August 19, 2016

Product Review | Lipstick Farmasi

Assallammualaikum

Pasti ramai tahu tentang Lipstick dari jenama Farmasi ini. Shaila sebenarnya dapat Lipstick ini dari kawan baik shaila. Pertama kali shaila mencuba pakai Lipstick ini sebanarnya..Hihihi

Warna Lipstick yang shaila pakai ini kod 04. Warna Lipstick ini warna hot pink bila pakai pun rasa hot sahaja..cewahhh..ehhh jangan main-main tau ramai puji cantik hari ini.. ehhhh bukan puji shaila tetapi puji warna Lipstick shaila yang memancar warnanya. Shaila pun sebenarnya terpikat juga dengan warna Lipstick ini. Bagi shaila, warna pink is the best!!  sebab shaila memang ini minat warna pink.. hihihi. Kalai hendak tahu, Lipstick shaila pakai ini memang tiada rasa jadi ketika kita pakai, takdelah kita rasa hendak jilat bibir sahaja sebab itu penyebab bibir akan jadi kering. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entrt akan datang.

Sekian Terima Kasih

August 18, 2016

Product Review | Door Safety Lock

Assallammualaikum


Mesti peningkan bila berhadapan dengan situasi anak sudah pandai menyelongkar kain baju. Seperti shaila, dahulu almari baju Areez letak bawah sahaja tetapi sekarang shaila letak diatas meja supaya Areez tidak sampai untuk tarik baju yang telah berlipat. Tetapi sebenarnya itu hanya sementara sahaja. Sekarang Areez sudah pandai menyelongkar almari baju shaila pula, aduhhh  baju baru kita lipat habis dia tarik. Untuk menyelesaikan masaallah ini, shaila telah membeli Door Safety Lock.


Memang berbaloi beli benda ini kerana Areez tidak boleh lagi buka almari shaila untuk tarik kain baju yang telah elok tersusun didalam almari. Sejak ada benda ini, barulah hidup shaila rasa aman dan tidak perlu lipat balik baju-baju yang Areez tarik itu. Okay sampai disini sahaja entry shaila.Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

August 17, 2016

Parenting | Bila anak jadi raksasa

Assallammualaikum

Bila anak sudah meningkat usia ini, macam-macam ragam dan kerenah mereka.Pasti semua ibu bapa pernah hadapi situasi dimana barang permainan yang dibeli atau diberi habis rosak dikerjakan oleh anak-anak. Begitulah situasi yang shaila hadapi sekarang. Kebanyakkan barang mainan Areez habis rosak dikerjakanya.

Lihat sahaja keadaan minions ini, habis anak shaila kerjakan. Daripada sempurna tubuh badan terus tercabut dibuatnya memang macam raksasa betul, kesian dekat minion itu. Kadang-kadang terpaksa sorok dahulu mainan yang baru kerana hendak tunggu Areez besar sikit baru bagi sebab sayang tengok mainan habis hancur dengan raksasa ini..hahaha. Okay sampai sini sahaja entry shaila.

Sekian Terima Kasih.

Logo KBBA

Pengalaman Shopping Baju Raya Keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Raya 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri , antara perkara yang paling dinanti sudah tentu persiapan membeli baju raya keluarga bersama in...