September 12, 2015

Food Review : Resepi Puding Roti

Assallammualaikum,


Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Okay, kali ini shaila hendak berkongsi resepi puding roti. Shaila tidak sempat ambil banyak gambar jadi shaila akan kongsi secara lisan resepi puding roti ini.

Bahan-Bahan

1. Roti Garnier 6 keping di potong dadu
2. Susu cair 2 cawan
3. Gula Halus setengah cawan
4. Butter 1 sudu makan
5. Essen Vanilla 1 sudu makan
6. Telur 2 biji
7. Kismis


Cara - cara memasak

1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan roti yang telah di potong ke dalam periuk. Kacau rata agar roti itu tenggelam.
3. Masukkan gula, garam dan butter. Kemudian kacau rata. Biarkan seketika
4. Apabila bahan sudah sejuk sedikit, masukkan telur dan essen vanilla.
5. Letak kismis.
6. Ambil loyang bersize sedang, lenser dengan mentega. Kemudian masukkan bahan-bahan tadi.
7. Ambil 1 lagi loyang bersize besar, masukkan loyang yang mengandungi bahan-bahan tadi ke dalam loyang besar. Masukkan air panas ke dalam loyang besar untuk di bakar secara steam bath.
8. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit hingga 1 jam. Apabila siap di masak, biarkan seketika, barulah potong untuk di makan.

Sekian Terima Kasih

September 08, 2015

Travel Review : Tan Sia Kee Kerpok Sotong Paka Terengganu



Assallammualaikum



Hai semua pembaca, diharap pagi ini lebih ceria dari semalam. Okay entry shaila kali ini adalah tentang keropok sotong? siapa di sini pengemar keropok sotong? pastikan ramaikan. Semasa shaila pergi bercuti di Terengganu, shaila ada singgah di sebuah kedai keropok sotong yang terletak di Paka Terengganu. pemilik kedai ini berbangsa cina.



Semasa kunjungan shaila di kedai ini, shaila disambut mesra oleh seorang aunty dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Aunty ini sangat pasif berbahasa melayu sehingga langsung tiada pelat cine. Kalau ikut dari percakapanya, shaila dapat rase yang dia sudah menetap di Terengganu lebih dar 10 tahun.Seperti yang semua lihat, kedai aunty ini hanyalah menjual keropok sotong dan juga keropok ikan. Kebanyakkan keropok di sini adalah dari jenama kedai ini sendiri. Untuk keropok sotong, harganya adalah rm15 sepeket.



Ini adalah keropok pilihan kami. Keropok sotong ini, bila di goreng akan menjadi besar dan rasanya juga sedap. Selalunya keropok ini di minati di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak kurangnya kalau di hidang, tidak sampai setengah jam..selesai...okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpe lg di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...