Thursday, June 30, 2016

" Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 "

Assallammualaikum



Wahhh... www.nile.com sedang buat giveaway yang menjanjikan hadiah yang lumayan. Hurmmm sementara anak tengah tidur ini, inilah masa sesuai untuk si ibu join giveaway. Rasanya sudah lama tidak sempat join giveaway yang rakan-rakan blogger anjurankan. Jadi dikesempatan yang ada ini bolehlah shaila join. 

Dibawah shaila sertakan antara barang-barang yang menarik hati shaila untuk mendapatkannya. Antara barang yang shaila sangat-sangat berminat dan teringin untuk memilikinya adalah seperti dibawah ini:


b JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 16/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only (Sold out)



JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only sold out


JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only sold out


JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 29/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only sold out 



JLM2016 Sales price: RM23.90
Date: 24/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only sold out

Wahhh..kalau lihat, rasanya banyak barang shaila,hihihi cuma barang yang akhir sekali itu sahaja saya ingin hadiahkan pada suami shaila. Apa tunggu lagi kawan-kawan,jom sama-sama kita sertai giveaway anjuran www.nile.com ini, mana tahu rezeki korang dapat menang giveaway ini, rezeki datang tanpa diduga yang penting kita berusaha.

Sekian Terima Kasih

Thursday, June 23, 2016

Product Review | Minyak BeBe Anugerah

Assallammualaikum


Sesiapa yang mempunyai anak kecil mesti selalu menghadapi masaalah bayi kembung perut. Shaila juga turut menghadapi masaalah yang dimana anak shaila juga kerap kena kembung perut disebabkan oleh makan makanan yang berangin. Selain itu, jika badan terdedah dengan aircond tanpa selimut juga boleh mengundang masaalah kembung perut. Korang pernah dengar kalau baju bayi kita biarkan lembap seharian juga boleh mendatangkan masaallah kembung perut? tapi itu yang mama shaila sering persoalkan jika anak shaila kena kembung perut.Bila perut kembung, bayi pasti akan meragam sahaja, ini boleh mengundang kerisauan di hati seorang ibu bila ank asyik menagis. Jadi jalan penyelesaiannya adalah minyak angin. Minyak angin memang sesuai untuk atasi masaalah kembung perut pada bayi tetapi bukan semua minyak angin sesuai untuk kulit anak kita. Jadi sebelum beli, pastikan lihat dahulu arahan dan kandungan minyak angin itu.


Sewaktu shaila tunggu hari untuk melahirkan Areez, memang shaila  ada buat research mengenai set pantang dari Anugerah termasuklah minyak BeBe Anugerah ini, bila baca kandungan dan kelebihan minyak BeBe Anugerah ini, memang rasa tertarik tetapi pada masa itu produk ini susah untuk cari, kalau online pun kebanyakkanya sudah habis dijual jadi shaila membatalkan niat untuk beli set pantang dari Anugerah ini. Alhamdulillah, shaila dapat juga mencuba salah satu produk dari Anugerah iaitu minyak BeBe Anugerah ini.


Apa yang menarik tentang minyak BeBe Anugerah ini adalah minyak ini berbau wangi. Bau minyak BeBe Anugerah ini sangat lembut pada masa yang sama buat kita rasa tenang. Pertama kali shaila bau minyak ini, shaila sudah jatuh cinta. Minyak BeBe Anugerah ini mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut. Kelebihan minyak ini adalah untuk menghangatkan tubuh bayi. Selain itu, minyak BeBe Anugerah turut melembap dan melembutkan kulit bayi kita. Minyak BeBe Anugerah ini juga dapat menghindarkan bayi daripada kesejukkan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.


