Kepada ibu-ibu yang berkerjaya yang mencari tudung yang senang dan mudah dipakai, Modish Instant Shawl dari zt_zealhijab adalah jawapannya. Kenapa shaila kata begitu? ini kerana modish instant shawl ini hanya sarung sahaja kemudian siap. Kita tidak perlu masa yang lama untuk belit-belit kemudian kadang-kadang tidak jadi seperti yang dikehendaki. Modish instant shawl ini memang sesuai untuk wanita dan ibu berkerjaya kerana waktu pagi adalah waktu yang sangat terhad dimana mereka terpaksa berkerja masa menyiapkan sarapan untuk keluarga dan kemudian berkejar menghantar anak ke sekolah.
Antara kelebihan yang terdapat pada modish instant shawl ini adalah mudah disarung dan boleh siap tidak sampai satu minit pemakaian. Selain itu, modish instant shawl ini amat sesuai untuk mereka yang tidak suka hendak lilit shawl ala-ala alfira loy dan yang sukakan gaya yang mudah dan cepat. Kalau korang hendak tahu, rekaan Modish Instant Shawl ini adalah rekaan NO1 di malaysia!. Selain memiliki material heavy chiffon
Modish instant shawl ini mempunyai 13 jenis warna yang menarik dan cantik untuk dimiliki. Modish instant shawl ini kebanyakkan menggunakan warna lembut jadi memang sesuai untuk digayakan untuk gadis-gadis di luar sana. Oh ya!! ibu-ibu juga tidak terkecuali, mesti lepas ini suami tidak merungut kerana lambat bersiap.
Modish instant shawl yang menjadi pilihan shaila adalah berwarna kuning. Sebenarnya bila pemilik zt_zealhijab ini datang dengan membawa pelbagai jenis warna, memang rambang mata dibuatnya. jadi untuk memudahkan pilihan, shaila memilih warna yang shaila tidak memiliki lagi dirumah.
Hari ini dapat, keesokkan harinya terus shaila pakai pergi office. Haaa..memang betul, modish instant shawl ini memang mudah dan cepat dipakai dengan hanya sarung sahaja dan bela sikit bahagian pelipat dia kemudian siap..hihihi..selain itu juga, bahagian yang paling shaila suka adalah modish instant shawl ini boleh ditarik labuh menutupi bahagian dada. Modish instant shawl ini juga tidak jarang dan amat selesa dipakai.
Menurut pemilik zt_zealhijab, ada free gift tau untuk pembeli terawal. Haaa...apa tunggu lagi, jom pakat pi ramai-ramai follow ig sambil membeli modish instant shawl dari zt_zealhijab dengan harga RM59.00 sehelai.
Sesiapa yang berminat untuk memiliki modish instant shawl ini boleh hubungi di :
Facebook
Instagram
www.instagram.com/zt_zealhijab
atau terus hubungi
Ingat yer ada FREE gift untuk pembeli terawal !!
Sekian Terima Kasih