September 13, 2014

Throwback Majlis Malam Berinai

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu.Hokey kali ini shaila hendak kongsi gambar semasa majlis malam berinai. Sebenarnya Majlis ini saja-saja buat atas permintaan family.

Baju Bollywood



Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

Baju Kimono



Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.

Baju Tradisi Jawa



Sememangnya Majlis Berinai Kecil mahupun Majlis Berinai Besar mempunyai simbolik dan keistimewaan tersendiri. Masyarakat dahulu amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama jiran sekampung. Berbeza dengan zaman sekarang, tidak ramai yang masih mengekalkan adat dan budaya kerana kehidupan di bandar tidak lagi mengamalkan sikap saling tolong menolong dan ramah mesra sesama jiran tetangga. Kos perbelanjaan perkahwinan waktu itu tidaklah terlalu besar kerana jiran tetangga saling memberikan bantuan samada dari segi kewangan mahupun barangan dapur yang dapat digunakan bagi mengadakan sesebuah majlis. Berbanding sekarang, kos perbelanjaan berpuluh ribu hanya dapat digunakan untuk satu majlis kerana kos tempahan katering dan dewan memakan belanja yang amat besar berbanding konsep gotong royong.


Majlis malam berinai shaila dilakukan pada sebelah malam selepas majlis akad nikah dan juga marhaban.
Gambar Perkahwinan shaila belum siap lagi..sobsobsobsob..jadi tidak boleh buat throwback lagi majlis akad nikah dan perkahwinan lagi.

Sekian Terima Kasih

August 16, 2014

Review Sahara Tent Restaurant dan Majlis Perpisahan officemate

Assallammualaikum 

Hai semua pembaca, apa khabar? rasanya sudah terlalu lama shaila menyepikan diri, sekarang tibalah masa untuk shaila memanaskan enjin blog Secretofshaila kembali. Okay, kali ini shaila hendak cerita sambil review restaurant shaila pergi pergi minggu lepas sempena majlis pepisahan rakan tempat kerja.


Restaurant yang menjadi pilihan kami adalah restaurant arab yang terletak di bangunan sacc shah alam. Restaurant ini berkonsep arab style. Kalau korang tengok nama restaurant pun korang dah boleh agak restaurant ini adalah restaurant arab.


Ini adalah salah satu dekorasi didalam restaurant ini. Dekorasi didalam restaurant ini ala-ala berada di padang pasir menarik dan cantik. Mari kita beralih pada makanan pula.


Ini air blueberry, tapi shaila tidah rasa pun sebab officemate chiness girl punya tapi kalau tengok memang nampak menyelerakan..yumyumyum..


Yang ini pula air delima, rasanya masam tapi sedap. Manakala sebelahnya pula adalah air chocholate, super sedap..hihihi..


Hokey, ini pula namanya chicken Mandy, nasi dia memang sedap cuma ayam dia terlalu kering dan keras. Selain itu ada juga makanan lain seperti roti arab, mertabak dan lain-lain lagi.


Before pulang, wajib posing dahulu..hihihi


Officemate shaila yang hendak berhenti itu adalah yang berdiri belah kiri hujung sekali.Okay sampai sini sahaja, jumpa lagi.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...