Monday, June 24, 2013

Shiseido Blackhead Remover Mask

Assallamualaikum


Hai..semua...hari itu shaila ada dapat free gift Shiseido Blackhead Remover Mask and shaila pun dah cube memang best...after pakai muka jadi segar dan lembut sahaja..kalau tengok gambar model diatas,just pakai kat hiding jerkan...tapi shaila pakai satu muka...muahahaha...dah nama pun maskkan...pakai je la satu mukakan..kalau markah penuh 10,shaila boleh bagi 7/10...so di bawah ada sedikit info tentang Shiseido Blackhead Remover Mask dan juga cara pemakaiannya..^^

KELEBIHAN SHISEIDO BLACK MASK

~ membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads ~mengecilkan pori-pori
~memutihkan dan mencerahkan kulit muka 
~Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak sekata, kesan terbakar, jerawat, jeragat 
~menyerap minyak 3x lebih berkesan 
~membantu membuang bintik2 hitam /putih diwajah 
~ menghaluskan liang2 roma terbuka. 

*SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT TERMASUK KULIT SENSITIF.. 

CARA PENGGUNAAN 

1) Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa. 

2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (tidak diwajibkan, kalau rajin buat la yer..) 

3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yg byk blackhead & whitehead. (Jauhkan dari terkena pd kening, bibir dan kawasan mata) 

4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka. 

5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering/keras. 

6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead & whitehead melekat di mask. 

7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.Dapat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika hanya digunakan untuk daerah hidung, 1 sachet dapat digunakan untuk 5 hingga 6 kali penggunaan. Simpan baki masker yang belum digunakan dalam bekas bertutup. 

Video cara pakai Shiseido Blackhead Remover Mask (sambil tonton kita belajar bahasa thailand k..thailand ker??boleh lar...(@_@)




Sekian Terima Kasih..^^
Baca Selengkapnya >>>

Wednesday, June 12, 2013

Safi Balqis Set Hijau

Assalllamualikum

Hai...semua...kepada semua adik-adik yang mula mengenali dunia kecantikkan...shaila prefer guna product selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang kuat....kenapa shaila buat entry ini yer...alkisah..anak buah shaila baru tingkatan dua sibuk hendak jaga muka..katanya muka dah gelap..then hendak beli sun block dan produk kecantikan katanya...biasalah hasutan dari kawan-kawan...suruh beli produk ini..suruh beli produk itu...pada pandangan shaila...kulit muka korang time umur cam nie sangat cantik dan tidak banyak masaalah...macam anak buah shaila muka dia clean sahaja..just gelap sahaja...sebab berjemur..jadi jangan rosakkan gunakan product penjagaan muka yang banyak bahan-bahan kimia..sayang tau..shaila dulu time remaja macam koranglah suka tukar produk penjagaan..last-last muka rosak..so jangan jadi macam shaila..susah  tau nak cari balik produk yang sesuai untuk pulihkan muka yang rosak..dan juga kepada muka dah elok tiada apa-apa masaalah...shaila sarankan stay dengan produk yang korang gunakan sekarang..okay..kenapa shaila saran produk safi set hijau ini?safi set hijau ini untuk kulit normal dan dulu shaila pernah guna sangatlah elok...tapi gatal tukar-tukar produk...huhuhu...kawan-kawan shaila pun ramai menggunakanya dan muka diorang alhamdulillah tiada masaalah pun.Shaila juga peminat produk dari safi..juat kerana muka shaila dah banyak masaalah so terpaksa bertukar kepada Adha..tapi shaila still menggunakan pencuci muka dan krim kecantikan safi balqis..^^

Untuk Kulit Normal



Pembersih Muka Sari Mentimun

Diformulasikan dengan kebaikan semula jadi Sari Mentimun.
Membersih kotoran secara mendalam dan mengembalikan kesegaran kulit wajah selepas membersih.
Membantu mengecilkan pori-pori agar kulit lebih halus, segar dan berseri.
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya

Dirumus khusus dengan Sari Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera).
Membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit.
Khasiat penting ini memastikan kulit wajah kelihatan sihat, segar dan berseri tanpa rasa berminyak.
Sesuai untuk semua jenis kulit.


Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya

Dirumus khusus dengan Sari Pokok Lidah Buaya.
Mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar segar sepanjang hari.
Membantu memudarkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam.
Menjadikan kulit lebih halus, lembut dan berseri.
Sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan.

Untuk Kulit Jerawat

Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat

Diperkaya dengan kebaikan semula jadi Sari Gamat yang terkenal sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional.
Membersihkan kulit wajah dengan sempurna agar kulit berseri tanpa cela.
Membantu mengawal minyak dan jerawat.
Sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat.

Pelembap Muka Sari Gamat

Diperkaya dengan kebaikan semula jadi Sari Gamat (Sea Cucumber) yang terkenal sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional.
Mengawal minyak dengan lebih efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat.
Kulit lebih sihat, berseri dan tanpa cela.
Sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat.
Krim Anti Jerawat Sari Gamat

Diperkaya dengan kebaikan semula jadi Sari Gamat yang terkenal sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional.
Formulasi tanpa minyak yang tidak menutup pori-pori.
Mengandungi Asid Salisilik yang membantu mengawal jerawat.
Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menjadi punca cela dan jerawat.
Kulit menjadi lebih berseri, tanpa cela dan jerawat.

Pembersih Muka Sari Susu Manggis

Cerah sahaja tidak cukup, jika kulit kering dan kelihatan tidak bermaya. Atasi masalah ini dengan SAFI Pembersih Muka Sari Susu Manggis. Ia bertindak membersih tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari. Kaya dengan antioksida dan nutrien, penggunaan berterusan juga membantu mempercepatkan pencerahan kulit. Cubalah. Kulit pasti lebih halus, berseri dan bertambah cerah secara semula jadi.

Pembersih muka ini shaila dah guna..bagi shaila sangat wangi...dan muka terasa lembut sahaja selepas menggunakannya..^^

Sekian Terima Kasih


Baca Selengkapnya >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...