Assallammualaikum,
Hai semua, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan McDonald’s
Malaysia Blood Donation Drive pada 30 Jun 2022 di McDonald’s, Uptown 3,
Damansara Utama. Ia merupakan kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Pusat
Darah Negara, selaras dengan seruan kerajaan bagi mendapatkan bekalan
darah yang mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat.
Sejak 2017,
McDonald’s Malaysia telah menganjurkan kempen derma darah tahunan untuk
meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menderma
darah.
Kerjasama ini kini memasuki tahun keenamnya, dan sepanjang tahun,
McDonald’s Malaysia telah berjaya mengumpulkan McFamily untuk menderma darah
dan menyebarkan kepentingan mengisi tabung darah kita.
Ketika Shailla mengikuti McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive
ini, memang perasaan ketika itu amat teruja dan dalam masa yang sama agak
gementar juga kerana kali terakhir Shailla ikuti program derma darah ini adalah
di tempat kerja.
Sebelum hadir ke McDonald’s Malaysia Blood
Donation Drive, Shailla membaca dahulu kriteria bagi penderma darah. Sebelum menderma darah
pastikan korang sihat tubuh badan, mempunyai berat badan 45 kilogram ke atas,
berumur 18-70 tahun bagi penderma kerap, dan di antara 18-60 tahun bagi
penderma baru. Selain makan sebelum menderma darah, korang perlu rehat atau
tidur sekurang-kurangnya lima jam sebelum menderma serta tidak mengambil ubat
seperti antibiotik dalam tempoh terdekat.

Seperti yang semua tahu,sekali kita menderma
darah, ia mampu menyelamatkan tiga nyawa. Menderma darah merupakan satu amalan
kebajikan yang amat mulia kerana ia bukan sahaja membantu golongan yang
memerlukan tetapi merupakan satu khidmat bakti serta pengorbanan yang amat
bermakna kepada masyarakat. Amat beruntungnya kita jika berpeluang untuk
khidmat bakti kepada masyarakat.

Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat
McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma
pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan
niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera
tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran
yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan
juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain
yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia
dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.

Di pintu
masuk McDonald’s, ada disediakan kaunter pendaftaran untuk korang daftar dan isi
beberapa maklumat.
Seterusnya, ambil borang dan isi maklumat peribadi yang di perlukan.
Kemudian, timbang berat badan bagi memastikan berat badan lepas untuk ke langgkah seterusnya. Kalau tidak silap, untuk menderma darah berat badan perlulah 45kg dan ke atas.
Selepas itu, buat ujian darah bagi memastikan korang jenis darah apa sebelum menderma. Juga memastikan korang layak atau tidak untuk menderma darah.
Setelah itu, kena pergi ambil tekanan darah.
Dan isi form untuk maklumat yang diperlukan sekali lagi.
Inilah dia saat yang buat jantung bagai nak luruh..iaitu kena cucuk untuk ambil darah..hihihi
Setelah selesai menderma darah, korang boleh pergi ke kaunter untuk ambil kupon makan dan goodie bag.
Kemudian naik ke level 12A untuk tebus kupon makanan. Sebelum ke kaunter tebus kupon, korang boleh bergambar di photo booth yang disediakan. Pasti semua tertanya-tanya mengapa tiada gambar Shailla menderma darah, ini kerana Shailla sedang datang bulan ketika itu jadi tidak boleh menderma darah.
Kaunter tebus kupon makan.
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.Terima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana menganjurkan McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive bagi memastikan bekalan darah berterusan dan mencukupi.
Sekian Terima Kasih