August 03, 2020

KAFE KLEPTOKRAT | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

Assallammualaikum

Minggu lalu Shailla pergi pergi makan di kafe terletak di Kuala Lumpur. Kafe ini memang menarik dan unik terutama untuk korang  yang suka bergambar ala-ala instagramable.

Macam Sha memang suka kafe ala-ala unik dan klasik ini. Memang waktu sampai memang teruja rasa hati untuk ambil gambar sebab memang dah jangka gambar akan cantik tambah pula cahaya pun cantik memang padu hasil gambar korang.

Kafe yang Shailla maksudkan adalah Kafe Kleptokrat yang terletak di Jalan Tun H S Lee Kuala Lumpur.

Di bawah Shailla kongsikan beberapa gambar yang Shailla sempat ambil ketika berada di sana.


Gambar ini diambil ketika berada di luar kafe Kleptokrat. Abaikan pemandangan mat pokok belakang itu. Dia memang suka buat aksi diluar jangkaan. Hahaha


Tepi kafe ini pun cantik untuk korang ambil gambar. Dengan latar belakang dinding ala-ala bangunan lama dan mentol membuat korang jadi menarik.

Kafe Kleptokrat ini ada dua pintu iaitu pintu utama dan pintu belakang. Kalau korang nak nak ambil gambar berlatarkan mural boleh lalu pintu belakang. Selain mural terdapat beberapa lokasi cantik yang korang akan jumpa untuk mengambil gambar antara adalah seperti dibawah.





Di atas adalah bebrapa gambar mural yang berada di tepi lorong ke pintu belakang Kafe Kleptokrat.


Ini pula gambar di tangga untuk masuk ke pintu belakang Kafe Kleptokrat. Cahaya di sini memang cantik jadi korang akan dapat gambar yang lebih terang dan jelas.


Perasan tak almari belakang Shailla itu? Haaa.. Jangan terkejut kalau Sha cakap itu merupakan pintu masuk ke Kafe Kleptokrat.




Sebelum masuk ke dalam Kafe Kleptokrat korang akan nampak ruang makan. If korang tak nak duduk di dalam korang boleh duduk diluar kafe. Di situ juga terdapat ruang santai yang menempatkan kerusi dan juga televisyen. 


Pintu masuk dan ruang di dalam kafe Kleptokrat. Kafe Kleptokrat ini sangat sesuai untuk korang kunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan. Nampak kecil tetapi sebenar terdapat banyak ruang untuk korang duduk. Kafe Kleptokrat ini tempat dia agak privasi sangat sesuai untuk buat majlis yang tertutup. Kalau yang datang dari jauh, jangan risau kerana disini juga menyediakan penginapan iaitu Mingle Hostel yang turut mempunyai kolam renang.

Bab makanan pula, Sha order 3 menu iaitu Rice bowl Chicken Teriyaki, Grilled Chicken dan Chicken et Funghi. Kesemua makanan dia memang sedap terutama Rice bowl Chicken Teriyaki dan Pizza Chicken et Funghi. Kalau korang hendak tahu, roti pizza dan roti sandwich di kafe ini menggunakan bahan penaik (sourdough) buatan mereka sendiri. Sebab itulah rasa rotinya gebu dan lembut sahaja. 

Pizza Chicken et Funghi

Rice bowl Chicken Teriyaki

Grilled Chicken

Dancing on the floor 

Dessert


Di ruang tingkat atas Kafe Kleptokrat ini ada satu lagi ruang santai yang menempatkan meja makan dan juga meja snooker. 


Budak-budak tidak dibenarkan untuk naik ke atas tanpa pengawasan ibu bapa. Ini kerana keadaan tangga yang curam dan terdapat ruang terbuka bahaya untuk kanak-kanak naik sendirian.


Sambil korang makan, korang boleh berhibur bersama keluarga dan kawan-kawan sambil bermain snooker.

