October 29, 2015

Travel Review | Underwater World Pulau Langkawi

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah untuk mencerita pengalama shaila semasa melancong ke langkawi. Underwater Worl Langkawi merupakan salah satu tempat yang shaila sempat lawati ketika berada di sana.Underwater World Langkawi (UWL) adalah akuarium terbesar di Malaysia menempatkan koleksi lebih 4000 kehidupan akuatik. Harga masuk untuk dewasa adalah rm30 untuk mykad manakala bukan pemegang mykad adalah rm40


Terdapat lebih daripada 500 spesies haiwan dan hidupan laut di lebih daripada 100 tangki yang direka khas yang dipamerkan di sini. Yang dibelakng shaila ini adlah salah satu spesis ketam yang terdapat disini.


Di sini juga turut dipamerkan penguin yang comel-comel. Aksi-aksi penguin ini bukan sahaja menarik perhatian shaila malah pengunjung yang lain juga terutama kanak-kanak.Paling lucu lihat aksi mereka adalah semasa diberikan makan.


Ini di bahagian luar underwater world. Terdapat Burung dan haiwan yang mendiami sub-Antartika, iklim sederhana dan kawasan Hutan Hujan Tropika juga dipamerkan di sini. Selain itu juga terdapat lebih daripada 100 spesies kerang dari pelbagai pelusuk dunia dikumpulkan bersama-sama dalam pameran paparan.


Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan penguin gergasi yang comel ini.Perasaan shaila ketika berada disini memang teruja dan seronok melihat pelbagai jenis haiwan yang di pamerkan disini.Memang tidak rugi bayar rm30 untuk masuk ke sini.Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

October 27, 2015

Food Review | Resepi Kek Warna Warni

Assallammualaikum

Hai semua, apa khabar? di harap adalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak kongsi tentang resepi kek warna warni. Kek ini sebenarnya shaila sudah buat minggu lepas dan dah habis pun cuma hari ini baru dapat update.

Bahan-Bahan
  1. Tepung Gandum : 500g
  2. Magerin planta : 500g
  3. Gula Kastor : 500g
  4. Baking Powder : 1 Sudu Teh
  5. Telur 3 Biji
  6. Esen Vanila: 1 Sudu Teh
  7. Pewarna Hijau Dan Merah: 1 Sudu Teh


Untuk Mendapat bancuhan seperti diatas adalah pertama masukkan magerin planta dan gula kastor. Kemudian kacau hingga kembang. Masa yang shaila ambil untuk kacau magerin planta dan gula kastor adalah dalm sejam kerana kacau guna senduk sahaja. Kemudian Apabila sudah kembang, masukkan telur dan juga esen vanila, kacau hingga sebati.Kemudian masukkan tepung dan baling powder. Kacau hingga sebati. Untuk mendapat kesan warna warni itu, shaila bahagi kepada 3 bahagian ke dalam acuan. Bahagian pertama warna base. Bahagia kedua warna hijau dan bahagian ketiga warna merah. kemudian kacau sikit-sikit kasi warna bercampur.


Panaskan dahulu pembakar dalam 10 minit, kemudian bakar pada suhu 180 darjah celcius.Janga lupa sekali sekala check kek itu sudah masak atau tidak jangan biarkan sahaja takut terlebih masak pulak karang.


Apabila sudah masak, biarkan sejuk seketika kemudian bolehlah dipotong dan dihidang semasa minum petang bersama keluarga. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...