September 12, 2017

Pantai Teluk Bidara Dungun Terengganu

Assallammuaikum ❤️


Kalau sudah sampai Terengganu, rugi dan macam ada tidak lengkap pula rasa jika tidak singgah pantai. Di sini terdapat beberapa pantai yang cantik untuk lepak-lepak sambil tenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga.


Pantai yang sha maksudkan adalah pantai Teluk Bidara. Pantai ini terletak di dalam daerah Dungun. Kalau korang dari arah bandar dungun, korang akan melalui jambatan baru dungun.

Apa yang menariknya adalah, ketika dalam perjalanan ke sini, korang akan melalui kawasan kampung. Seronok rasanya hati ketika melalui kawasan kampung itu. Untuk sampai ke destinasi, terdapat banyak simpang yang perlu korang lalui. Jangan risau, setiap simpang terdapat papan tanda, jadi kalau betul ikut,memang tidak akan sesat.


Ketika sha sampai disini, cuaca agak baik, jadi sempatlah kami bermain-main di titi air. Pasir disini memang putih dan ombak pula terkadang kuat dan terkadang tenang. Tapi malangnya sini tidak boleh mandi sebab ada tertulis di signboard. Tapi kalau korang hendak tahu, ketika itu ada sahaja beberapa orang yang mandi.


Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, kami hanya bermain pasir dan air laut ditepi gigi air. Selain itu juga kami bermain layang-layang yang kebetulan ada bawa ketika itu. . Bila masa telah menunjuk hampir 7 malam, kami pun bergerak pulang ke homestay. Sebelum pulang, kami singgah dahulu gerai yang berada ditepi jalan untuk bungkus goreng pisang.

Alamat : Pantai Teluk Bidara, 23000 Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia

Terima Kasih

September 11, 2017

Pertama Kali Sambut Raya Haji di Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini sha ingin cerita tentang percutian sha ke Terengganu. Sha jatuh cinta dengan Terengganu ini sejak sha berkahwin dengan suami lagi. Sha cuti bulan madu juga di Pulau Redang, Terengganu.

Ada beberapa perkara yang buat sha jatuh cinta dengan Terengganu ini iaitu pertama adalah pantai dan kedua adalah makanan.

Ketika cuti sempena hari Kemerdekaan dan juga cuti Hari Raya Haji sha dan juga keluarga mertua telah pergi bercuti sambil melawat saudara mara mertua yang berada di sana.

Berbalik pada sambutan Hari Raya Haji di sana, bagi sha sama sahaja dengan di Selangor. Kami telah menyewa homestay milik saudara mertua dan bergotong royong untuk menyediakan juadah Hari Raya Haji seperti ketupat, rendang dan masak lodeh. Pada belah malam pula bergotong royong bakar BBQ.


Barisan model-model yang bergelar mak-mak orang di Hari Raya Haji. Sang suami,  selepas balik sembahyang raya, makan dan terus tidur. Jadi kami sang isteri-isteri sahaja bergambar. Pada Hari Raya Haji kali ini makanya tidak dapatlah lihat sembelihan lembu seperti raya-raya yang lepas. Selepas sembahyang jumaat, kami semua bergerak ke rumah saudara yang terletak di Bandar Ketengah Jaya Dungun, Terengganu.

Sudah masuk makan tenghari, masa untuk makan!  sha akan sambung lagi cerita tentang Terengganu di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih 💕

August 29, 2017

"Jom ke Booth Traveloka di KL2017" Untuk Menangi Hadiah Bernilai RM200 000

Assallammualikum

Entry kali ini ada sesuatu yang sha ingin kongsikan bersama dengan semua pembaca. Seperti semua tahu SEA ke-29 2017 sedang rancak berlangsung ketika ini. Kalau korang hendak tahu, Traveloka merupakan one of the sponsors for KL2017 sempena sukan sea ke-29. Traveloka adalah salah satu platform tempahan penerbangan & hotel utama di Asia Tenggara yang menyediakan tawaran hotel dan penerbangan terbaik.Pasti semua sudah tahu bukan tentang applikasi online traveloka yang sering menawarkan harga murah dan perkhidmatan yang bagus. www.traveloka.com mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia.  



Sempena sukan Sea Ke-29 ini, traveloka menjadi official online travel partner for KL2017. Haaaa...kepada korang yang berhasrat melancong sempena sukan SEA ke-29 2017 ini, traveloka kini menawarkan Promosi Hello Malaysia untuk hotel dan penerbangan dari sekarang hingga 31 Ogos 2017. Korang perlu cepat-cepat rebut peluang ini kerana diskaun sebanyak 40 % akan diberikan jika korang membuat tempahan sepanjang tempoh promosi di http://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia . Secara tidak langsung, korang bukan sahaja dapat menikmati tiket dan hotel yang murah, malah dapat merapatkan diri korang untuk mengenali dan mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam Malaysia. Manakala untuk GO S.E.A pula untuk 10 lokasi menarik seperti Singapore, Bali, Jakarta, Bandung, Lombok, Ho Chi Minh, Phuket, Hainan dengan diskaun harga sehingga 60%. Apamacam? Menarik bukan tawaran yang diberikan oleh pihak traveloke. 

