diy Pelamin

Assallammualaikum


Haa...inilah Diy Pelamin hasil tangan shaila...serius shaila cakap...memang puas hati sangat-sangat walaupun nampak simple...tapi shaila puas hati sebab hasil tangan shaila sendiri


okay nampak tak kerusi yang comel itu? shaila pinjam dari kakak saudara shaila...serius ramai yang berkenan dengan kerusi itu..^^

Langsir ungu tue pulak shaila pinjam dari umah mak cik shaila..^^

Bola-bola color purple tu shaila buat sendiri..^^

begitu juga dengan 3 kuntum bunga tu shaila buat sendiri

Okay bunga dan tanglung shaila beli di kaison..^^


bingkai love tu pulak adalah pengepit langsir.Manakala bunga pink tue shaila beli dipasar dan teddy bear tu en.tunang yang bagi..^^

P/S:Guna apa yang ada untuk dijadikan hiasan..jangan membazir..^^

Sekian Terima Kasih

Review Hantaran ♥♥

Assallammualaikum


Haii...semua pembaca...okay now shaila hendak review hantaran di hari pertunangan shaila..sorry ada separuh gambar tidak clear sangat..^^

Belah Shaila

1. Coklat

2. Tempat letak potpouri

3. Tuala

4. Kek



5.Buah

6.Biskut

7.Sirih Junjung

Belah Lelaki

1.Buah

2.Cincin


3.Coklat

4.Sirih Junjung

5.Kek


Sponser Kek 







Sekian Terima Kasih

Wednesday, August 21, 2013

Sepetang Bersama Anak-Anak Buah

Assallamualaikum

Hai pembaca semua...pada hari selasa yang lepas shaila pergi melawat nenek di kampung.Alhamdulillah nenek sihat sahaja...so aktiviti shaila disana di habiskan dengan melayan kerenah anak-anak buah shaila...yang dalam gambar ini baru half...kalau semua berkumpul..mau pengsan shaila..hahaha


see...yang baju hitam itu nama dia afiq ilman...dia kalau ambil gambar suka buat muke rock like this...and sebelah dia namaya wani...wani nie jenis mahu tapi malu...hahaha


 okay yang pakai tudung itu,nama dia athirah..hrummmm baru tingkatan satu..die nielah teman shaila bergaduh dan buli...hahaha


Haaa...mesti ramai tertanya-tanyakan tentang baby shaila pegang itu...hahaha...okay nama dia mia...anak kakak saudara shaila...baru tujuh bulan dan berat dah 10 kg...buat pengetahuan semua..shaila mampu pegang tidak sampai setengah jam then lenguh tangan...heeee


yang berkopiah itu pulak nama dia adalah ajwad..merupakan penuntut tahfiz..die nie pun jenis pemalu...


Then yang last seklai nama die akhmal...dalam banyak-banyak adik beradik...dialah yang paling nakal...hahaha...okay sampai sini sahaja...daaa

P/S: mungkin hari nie last shaila boleh blogwalking...ehhhhh nak benti berblogging ker?? hahaha xdelah...i will back...tapi bukan dalam masa terdekat ini...shaila malam ini hinggalah hari ahad akan busy dengan persiapan pertunangan...ehhhh...sape yang tunang...tggu...doakan majlis ini akan berjalan dengan lancar yer kawan-kawan...amin...jumpa lagi kawan-kawan...

Sekian Terima kasih

Setiap Yang hidup Pasti Akan Pergi

Assallammualaikum

Disini Shaila hendak kongsi dua paparan yang amat-amat mengusik hati shaila..paparan pertama adalah Nadia Shazwani seorang photographer cantik dan berbakat dan juga seorang blogger cantik dan periang iaitu Yasmin Hunwick.Kisah yang terjadi pada mereka sangat-sangat menyayat hati dan membuat hati kita rasa tersentuh mendengarnya.Yupp setiap yang hidup pasti akan pergi..kematian ada di mana-mana,tidak kira umur..masa pangkat atau tempat...Cuma kita tak tahu bila dan dimana Allah akan menjemput kita untuk kembali kesisiNya.. Wallahualam...Kematian mereka meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi..Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah untuk kesejahteraan arwah dan arwah ditempatkan dikalangan orang yang solehah amin... Shaila tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan keluarga arwah untuk menempuhi masa-masa mendatang tanpa arwah disisi.. Tetapi shaila percaya seluruh anggota keluarga arwah begitu tabah mengharungi dugaan daripada Allah...  

Photographer berbakat meninggal dunia

Abang arwah Nadia Zahari


Nadia Syazwani Zahari’s car after the collision in Jalan Subang, Shah Alam, yesterday. Pic by Asyraf Hamzah

SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 26 tahun (bakal pengantin) terbunuh dalam kemalangan di persimpangan isyarat di Jalan Montfort, Seksyen 13 di sini petang ini.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, 16/8/13 9(Jumaat), Nadia Syazwani Zahari telah memandu dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya dengan Perodua Kancil ketika keretanya itu telah merempuh oleh kereta Audi A4.

Beliau mengalami kecederaan badan yang serius dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lain melarikan diri tanpa mengalami kecederaan.

Tunangnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff, 26, bergegas ke tempat kejadian selepas dia menerima panggilan tentang kemalangan tunangnya tersebut.

"Nadia bekerja sebagai seorang jurugambar sambilan dan sedang dalam perjalanan untuk mengambil gambar di Bukit Jelutong itu.

"Pelanggan beliau memberitahu saya mengenai kemalangan itu selepas dia gagal muncul untuk mengambil gambar beliau," katanya di tempat kejadian.

Pasangan itu bertemu dua tahun lalu semasa mereka belajar di Universiti Selangor (Unisel) dan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas.

"Kami sepatutnya akan berkahwin Oktober ini," katanya.

Mangsa kakak ipar Hanis Shafinaz, 34, berkata, Nadia adalah satu-satunya perempuan dalam keluarganya daripada empat adik-beradik dan juga anak bongsu.

"Nadia baru sahaja selesai pelajaran dalam bidang grafik dan akan menghadiri majlis graduasi," katanya di tempat kejadian.

Al-Fatihah untuk beliau (07/05/1988-16/08/2013)

Moga tenang disana. 

Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff


Saya percaya tentu ramai yang dah mengenali beliau, memandangkan cerita beliau semakin hangat diperkatakan kini..... Pada yang belum kenal atau masih tertanya-tanya siapakah beliau, saya lampirkan sedikit biodata mengenai beliau...



kisah disebalik yang berlaku sungguh tragis dan pastinya dirasai lebih mendalam lagi terutamanya insan yang dekat dengan arwah

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah

Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick

Petikan Berita - Bernama

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Klik sini "Her Illusionist" untuk ke blog arwah yang kini diselenggara oleh ibunya sebagai tanda kenangan.

Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya

Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh


Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian

Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama


Tempat persemadian arwah




Begitu indah ciptaan Allah ini.... Sejuk mata memandang


Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff : 22 February 1995 - 3 June 2012

-Al-Fatihah-

Sekian Terima Kasih

INFO TERKINI