Shaila telah menggunakan minyak BeBe Anugerah ini hampir sebulan juga, alhamdulillah minyak ini serasi sangat dengan anak shaila. Masaallah kembung perut yang selalu anak shaila hadapi dapat diatasi. Selain mudah digunakan, minyak ini tidak berat dan jika jatuh tidak risau botol akan pecah.Walaupun hampir sebulan guna, masih banyak lagi baki minyak ini. Minyak ini juga cepat meresap dan tidak menyebabkan tangan kita berminyak ketika sapu pada perut bayi. Lebih istimewa dan menarik perhatian shaila adalah Minyak Telon Anugerah ini dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah, Surah Al-Buruj, Surah Al-‘A’raf, Surah At-Tawbah, Surah Yunus, Surah An-Nahl, Surah Al-‘Isra’, Surah Ash-Shu’ara, Surah Fussilat, Surah Al-‘Ankabut dan Asmaul Husna. minyak BeBe Anugerah ini shaila bawa ke mana sahaja shaila pergi sama ada ke mall, bercuti dan beriadah. Harga ini minyak BeBe Anugerah (Minyak Telon) ini juga, mampu milik. Pasti anda akan berpuas  hati menggunakannya.

CARA GUNA MINYAK TELON ANUGERAH :

1- Hanya usapkan minyak pada tubuh bayi ketika perlu terutamanya selepas mandi.
2- Sapukan pada bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki bayi.
3- Mudah-mudahan, bayi anda dapat menikmati susu yang diminum dan tidur nyenyak sepanjang malam.




Website Official:

Facebook Official:


Instagram: 


Alamat
ANUGERAH INTERNATIONAL SDN. BHD. (971560-V)
P.O Box 7319, Persiaran Dato Menteri
40000 Shah Alam, Selangor

NO. TELEFON

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat
9.00AM - 6.00PM

Sekian Terima Kasih

Saturday, June 11, 2016

Product Review | TAG La Alat Pengesan Barang Hilang

Assallammualaikum


Korang pernah tidak hadapi situasi dimana korang lupa letak barang-barang penting korang seperti kunci telefon passport dan lain-lain. Kali ini shaila hendak berkongsi satu alat yang boleh korang guna untuk mengesan barang yang hilang itu, bunyi macam menarik, tetapi bagaimana alat ini berfungsi untuk mengesan barang yang hilang itu?

Alat yang shaila maksudkan adalah TAG La. TAG La boleh digunakan untuk menjejaki barang yang hilang dengan menggunakan fungsi bluetooh. Untuk aktifkan TAG La, apa yang korang perlukan telefon dan juga app Troika Fing yang boleh di install di playstore atau App Store. Alat ini berharga RM59.90. Bukan sahaja warna kuning, tetapi TAG La juga mempunyai beberapa warna yang boleh korang pilih.


Video ini memang tidak bersuara atau more to silent video. Didalam video ini shaila kongsikan bagaimana cara untuk menggunakan alat ini. Jon kita lihat bagaimana untuk menggunakan alat ini adalah :




Apa yang perlu korang buat adalah pertama sekali, Install dahulu app Troika Find ini di Playsore atau App Store dicdalam telefon masing-masing okay.


Kemudian apabila sudah siap install, barulah  buka Troika Find ini untul explore lebih lagi tetang app ini di telefon masing-masing. Kemudian, pastikan blootooth anda hidup untuk sambungkan app ini dengan TAG La. Sambungkan bluetooth device anda dengan kod MLE-15.





Kemudian masuk ke dalam app Troika Find, tekan butang search. Beberapa saat kemudian akan muncul device kod MLE-15, korang tekan butang connect. Apabila device telah bertukar ke status Alert, bermakna alat ini sudah berfungsi untuk digunakan. Korang boleh letak TAG La bersama dengan barang yang mudah hilang seperti kunci, telefon dan lain-lain. Jika hendak lebih faham, korang boleh rujuk video yang shaila serta di atas.



Kelebihan alat TAG LA ini :


Apabila barang korang hilang, korang boleh tekan alert pada App Troika Find. Pada jarak lebih kurang 75 kaki, korang masih boleh mendengar bunyi alarm pada alat TAG La ini.

Alat ini juga boleh kesan lokasi terakhir anda meletakkan barang yang diletakkan bersama alat TAG La ini.


Di dalam App Troika Find ini juga disediakan camera yang digunakan untuk mengambil gambar selfie bersama rakan dan juga family.


Okay, ini sahaja review shaila tentang TAG La, Jika berminat boleh beli di laman web dengan menggunakan code "shazillahsani" untuk korang dapat cash rebate dari pihat TAG La.


