Kalau sudah sampai Terengganu, rugi dan macam ada tidak lengkap pula rasa jika tidak singgah pantai. Di sini terdapat beberapa pantai yang cantik untuk lepak-lepak sambil tenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga.
Pantai yang sha maksudkan adalah pantai Teluk Bidara. Pantai ini terletak di dalam daerah Dungun. Kalau korang dari arah bandar dungun, korang akan melalui jambatan baru dungun.
Apa yang menariknya adalah, ketika dalam perjalanan ke sini, korang akan melalui kawasan kampung. Seronok rasanya hati ketika melalui kawasan kampung itu. Untuk sampai ke destinasi, terdapat banyak simpang yang perlu korang lalui. Jangan risau, setiap simpang terdapat papan tanda, jadi kalau betul ikut,memang tidak akan sesat.
Ketika sha sampai disini, cuaca agak baik, jadi sempatlah kami bermain-main di titi air. Pasir disini memang putih dan ombak pula terkadang kuat dan terkadang tenang. Tapi malangnya sini tidak boleh mandi sebab ada tertulis di signboard. Tapi kalau korang hendak tahu, ketika itu ada sahaja beberapa orang yang mandi.
Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, kami hanya bermain pasir dan air laut ditepi gigi air. Selain itu juga kami bermain layang-layang yang kebetulan ada bawa ketika itu. . Bila masa telah menunjuk hampir 7 malam, kami pun bergerak pulang ke homestay. Sebelum pulang, kami singgah dahulu gerai yang berada ditepi jalan untuk bungkus goreng pisang.
Alamat : Pantai Teluk Bidara, 23000 Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia
Terima Kasih