January 22, 2014

Shopping Jam Tangan Di Zalora Malaysia

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? beberapa bulan yang yang lepas, amboi beberapa bulan itu, nampak sangat entry ini terbiar berhabuk..hahaha..okay, beberapa bulan yang lepas shaila dapat baucer daripada Zalora Malaysia. Shaila ada buat entry tentang kasut untuk hantaran, shaila ingatkan hendak pakai baucer itu untuk beli kasut hantaran tetapi shaila takut kalau tersalah pilih size kasut. Jadi shaila buat keputusan untuk membeli jam tangan sahaja kerana kebetulan masa itu jam tangan shaila pun dah nyawa-nyawa ikan.


Inilah jam yang shaila beli di zalora. Design dia simple sahaja. Harga pun bawah RM100. Ini merupakan pertama kali shaila membeli-belah di Zalora Malaysia . Jika ditanya tentang service mereka, apa yang dapat shaila cakap adalah service mereka  amat memuaskan hati. Shaila membuat pembayaran semasa penghantaran. Hari ini shaila order, tup-tup malam dapat masej esok pihak zalora akan membuat penghantaran..wahhh cepatkan..Hahaha...Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini..bye semua...jumpe lagi..

Sekian Terima kasih

January 10, 2014

Dapatkan baucer bernilai 15% dari Tudung2u

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua, okay hari ini shaila berbesar hati ingin memberitahu berita baik kepada semua pembaca blog shaila. Shaila ingin memberi voucher bernilai 15% dari Tudung2u kepada semua pembaca yang shaila sayangi dan kasihi.

Caranya adalah : 

1) Pergi ke laman web ini : http://www.tudung2u.com.my/

2) Semasa korang nak beli tu korang letak kod baucer ini :

ANU2013 

(sah sehingga 31 January 2014)

Antara tudung-tudung yang terdapat di http://www.tudung2u.com.my/ adalah seperti berikut :

Shawl Labuh




RM 20.00

Tudung Bawal

RM 25.00
RM 34.00
RM 38.00
RM 39.00

Shawl Half Moon









Yang shaila tunjuk diatas adalah separuh sahaja, banyak lagi pilihan yang cantik dan menarik terdapat di http://www.tudung2u.com.my/ .

Ulangan

Caranya adalah : 

1) Pergi ke laman web ini : http://www.tudung2u.com.my/

2) Semasa korang nak beli tu korang letak kod baucer ini :

ANU2013 

(sah sehingga 31 January 2014)

Kepada pembaca blog shaila, selamat bershopping yer (^_^)

Sekian Terima Kasih

December 24, 2013

Review Produk Nutox Oxyfusion

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar.Rasa macam sudah lama shaila tidak buat entry, maaflah sekarang sibuk sedikit..hihihi....Okay hari ini shaila hendak review tentang nutox oxyfusion. Shaila pakai produk ini selama 2 minggu, untuk kulit jenis shaila iaitu kulit combinasi hasilnya adalah : 

KIta lihat dahulu dari sudut positif :

Kulit menjadi halus dan mulus
pori-pori menjadi kecil

Kalau dari sudut negative pula adalah :

Kulit shaila naik jerawat dan
menjadi gelap.

Adakah shaila masih menggunakan lagi produk ini? 

jawapanya tidak since kulit shaila naik jerawat dan menjadi gelap, shaila terus stop. Ada juga kawan-kawan shaila berpendapat itu adalah antara salah satu proses untuk menyah toksin tetapi shaila takut juga kalau kulit shaila menjadi semakin gelap dan semakin naik jerawat jadi shaila buat keputusan untuk berhenti.

Adakah produk ini tidak bagus?

Sebenarnya untuk menilai sesuatu produk bergantung pada kulit kita. Shaila telah menjual produk ini pada kawan office shaila, feedback dari dia adalah produk ini okay. Muka dia tidak menjadi gelap atau naik jerawat. Sampai sekarang dia masih menggunakan produk itu dan shaila tengok muka dia okay sahaja tidak menjadi gelap atau ditumbuhi jerawat.

Okay sampai sini sahaja review shaila tentang produk nutox oxyfusion.