Kepada yang tidak sempat untuk menyaksikan secara live sukan SEA ke-29 2017 ini di kaca tv, jangan sedih dan gundah gulana kerana korang boleh menyaksikan secara live di page http://travelokakl2017.com.my/. Selain itu siaran secara langsung ini juga boleh di saksikan melalui laman sesawang Facebook dan juga You Tube.



Tawaran pihak traveloka tidak terhenti disitu sahaja, apa yang lebih menarik lagi adalah pihak Traveloka bukan sahaja sebagai salah satu penaja Sukan SEA 2017 malah turut memberi diskaun untuk hotel dan penerbangan. Pihak Traveloka juga turut melancarkan peraduan dengan meneka siapakah bakal menang bagi setiap perlawanan yang dipertandingkan di sukan SEA ke-29 2017 ini. Untuk menyertai peraduan ini senang sahaja iaitu :

1) Pilih permainan/ acara sukan.
2) Ikut arahan seterusnya dan masukkan email. Kemudian pilih negara yang bakal menangi
4) Hantar peraduan dan kongsi dilaman social.

Selain itu juga korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM200 000 jika korang berkunjung ke booth mereka bertempat di Bukit Jalil. Terdapat pelbagai aktiviti dan paraduan yang pihak traveloka  sediakan. Haaaa...apa lagi jom serbu booth mereka!! Mana tahu tuah korang ketika mengunjungi booth mereka dapat membawa balik hadiah bernilai Rm200 000. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha untuk kali ini, jom sama-sama kita memeriahkan program yang dianjurkan oleh pihak traveloka disamping bercuti ke tempat-tempat menarik.

Sekian Terima Kasih 💕

August 15, 2017

KUEH Cafe Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum ❤️


Hari ini sha ingin berkongsi dengan korang tentang satu cafe yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih. Yang menariknya di sini juga terdapat beberapa kuih tradisi yang mungkin juga korang tidak pernah lihat dan rasa sebelum ini.


Sha mengetahui pasal KUEH Cafe ini melalui rakan-rakan. Memandangkan cafe ini berdekatan dengan office jadi semasa makan tenghari, kitaorang melencong makan di situ. Ketika sampai di sini agak terkejut juga sebab lengang dan senang sangat dapat parking. Keadaan di dalam cafe ini tersusun kemas dan selasa. Banyak tempat duduk yang disediakan. Siap pilih lagi tempat mana nak duduk.


Konsep cafe ini adalah bayar dahulu. Korang perlu buat pesanan dan bayar di kaunter. Sha memesan nasi kerabu bersama ais chocolate. Rasa nasi kerabu ini boleh tahan ditambah dengan bahan-bahan sepeti ayam goreng, cili, kelapa, telu masin dan sayur memang menaikkan selera sha untuk makan hingga habis. Kalau sampai sini rugilah kalau tidak makan kuihkan. Sha dan kawan office memilih lima jenis kuih yang berharga RM4.00. Keseluruhan adalah makanan, minuman dan juga kuih berbaloi dengan harganya. Sha juga tidak teragak untuk datang kembali ke sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Alamat :
Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Berniaga :
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

August 14, 2017

Ayam Penyet Best Tsb Sungai Buloh

Assallammualaikum  ❤️


Semalam adalah hari lahir ibu mertua sha, jadi kitaorang telah rangcang untuk menyambut hari lahirnya di Ayam Penyet Best area Tsb Sungai Buloh. Ibu mertua tidak tahu pun yang Kitaorang  nak buat kejutan untuk hari lahirnya. Kitaorang beritahu hanya pergi makan-makan sahaja. Ibu mertua sha amat terkejut bila kami semua buat gimik nyanyi lagu happy birthday diiringi kek hari lahir. Memang gembira betul dia melihat anak, menantu dan juga cucu sama-sama menyanyikanya.



Ketika berada di restoran ayam penyet best, sha mencuba nasi lemak bersama kopi ais. Manakala keluarga lain pula kebanyakkanya memesan nasi putih bersama ayam penyet. Apa yang sha paling suka adalah sambal dia. Rasanya memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak, kacang dan juga ikan bilis ranggup. Begitu juga rasa kopi ais dia yang memang kaw dan cukup rasa. Sha juga ada rasa ikan keli dia yang ranggup bersama sambal dia yang sangat pedas. Memang berasaplah telinga makan sambal dia. Walaupun pedas tapi sedap.

Keseluruhan sha rasa ayam penyet best ini best. Begitu juga dengan suasana restoran dia yang besar, bersih dan selesa. Anak sha dan anak buah siap main kejar-kejar didalam restoran ini. Restoran ini memang sesuai untuk bawa keluarga bersama berkunjung ke sini. Cuma satu sahaja, restoran dia kurang sejuk sebab kipas dia sangat perlahan. Agak berpeluh jugalah kitaorang ketika berada di sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Bubye.

Alamat :
Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor

Masa:
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...