Assallammualaikum
Semasa shaila bercuti di Melaka, Shaila sempat singgah di Jonker Walk.Jonker Walk terkenal sebagai galeri seni, kedai-kedai antik, hotel, kedai tukang emas, pembaik jam tangan, pembuat tersekat dan pembuat kasut manik, tukang besi, rotan dan buluh penenun, peniaga ubat tradisional Cina dan kedai makanan.
Kawasan ini mempunyai reputasi untuk membekalkan barangan antik dan seni sejak awal tahun lima puluhan apabila rakyat Malaysia menyertai dorongan untuk membeli-belah untuk memori masa lalu.
Gambar lorong disebelah belakang bangunan jonker walk.Deretan lampu menerangi sepanjang laluan di Jonker Walk menjadikan suasana lebih dramatik dan meriah.
Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, suasana Jonker Walk menjadi seperti pasar karat.Tiada lagi jalan raya yang lengang kerana peniaga sudah mengambil tempat masing-masing untuk berniaga
Barangan yang dijual? Ia tidak dapat disebut satu persatu kerana terlalu banyak barangan yang dijual termasuklah lukisan, barangan kraftangan, aksesori khusus buat kaum hawa, baju-baju kemeja-T beraneka corak dan tulisan serta permainan.
Antara key chain comel yang terdapat di pasar malam jonker walk. Selain itu, di sini juga ada jual makanan TETAPI untuk orang islam better jangan beli makanan disitu sebab diragui status halalnya. Mana tidaknya majoriti makanan yang di jual disitu dimasak oleh orang cina. So faham2 jelah kan. Dimsum juga ada jual disitu ditambah aroma baunya yang agak mengancam..ermmm....
Sedang shaila syok jalan-jalan di lorong jonker walk, terjumpa Like Guest House ini. Hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Kemudahan utama hotel termasuklah meja penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan di bilik 24-jam, simpanan bagasi, layanan bilik.
Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang! ada satu lagi tempat menarik yang shaila lawati di Melaka yang ingin shaila kongsikan.
Sekian Terima Kasih