HELLO, WELCOME TO WWW.SHAZILLAHSANI.COM. SEARCH ABOUT ANY TOPIC HERE

KL Tower Mini Zoo Tempat Menarik Harus Dikunjungi

Assallammualaikum 



Memandangkan Areez Syahmi telah mencecah umur 1 tahun 7 bulan, Shailla dengan suami ada rancang untuk bawa Areez Syahmi mengenali haiwan. Kebetulan KBBA9 telah mengadakan aktiviti beriadah bersama keluarga sambil mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli KBBA9 di KL Tower Mini Zoo pada minggu yang lalu.

 
 

Shailla sampai disini dalam pukul 9.30 pagi dan kebetulan ketika kami sampai ada pula parking berdekatan dengan pintu masuk jadi Shailla tidak perlu jalan jauh. Ketika sampai di depan pintu masuk KL Tower Mini Zoo kelihatan beberapa blogger daripada kelab KBBA9 telah pun sampai. Apa yang menarik adalah didepan pintu masuk KL Tower Mini Zoo ditempatkan dua ekor burung kakak tua yang menarik para pengunjung disitu.

 

Pasti ramai hendak tahu harga untuk masuk ke sinikan. Diatas Shailla kongsikan  harga tiket untuk masuk ke dalam KL Tower Mini Zoo.

 

Inilah dia keluarga KBBA9 yang turut serta dalam aktiviti beriadah ke KL Tower Mini Zoo ini. Memang gamaklah suasana didalam KL Tower Mini Zoo dengan kehadiran ahli KBBA9. Nasib binatang-binatang didalam KL Tower Mini Zoo ini tidak diserang sakit jantung apabila menerima lawatan daripada KBBA9.

 

Ini merupakan haiwan yang ada disitu, memang comel geram sahaja shailla tengok, nasib haiwan ini duduk dalam cermin, kalau tidak memang kena picit dengan Areez Syahmi.

 

Tengah shailla pusing-pusing didalam KL Tower Mini Zoo ini, tiba-tiba terlihat kanggaro yang comel ini tergantung didalam karung ini. 

 

Areez Syahmi tengah kusyuk melihat anak buaya itu berenang. Kalau hendak tahu, sebenarnya Areez Syahmi buat-buat berani sahaja itu. Bila anak buaya itu dekat dengan dia terus hendak menangis.

 

Kambing juga ada didalam KL Tower Mini Zoo ini tau. Kita juga boleh memberinya makan tetapi dengan kebenaran penjaga disitu.

 

Ketika ini ahli KBBA9 tengah sibuk bergambar dengan burung yang terdapat disini. Memang terdapat pelbagai jenis spesis burung yang ditempatkan di KL Tower Mini Zoo ini.

 

Ini adalah antara burung yang ada disini. Cantikkan buring belakang Shailla ini, bulunya berwarna warni gitu memang menarik perhatian pada sesiapa yang memandangnya.

 

Kambing biri-biri juga ada disini. Kita boleh pegang dan juga memberinya makan.

 

Masa untuk tangkap ikan. Haaaa ini memang kegemaran Areez Syahmi. Ikan didalam kolam kecil sangat jadi memang suiar untuk ditangkap. Setakat untuk main-main tangkap ikan bolehlah. Macam Areez Syahmi bila dapat pegang penangkap ikan itu, memang tidak mahu lepas sebab inilah masanha untuk dia main air. Jenuh jugalah pujuk Areez Syahmi untuk pergi ke tempat lain pula.

 

Antara yang best tempat ini adalah kita boleh bermain dengan rabbit da juga kura-kura gergasi yang ada disini. Disini kita akan diberikan sayur untuk memberi kura-kura ini makan. Memang seronok dapat dapat bermain dengan kura-kura dan juga rabbit tetapi malangnya Areez Syahmi langsung tidak mahu main kerana takut..huhuhu

 
 
 

Kalau lihat daripada luar memang nampak KL Tower Mini Zoo ini macam kecil, tetapi sebenarnya bila sudah masuk ke dalam baru tahu sebenarnya kawasannya luas terdapat pelbagai jenis haiwan didalamnya. Memang lenguh kaki jugalah berjalan terutama part kena mendaki naik tangga. Tidak rugi rasanya berkunjung ke sini kerana selain melihat pelbagai jenis haiwan, KL Tower Mini Zoo merupakan antara salas satu tempat menarik yang harus dikunjungi bersama keluarga.

 

Untuk mengetahui sebarang maklumat tentang KL Tower Mini Zoo boleh rujuk info yang Shailla sertakan didalam gambar diatas.

Sekian Terima Kasih.

MelloWhite Untuk Wajah Lebih Muda Dari Usia Sebenar

Assalamualaikum ❤️


Hari ini merupakan hari yang ke 10 sha minum produk ini dan merupakan paket yang terakhir. Produk ini didatangkan dengan kotak kecil yang comel berwarna merah jambu gitu. Di dalam dia terdapat sepuluh paket semuanya. Apa yang menarik tentang produk ini adalah ia mampu membuat kulit korang menjadi lebih anjal,cerah dan ayu berseri dalam masa 7 hari sahaja! memang sangat menakjubkan dimana ia memutih, melembap, memelihara dan memperkaya.

