Siapa pernah makan burger di Yazid Burger? Yazid burger ini memang terkenal dengan burger dia yag super besar. Semasa pergi berkelah di Wetworld Water Park Shah Alam, biasalah selepas seharian berendam memang perut terus bergelodak. Jadi shaila dan keluarga pun rancang untuk pergi makan. Hasil perbincangan kami, kami decide hendak makan burger. Jadi apa lagi!! buka google kemudian terjumpalah pasal Yazid Burger ini.
Setibanya shaila di restoran ini, kami pun orderlah Burger daging ini. Sambil borak-borak dan makan makanan sampingan lain maka sampailah burger yang kami order tadi. First impression shaila bila tengok burger ini adalah "fuh!!! besarnya, sambil mata terkebil-kebil melihat burger ini".
Sebelum makan, ambil gambar dahulu..hahaha. Keluarga memang sudah tahu hobi shaila yang suka ambil gambar makanan dan lain-lain. Hasihhhh harap dapat bertabah dapat menantu lifestyle blogger..kuikuikui. Haa...gambar diatas itu adalah gambar burger dari jarak jauh pula. Nampakkan kebesaran burger ini. Shaila tidak pasti berapa berat burger ini kerana abang ipar shaila yang pergi order. Bila burger sudah ada depan mata, apa tunggu lagi, kita kasi potong sama dia.
Lihatlah mayonis, cheese yang meleleh dan isi burger yang tebal itu, boleh buat telan air liur dibuatnya. Hurmmmm belum rasa lagi keenakkan burger ini. Jadi macamana rasa buger ini? hurmmm bagi shaila rasa burger ini boleh tahan sedapnya. Shaila hanya mampu makan dua potongan sahaja terus kenyang. Isi burger ini memang padat dan padu. Begitu juga dengan rasa roti dia memang sedap juga dimakan bersama dengan yang lain. Yazid burger ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Bagi shaila, memang tidak rugi kami membayar harga burger daging ini yang setimpal dengan rasanya yang enak. Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.
Sekian Terima kasih.