January 14, 2016

Travel Review | Wet World Water Park Shah Alam

Assallammualaikum,


Bila tiba musim panas, pergi mandi-mandi bersama keluarga seronok juga. Lokasi berkelah kali ini adalah Wetworld Waterpark Shah Alam. Waterpark di Shah Alam ini hanya ada dua sahaja iaitu Wetworld Waterpark dan Waterpark dekat dalam ICT.


Shaila gerak ke Shah Alam dalam pukul 9.30 am. Kakak-Kakak ipar sampai dahulu kerana mereka hendak sewa Cabana. Sebaik shaila sampai, memang ramai orang dan parking area depan Wetworld memang penuh. Jadi kami terpaksa parking seberang jalan sana. Tiket masuk Untuk Wetworld Waterpark ini dahulunya ikut ketinggian tetpi semasa shaila pergi sana, mereka hanya minta Mykad sahaja dan tidak lagi di ukur mengikut ketinggian.


Ini adalah Cabana Silver yang keuarga kami sewa untuk tujuan letak barang, santai dan juga solat. Memang bagus juga ada kemudahan ini walaupun berbayar tetapi selasa. Di dalam Cabana Silver ini juga ada kipas gantung dan juga arah kiblat.


Ini merupakan salah satu permainan yang menjadi tarik pengunjung Wetworld Waterpark ini. Permainan ini lebih kurang permainan Tsunami dimana air yang deras akan di lepaskan kemudian kita akan hanyut dibawa arus deras itu. Untuk permainan ini memang panjang juga beratur.


Lihat belakang kami itu, panjangkan beratur untuk permainan seterusnya. Permainan ini lebih kurang macam naik roller coaster, cuma bezanya adalah naik pelamung dan tidaklah sampai boleh terbalik itu...hahaha. Selain permainan ini sebenarnya ada banyak lagi permainan yang terdapat di sini sama ada untuk kanak-kanak mahupun dewasa.


Selepas hampir setengahari berendam, haaaa...hambik kau muka terus burn tidak perlu lagi pakai blusher...kahkahkah. Okay sampai di sini sahaja entry shaia, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.







Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...