Bila dengar sahaja nama MelloWhite, sha terbayang  mashmellow...hahaha..tapi ini bukan mashmellow yang kanak-kanak suka makan tu yer..nama mellow sahaja sama tetapi bentuk dan rasanya jauh berbeza. 

Apa kandungan yang terdapat dalam MelloWhite?

Okay, untuk pengetahuan korang, MelloWhite ini adalah minuman campuran buah delima dengan ceriacerola, ubi bit merah, kologen marin, vitamin C, L-Cystein, ekstrak rose petal, ekstrak buah zaitun, barli hijau dan asid lipoik.

Setiap kandungan yang terdapat didalam MelloWhite mengandungi manfaat dan kebaikkan tersendiri.

> Ekstrak Rose Petal Sumber yang kaya dengan polifenol.Ia dapat mengurangkan aktiviti tyrosinase sehingga 44%, merencatkan pengeluaran melanin dan mengurangkan masalah pigmentasi pada wajah. Memperolehi kulit yang halus, cerah, gebu dan tanpa cela.

> Vitamin C Mencerahkan kulit secara semulajadi dengan merencat enzim tyrosinase yang diperlukan di dalam proses penghasilan melanin. Meningkatkan paras glutathione dan vitamin E dalam badan. Saintis telah mendapati bahawa protein kolagen memerlukan vitamin C untuk molekul mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mempertahankan kekenyalan kulit dengan mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak.
> Manfaat Vitamin C Membantu mencegah selsema. Meningkatkan system imun tubuh. Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi. Menjaga kesihatan mata dan menguatkan gusi. Mempercepatkan penyembuhan luka.

Ekstrak Zaitun Bertindak dengan menghalang aktiviti tyrosinase yang merupakan penyebab kepada tompok-tompok gelap yang tidak diingini. Sebagai antioksidan yang kuat, menyekat radiasi ultraviolet dan mengurangkan kesan radikal bebas bagi mengelakkan pengeluaran berlebihan melanin pada kulit. Hasilnya tesktur kulit wajah menjadi licin dan cerah. Ekstrak zaitun mempunyai efek antioxidan. 4.5 kali lebih kuat dari vitamin C. 4 kali lebih kuat dari anggur. 2.5 kali lebih kuat dari teh hijau.
Manfaat Ektrak Zaitun Merendahkan risiko penyakit jantung. Mencegah pengoksidaan Kolesterol LDL. Mengurangkan keradangan. Mengurangkan intensity atau kekerapan tindak balas alahan.

Buah Delima Kaya dengan vitamins A, C dan E. Kaya dengan antioksidan dan zat besi. Memperlambatkan proses penuaan dan juga memberi pelbagai khasiat pada kulit. Buah Delima Antaranya termasuk memberi kelembapan semula jadi pada wajah, memperbaiki sel kulit, memberi tona kulit yang sekata dan meningkatkan keanjalan kulit. Hasilnya kulit kelihatan mulus, segar dan berseri-seri.
> Manfaat Buah Delima Membantu peredaran darah. Mengurangkan inflamasi. Membantu mengurangkan gejala anemia. Meningkatkan system imuniti.

Ceri Acerola merupakan sumber yang terkaya dengan vitamin C, ia mampu merangsang pembentukan kolagen dalam badan. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, ceri acerola mampu melindungi kulit daripada ancaman radikal bebas lalu memperlambatkan proses penuaan. Ceri acerola juga mengandungi pelbagai jenis nutrien yang membantu menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit.
Manfaat Ceri Acerola Membantu kesihatan mata. Meningkatkan metabolism badan. Mencegah tekanan oksidatif. Kaya dengan nutrien – vitamin C, vitamin A, thiamine, riboflavin and niacin.

> Ubi Bit Merah mempunyai sumber fitonutrien unik yang dinamakan betalain menunjukkan sifat antioksidan, anti-radang dan anti-kanser. Toksin yang terkumpul di dalam badan merupakan salah satu penyebab kulit yang kusam. Ubi bit merah juga berfungsi sebagai bahan detoksifikasi yang membersihkan toksin dari tubuh, memperbaharui sel kulit yang rosak dan memberi nutrisi yang diperlukan oleh kulit menjadikan kulit sihat dan bersinar.
Manfaat Red Beet Meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kaya dengan nutrien - folate (vitamin B9), manganese, kalium, zat besi dan vitamin C. 

L-Cysteine Meningkatkan penghasilan glutathione dalam hati. Menggalakkan pembentukan pigmen cerah (pheomelanin). Membantu detoksifikasi. Melindungi badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi. L-Cysteine Ia memberi kelebihan dalam melambatkan process penuaan daripada bintik hitam, kedutan dan garis-garis halus.