Laman Web : http://tagla.com.my/


Sekian Terima Kasih.

Monday, June 6, 2016

Event Review | Photoshoot Hari Raya bersama Kbba di Matic

Assallammualaikum


Hai semua, kali ini shaila ingin berkongsi tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) pada sabtu lepas. Pada sabtu lepas, kami telah beramai-ramai ke Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) untuk mengambil gambar raya. Ini merupakan pengalaman pertama shaila ambil gambar bersama dengan ahli-ahli KBBA. Perasaan semasa itu memang teruja.



Pada hari itu, makan tengahari kami telah ditaja oleh Cafe Cerita Kambing. Cafe ini menghidangkan kambing sebagai bahan utamanya yang di hidangkan bersama beriani dan juga di jadikan kambing bakar. Pemilik Cafe Cerita Kambing ini adalah Chef Zakaria dan Nor Aziah Md Dahari yang mewarisi resipi turun temurun daripada keluarganya dan masih mengekalkannya sehingga ke hari ini menyebabkan nasi beriani resipi istimewa dari Endau, Johor itu hanya memilih ramuan berkualiti dan menggunakan keenakan beras basmathi. Pada hari itu ada dua jenis lauk disediakan iaitu kambing dan juga ayam. Rasa dia memang sedap dan lazat.


Untuk make shaila kali ini adalah hasil tangan dari Mua Raihana, orang dia memang lembut sebab itu juga make shaila nampak lembut gitu cewahhhh. Sebenarnya bukan mudah untuk make up shaila ini, mana tidaknya, anak shaila asyik kacau dan merayap sana sini kacau orang buat kerja, beberapa kali jugalah kena berhenti make up seketika untuk ambik budak kecik itu dari merayap dan mengacau orang lain. Walaupun begitu, lihatlah hasil make tangan orang yang memang pakar dalam dunia make up, walaupun kerja terganggu tetapi hasil make up masih nampak cantik, kemas, dan tahan lama walaupun bergambar dibawah cahaya matahari. Shaila sangat sangat berpuas hati dengan hasil tangan awak Raihana.


Okay, inilah tuan punya badan iaitu Mua Raihana. Ini sahaja gambar kami berdua sebab Mua Raihana balik awal hari itu, tidak sempat hendak bergambar banyak. Jadi kepada sesiapa yang hendak booking make up dengan beliau boleh cari beliau di : 

No Telefon : 012-2763200




Bila sudah cantik dengan make up dan juga busana yang disediakan, apa lagi tunggu! jom kita beraksi. Serius shaila cakap, cantik-cantik semua blogger dari KBBA apabila sudah di make up oleh mua-mua ini. Pada hari itu pelbagai gaya yang kami buat tetapi bahagian individu susah sikit sebab kena pose sorang. Bukan sebab apa, dahlah tiada skill, rasa macam kaku pun ada juga..hurmmm susah juga jadi model beberapa minit ini...hahahah


Dari make up,shawl, pakaian dan pin tudung semua ditaja oleh :

Props : @dalizgrafix
Pakaian lelaki : @emin_madrosa
Pakaian Wanita: @bhajudeea
Pin Hijab : @vonaish
Makanan: Cafe Cerita Kambing
MUA : @ritarahmanmua 
Artistic Team :
@zanazack
@put3ratnasari
@makeupbywinwin
@fetriany
@farizha_mua
@alkazamdacute
@makeup_mimiezoll
@raihana.basar
@iamizuansani
@aresue86
@syuhada_said
@wearemarymary
@makeup_byel
@_violetgrape
@farinabasneemakeup
@byfidaramli
@wanie_touch


Antara para blogger KBBA yang terlibat. Memang seronok dapat mengenali dan berganding dengan mereka. Pelbagai ragam dan aksi-aksi menarik yang dapat shaila lihat. Selain itu mereka sangat happy go lucky dan saling sokong antara satu sama lain. Semoga Kelab ini kekal kukuh dan berjaya mencapat matlamat. Selamat menyambut bulan puasa.

Sekian Terima Kasih





INFO TERKINI