Sekarang, Kafe Kleptokrat sedang mengadakan promosi di mana korang akan dapat potongan 20% kalau makan di situ. Korang juga akan mendapat potong 10% lagi kalau korang ambil gambar di kafe Kleptokrat dan muat naik didalam sosial media korang. Pastikan gambar itu tidak privasi bagi memudahkan pihak kafe untuk melihatnya atau berkongsi gambar korang itu. Korang akan dapat 30% potongan kesemuanya. Berbaloi bukan,rugi kalau tidak ambil peluang ini. Promosi berlangsung sehingga 15 Ogos 2020 sahaja.

Kafe Kleptokrat juga ada buka servis untuk penghantaran makanan. Penghantaran percuma hanya untuk sekitar Kuala Lumpur, Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights dan Bukit Tunku.

Untuk maklumat lanjut tentang Kafe Kleptokrat ini :

Alamat : 
Kafe Kleptokrat, 18 Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur.


IG : 

WhatsApp:
+6019 222 0262

Waktu Operasi : 
Isnin hingga Sabtu (10 pagi - 4 petang)

Sekian Terima Kasih

July 31, 2020

Produk Apotec | Buah Tangan Istimewa Untuk Ayah Dan Ibu

Assalamualaikum


Raya Aidil Adha tahun ini istimewa sedikit kerana Shailla bawa buah tangan istimewa untuk abah dari produk apotec. Macamana Shailla terdetik untuk beli produk Apotec adalah ketika Shailla melihat laman web constant untuk mencari ACV.

Cuka Cider epal (ACV) merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah. Cuka epal mempunyai banyak khasiat. ACV memang banyak Kebaikannya terutama untuk kesihatan dan juga untuk kecantikan. Terdapat juga orang memgamalkan cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah sakit jangtung, kolestrol tinggi, masalah berat badan dan pencegah kanser.



Sha tertarik dengan set Bundle Promo. Jadi terdetik di dalam hati untuk membeli set ini untuk dihadiahkan pada abah dan mama. Memang jimat dan berbaloi berbanding beli berasingan. Tidak sabar rasanya hati untuk bawa pula set bundle promo ini untuk abah dan mama. Pasti mereka rasa gembira bila dapat hadiah ini.


Dalam set bundle promo ini ada 3 produk iaitu Apotec Omega-3 Fish Oil (1300mg), Apotec Curmax 250mg dan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey 750ml


Minyak Ikan Apotec Omega-3 (1300mg)

*Menurunkan tekanan darah dan degupan jantung

*Mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida LDL

*Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan

*Melegakan sakit sendi

*Memperbaiki simptom mata kering


Apotec Curmax 250mg

*Antioksidan kuat untuk menyokong dan mengekalkan kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif

*Kesan anti-radang

*Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular.

*Meningkatkan kesihatan sendi


Apotec Apple Cider Cuka dengan Madu 750ml 

*Meningkatkan pencernaan dan penyerapan

*Meningkatkan rasa kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan

*Melegakan masalah sembelit dan membantu dalam proses detoksifikasi

*Bertindak sebagai antioksidan

Menyedari ACV mempunyai banyak kebaikannya, jadi Shailla telah mencuba ACV dari Apotec. Shailla mencuba ACV ini adalah untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Macam ayah Shailla pengidap kencing manis. ACV dapat membantu mencegah atau mengurangkan tahap glukosa darah dan HbA1c yang merupakan penanda untuk diabetes yang terdapat di dalam Badan mereka. Memanfaatkan dua sudu ACV dengan air pada waktu pagi boleh memberi kesan positif pada paras glukosa darah setiap hari. Shailla harap dengan mengamalkan ACV ini dapat mengawal kadar gula dalam darah abah.

Macam Shailla, kalau balik kerja sahaja, mesti rasa letih. Jadi Shailla mengamalkan ACV untuk membantu melegakan rasa letih dan lemah badan.

Rugi rasanya kalau korang lepaskan peluang untuk beli set bundle promo ini. Selain jimat dalam masa yang sama kesihatan juga terjaga.

Untuk pembelian dan Info Lanjut :

Facebook Link : Apotec Malaysia
Instagram Link : apotecnushine
Web : Constant

Sekian Terima Kasih 
Logo KBBA

Pengalaman Shopping Baju Raya Keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Raya 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri , antara perkara yang paling dinanti sudah tentu persiapan membeli baju raya keluarga bersama in...