Alpha Lipoic Asid (ALA) Dikenali sebagai antioksidan universal kerana ia adalah penangkap radikal bebas yang kuat di persekitaran yang larut air dan juga larut lemak. Melawan radikal bebas di seluruh badan. Mengitar semula vitamin C dan glutatathione. Mengetatkan liang pori. Memudarkan kedutan dan garis-garisan pada kulit. Membuat kulit kelihatan sihat dan cantik secara semulajadi. 
Manfaat Alpha Lipoic Asid (ALA) Antioksidan yang kuat. Meningkatkan pemulihan otot selepas senaman. Mengurangkan keradangan. Membantu mengurangkan komplikasi diabetes

Barli Hijau Organik membekalkan kandungan nutrient yang semulajadi dan mudah diserap termasuk vitamin, mineral, enzim, klorofil, asid amino dan antioksidan. Ia mempercepatkan pemulihan dan mengaktifkan semula keremajaan kulit dengan nyata serta mengembalikan keayuan wajah.
Manfaat Barli Hijau Organik Detoksifikasi. Mengekalkan keseimbangan asid-alkali dalam badan. Memberi kesan anti-radang yang mengagumkan. Merupakan agen antioksidan yang kuat. Memperbaiki sel-sel yang rosak. Meningkatkan stamina badan.





Arahan
Campur 1 bungkus MelloWhite dengan 150ml air. Minum sepaket setiap hari. Hidangkan sejuk untuk rasa yang lazat.

Kesan selepas 10 hari amalkan MelloWhite.

1. Melembabkan kulit wajah - memang tidak dinafikan bahawasanya selepas bebrapa hari minum MellowWhite, kulit wajah menjadi lebih lembap dan tidak kering lagi.

2. Menghaluskan dan mengebukan kulit - selain itu juga kulit menjadi lebih halus dan gebu. Terasa sedap sahaja ketika membelai kulit muka.

3. Membantu mencegah selsema - macam sha memang kerap kena selsema, jika anak sha kena selsema,sha orang pertama yang akan terkena jangkitan. Dengan adanya MelloWhite ini sha harap dapat atasi masalah mudah terkena jangkitan selsema ini kerana dengan ada vitamin c dapat meningkatkan system imun tubuh sha.Selain itu,bila bangun pagi selalu mesti kena selsema.Tetapi sekarang tidak lagi.

4. Memudarkan bintik-bintik hitam - Walaupun kulit sha bersih dari jerawat, tetapi sebenarnya kulit sha terdapat bintik pigmentasi. Seperti semua tahu, bintik pigmentasi memang susah untuk nyah dari kulit kita. Ketika ini bintik pigmentasi sha masih ada walaupun telah minum produk ini selama 10 hari. Mungkin fungsi produk ini lebih kepada merencat enzim tyrosinase yang diperlukan di dalam proses penghasilan melanin yang merupakan penyebab kepada tompok-tompok gelap yang tidak diingini.

5. Memberikan tona kulit yang sekata & seimbang - beberapa hari yang lalu,sha memang aktif pergi jalan ke sana dan ke sini. Ini mengakibatkan kulit sha menjadi gelap kerana terdedah dibawah cahaya matahari yang terik. Walaupun begitu, dengan MelloWhite  tona kulit sha kembali menjadi lebih sekata & seimbang.


Gambar sebelah kanan adalah gambar diambil pada hari ini. Manakala sebelah kiri sebelum minum #MelloWhite. Kedua-dua gambar ini sha hanya pakai serum dan juga bedak compact. Gambar sebelah kanan adalah hasil selepas 10 hari minum #MelloWhite.  No filter.. Fresh dari telefon. Kalau kita lihat dari gambar diatas, walaupun tidak menggunakan blusher, pipi nampak pinkish. Kulit sha juga nampak lebih fresh dan tona warna sekata. Cuma hidung jelah tidak mancung-mancung..HAHAHA

Rasa masam manis serta bau buah delima yang sedap semestinya menjadikan minuman ini terasa sedap terutama di minum ketika sejuk. Apa yang paling sha perasan tentang minuman ini adalah ketika sha goncang di dalam botol shake, buih dia punya banyak macam tea tarik tu. Berbeza dengan minuman yang sha minum sebelum ini,jika goncang tidak mengeluarkan banyak buih seperti itu.


Berat -/+  150g
Harga RM79.90 sekotak

Testimoni Pengguna 





Untuk dapatkan stok #MelloWhite boleh hubungi Smart Merchant, dalam program smart partner kami.

Azian                :  Perak 019 4732120
Norin Faridah : Selangor 019 2195949
Norhana          :  Penang 012 4854942
Haslin               :  Selangor 017 6908322
Hezla                 : Johor/Selangor 016 2155875
Hj Ghazali         : Penang 019 4793684
Yahya/Pak Ya   :  Johor 019 7610010
Sha                    :  K/Lumpur 0193421127
Nani                   : K/Lumpur 012 3004117
Zahariah            : Putrajaya 0166704240

Dapatkan maklumat lanjut dari Smart Merchant sekarang!!!

Jika berminat boleh hubungi terus website dibawah :

Klik Link:

SHI-MELLOW BEAUTY & HEALTH
No 39-3, Jalan Radin Anum,
Bandar Baru Seri Petaling,
57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : 03-90565690 / 012-5261148

Terima Kasih

RELATED POST