Sekian Terima Kasih

December 06, 2013

Produk A'laisyah Sudah Bertukar Wajah

Assallammualaikum


Packaging baru


Packaging Lama


Inginkan kulit yang cerah, gebu dan muda dalam masa terpendek? A’laisyah Siri Uni White Plus dengan formulasi baharu mampu memberikan anda kulit yang cerah, gebu dan muda dalam hanya dua minggu.

Disebabakan shaila banyak dapat feedback cara untuk pakai produk a'alaisyah, jadi dibawah shaila senaraikan turutan penggunaan produk a'laisyah,diharap dapat membantu yer...(^_~)

Cara Pemakaian Produk A'laisyah

Pertama


Pembersih Pencerah Muka

Pastikan anda membersihkan muka dua kali sehari supaya kulit wajah tidak tercemar dan liang pori tidak tersumbat. Ingat juga untuk disusuli dengan penggunaan penyegar A’laisyah

Kedua


Penyegar

Ramai yang tak tahu yang penyegar muka amat penting dalam rutin kecantikan kita. Kadang kadang kita selalu lupa nak pakai penyegar muka selepas mencuci muka kan?

Tanpa penyegar, kulit akan jadi kering dan lesu. Gunakan A’laisyah Penyegar untuk kekalkan kelembapan dan keserian kulit.

Ketiga


Krim Pencerah Kulit SPF20++ - RM10.90

Kalau anda sering terdedah kepada sinaran matahari dan kulit senang gelap, anda harus menggunakan produk yang mengandungi SPF. Krim pencerah baru A’laisyah Uni White Plus mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan pada masa yang sama mencerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Keempat


Krim Kecantikkan - RM9.90

Krim Kecantikan A’laisyah ini lah jawapannya. Sesuai digunakan pada siang dan malam, untuk semua jenis kulit.

Kelima


Krim Sari Pelembap Malam

Sekarang dah tak perlu risau dengan kedutan di muka. A’laisyah Krim Sari Pelembap Malam mampu buat kulit kita kembali anjal dan lebih muda

Tambahan


Skrub muka

Skrub muka harus ada dalam rutin kecantikan kita. Bersihkan segala kotoran dan sel kulit mati di wajah dengan Scrub Muka A’laisyah. 

Tips: Pakai skrub terlebih dahulu sebelum scrub penyegar.


Krim BB A’laisyah - RM17.90

Krim BB A’laisyah sesuai untuk kaum wanita yang tidak suka solekan tebal. Ia mampu menyamarkan noda dan cela di samping menjadikan tona kulit lebih sekata. Paling best untuk mendapatkan solekan yang natural.

Sekian Terima Kasih

Tutti Art Club

Assallammualaikum


Welcome to Tutti Art Club. Tutti is here to welcome all special artists who share their passion in art. We want to build a close connection with parents and special artists in the area of creative arts. This club is happy to provide support and teaching aid for special artists. Come and share your views and ideas to help them create not dream but reality!!! Art is a gift to humanity that shows love and truth in a beautiful way.


Hai semua..ingat tak lagi tentang event intrade yang shaila pergi hari tu? Okay shaila saja tidak masukkan entry pasal organisasi ini kerana shaila hendak buat entry khas pasal organisasi ini.


Apa yang shaila tahu tentang kelab ini adalah kelab ini ditubuhkan untuk orang-orang istimewa. Mereka bukan sahaja istimewa tetapi turut juga di kurniakan bakat yang istimewa dalam bidang seni lukis.

Lihat sahaja hasil artwork yang mereka hasilkan sangat unik dan cantik.Shaila sangat terpesona melihat hasil karya yang mereka.

Lukisan ini sangat-sangat shaila suka kerana sangat comel dan cantik


Pada event hari itu, hasil lukisan mereka telah diterjemahkan atau telah diadaptasi ke dalam betul shawl. Kesemua lukisan mereka telah dilukis balik di atas kain lalu dipamerkan.Memang kreatifkan.

Contoh shawl dari hasil lukisan mereka


Cantikkan hasil karya mereka.Okay mereka juga ada laman web tau, so kalau hendak tengok banyak lagi karya mereka bolehlah ke laman web mereka seperti yang tertera dibawah.


Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...