Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat

Assallamualaikum


Hai semua...shaila hendak share serba sedikit tips agar kulit bebas jearwat...tapi kulit shaila ade jerawat plus tips akhir sekali failed...coz shaila kurang gemar air masak...akibatnya kulit kering...zzzzzz...okay kita tengok beberapa tips...hopefully dapat membantu..^^

1) Pilih Sabun Bebas Minyak

Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

2) Jangan Picit Jerawat Anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

3) Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

4) Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.

5) Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

6) Jangan Sentuh Muka Anda!

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

7) Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda.

Sekian Terima Kasih

20 comments:

  1. wahhh tips berguna :) selalu picit, geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe...same jer...gatal tangan...hee..^^

      Delete
  2. haha..tips yang menarik...no 2 tu selalu buat..muka sekarang ni makin cantik je dengan bulat-bulat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bulat2 tue comel what..hihihi. .^^

      Delete
  3. kak, kalau tengah3 panas berpeluh terus basuh muka bukan nanti berpanau pulak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah...boleh jadi panau...better coldkan dulu..^^

      Delete
  4. Terima kasih bagi tips ni. Dulu pakai air beras jeh..sekarang banyak dah produk kesihatan sebegini. Boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. air beras mmg terkenal dari dahulu...banyak khasiatnya..^^

      Delete
  5. Thanks kerana sudi berkongsi info.

    ReplyDelete
  6. Tips yg best...sebenarnya kalau kita picit jerawat..akibat dr luka tu membolehkn kuman masuk kedalam seterusnya dikhuatiri kuman tersebut, merebak ke otak dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel2 dan tisu otak... (ada istilahnyer penyakit aper tah..meningitis kot...- da lupa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali...wahhh...thanks share info..^^

      Delete
  7. salam perkenalan shaila & dah follow sini..

    ReplyDelete
  8. Tips yang berguna :) kita mtk share nya

    ReplyDelete
  9. nice sharing :) ish , kdg2 picit jugak jrwt tu . hihi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah...gatal jer tangan nak pict...hihihi

      Delete

INFO TERKINI