January 22, 2014

Shopping Jam Tangan Di Zalora Malaysia

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? beberapa bulan yang yang lepas, amboi beberapa bulan itu, nampak sangat entry ini terbiar berhabuk..hahaha..okay, beberapa bulan yang lepas shaila dapat baucer daripada Zalora Malaysia. Shaila ada buat entry tentang kasut untuk hantaran, shaila ingatkan hendak pakai baucer itu untuk beli kasut hantaran tetapi shaila takut kalau tersalah pilih size kasut. Jadi shaila buat keputusan untuk membeli jam tangan sahaja kerana kebetulan masa itu jam tangan shaila pun dah nyawa-nyawa ikan.


Inilah jam yang shaila beli di zalora. Design dia simple sahaja. Harga pun bawah RM100. Ini merupakan pertama kali shaila membeli-belah di Zalora Malaysia . Jika ditanya tentang service mereka, apa yang dapat shaila cakap adalah service mereka  amat memuaskan hati. Shaila membuat pembayaran semasa penghantaran. Hari ini shaila order, tup-tup malam dapat masej esok pihak zalora akan membuat penghantaran..wahhh cepatkan..Hahaha...Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini..bye semua...jumpe lagi..

Sekian Terima kasih

January 10, 2014

Dapatkan baucer bernilai 15% dari Tudung2u

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua, okay hari ini shaila berbesar hati ingin memberitahu berita baik kepada semua pembaca blog shaila. Shaila ingin memberi voucher bernilai 15% dari Tudung2u kepada semua pembaca yang shaila sayangi dan kasihi.

Caranya adalah : 

1) Pergi ke laman web ini : http://www.tudung2u.com.my/

2) Semasa korang nak beli tu korang letak kod baucer ini :

ANU2013 

(sah sehingga 31 January 2014)

Antara tudung-tudung yang terdapat di http://www.tudung2u.com.my/ adalah seperti berikut :

Shawl Labuh




RM 20.00

Tudung Bawal

RM 25.00
RM 34.00
RM 38.00
RM 39.00

Shawl Half Moon









Yang shaila tunjuk diatas adalah separuh sahaja, banyak lagi pilihan yang cantik dan menarik terdapat di http://www.tudung2u.com.my/ .

Ulangan

Caranya adalah : 

1) Pergi ke laman web ini : http://www.tudung2u.com.my/

2) Semasa korang nak beli tu korang letak kod baucer ini :

ANU2013 

(sah sehingga 31 January 2014)

Kepada pembaca blog shaila, selamat bershopping yer (^_^)

Sekian Terima Kasih

December 24, 2013

Review Produk Nutox Oxyfusion

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar.Rasa macam sudah lama shaila tidak buat entry, maaflah sekarang sibuk sedikit..hihihi....Okay hari ini shaila hendak review tentang nutox oxyfusion. Shaila pakai produk ini selama 2 minggu, untuk kulit jenis shaila iaitu kulit combinasi hasilnya adalah : 

KIta lihat dahulu dari sudut positif :

Kulit menjadi halus dan mulus
pori-pori menjadi kecil

Kalau dari sudut negative pula adalah :

Kulit shaila naik jerawat dan
menjadi gelap.

Adakah shaila masih menggunakan lagi produk ini? 

jawapanya tidak since kulit shaila naik jerawat dan menjadi gelap, shaila terus stop. Ada juga kawan-kawan shaila berpendapat itu adalah antara salah satu proses untuk menyah toksin tetapi shaila takut juga kalau kulit shaila menjadi semakin gelap dan semakin naik jerawat jadi shaila buat keputusan untuk berhenti.

Adakah produk ini tidak bagus?

Sebenarnya untuk menilai sesuatu produk bergantung pada kulit kita. Shaila telah menjual produk ini pada kawan office shaila, feedback dari dia adalah produk ini okay. Muka dia tidak menjadi gelap atau naik jerawat. Sampai sekarang dia masih menggunakan produk itu dan shaila tengok muka dia okay sahaja tidak menjadi gelap atau ditumbuhi jerawat.

Okay sampai sini sahaja review shaila tentang produk nutox oxyfusion.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

Pengalaman Shopping Baju Raya Keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Raya 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri , antara perkara yang paling dinanti sudah tentu persiapan membeli baju raya keluarga bersama in...