January 30, 2016

Food Review | Homst Chinese Muslim Cuisine

Assallammualaikum 



Sebenarnya shaila banyak kali pergi HOMST ini. Kali ini pula, tujuan shaila pergi ke sini bukan sahaja ingin makan tengahari tetapi juga merupakan majlis perpisahan dengan rakan office shaila. Restoran ini memang menjadi pilihan kami jika ada meraikan sesuatu.



Sementara menunggu makan tiba, jom kita bermain dengan lampu lilin. Sebenarnya shaila sedang belajar cara tangkap gambar yang cantik. Di atas adalah hasilnya hanya menggunakan handset lenovo dan VSCO.



Ini adalah air yang shaila order iaitu longan seacoconut. Air ini kurang menyengat seperti selalu mungkin kerana gula merah banyak kot jadi rasa air kurang sikit.



Antara menu yang shaila order adalah sotong goreng tepung. Rasa sotong ini sedap dan ranggup. Nampak sikit tetapi sebenarnya cukup untuk kami lapan orang.  


Menu seterusnya adalah Salted Egg Soft Shell Crab. Untuk menu ini, rasanya memang sedap. Ketamnya yang lembut dan ranggup memang menyelerakan. Selain itu juga, kita tidak perlu lagi kopek kulit hanya ngap macam itu sahaja kerana memang lembut dan ranggup.



Oh yer...lelaki sebelah shaila itu adalah office mate yang shaila maksudkan itu. Dia berhenti kerana dapat kerja lain. Waaa...pas ini tidak dapatlah buli dia lagi...hihihi..okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini..Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...