Sunday, December 30, 2012

Mengenali Jenis Kulit Muka Anda

Assallamualaikum^^


Hai semua..topik entry saya kali ini adalah mengenali jenis kulit muka kita.Apakah jenis kulit muka saya?dari hasil pembacaan info dibawah,saya mendapati kulit saya adalah jenis kulit kering..Fuhh untung sangat-sangat pada siapa yang jenis kulit normalkam..^^Apakah jenis kulit anda pula?

Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :

1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka

Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi? 

* Guna produk muka jenama baru 

* Makan sesuatu jenis makanan 

*Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia 

*Masa mandi dan minum air berklorin 

*Terkena sabun cuci baju 

* Berada di tempat atau bangunan tertentu 

*Sedang stress

Simptom semasa kulit sensitif 

*Kulit menjadi merah 

* Kulit menjadi pedih 

*Kulit mengelupas 

* Kulit rasa terbakar 

 *Tompok-tompok hitam 

*Naik ruam /jerawat 

*Semua diatas.

Sekian Terima Kasih...Bubye..^^

Saturday, December 29, 2012

Bahaya Penyakit Resdung

Assallamualaikum^^


Apa itu resdung

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Apa dia punca resdung

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila
anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. 

Lebih
parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

petua mencegah resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Rawatan resdung

Macam saya lebih suka menggunakan rokok resdung dari makan ubat....huhuhu..kat bawah adalah gambar rokok resdung dan cara rawatan menggunakan rokok resdung^^


ini adalah rokok resdung yang saya guna.Actually dalam dia ade 3 batang,saya dah pakai 2 itu yang tinggal satu. Dari pengalaman saya pakai,apabila tekap atau bekam muka dengan rokok resdung memang keluar tompok kuning itu.Yang saya tidak tahan apabila asap masuk mata dan hidung memang kaw-kaw pedih tapi sebenarnya itu lebih elok^^

sumber gambar dari google

Contoh rawatan resdung mengunakan rokok resdung..

Okay sampai sini sahaja...bubye^^

Wednesday, December 26, 2012

BLOGLIST BLOGGER BAHARU 2013 | SEGMEN TAMBAH FOLLOWER !


Assalamualaikum^^


hai kawan-kawan...jom join segment Cikgu Ayu ini,menarik tau segment ini^^tujuan segment ini adalah untuk memperkenalankan blog korang sambil berkenalan dengan blogger lain..jom ramai-ramai kita memeriahkan segment ini ^^sambil tambah follower...

caranya mudah jer ,Sila tekan => [klik]


Syarat penyertaan:

1.Follower anda mestilah kurang daripada 1000 orang;


2.Tinggalkan link entry anda ke entry ini, tinggalkan juga ID blog anda;

3.Buat entry ringkas tentang bloglist ini dan pautkan ke sini, tujuannya agar lebih ramai rakan-rakan blogger 
   baharu tahu tentang bloglist ini;
4.Siap !


Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Disember 2012
P/s: Moga semakin ramai kenalan, follower, dan meningkat trafik blog kita.


Tuesday, December 25, 2012

"New Year Giveaway by Sheera Aya"

Assallamualaikum^^


Sila tekan SINI untuk join^^

HAi semua...jom join segment yang dianjurkan oleh blog adik comel ini,ada hadiah menarik disediakan  tau^^

Syarat-syaratnya adalah^^

1.Follow blog another pocket-story * ni supaya korang sentiasa dapat update daripada aya.

DONE^^

2.Wajib follow blog sponsor Mira Kawaii Shop & Like fanpage sponsor Mira Kawaii Shop


DONE^^

3.Buat satu entry yang bertajuk "New Year Giveaway by Sheera Aya"

Masukkan banner yang disediakan di atas dan backlink ke entry ini

Tag 3 orang blogger lain *pastikan mereka tahu 

Letak link entry korang dan FB ID di comment box entry ni * untuk peserta sebelum ni yg dah hantar entry tanpa FB ID sila update di SINI.

Sekian...bye-bye^^

"Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !"

Assallamualaikum^^


Sila klik SINI untuk join^^

Hai semua...jom join segment yang dianjurkan oleh Yanie...Segment ini adlah untuk bertujuan untuk meningkatkan jumlah bilangan follower..Jadi kepada yang ingin ingin menambah bilangan follower dan juga trafik,bloleh la join segment ini^^

Syarat-syarat segment ini adalah^^

Follow blog yanie *WAJIB !
Like Fanpage Yanie [SINI] dan [SINI] *Ikhlas*
Follow Twitter [SINI] *bagi yang ada twitter*
Buat entri pasal ni dan letak tajuk "Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !" *WAJIB LETAK BANNER TU !
Komen link korang kat kotak komen :)
Nanti korang kena BW dan Follow semuaaaaaaaa peserta :)

Sekian...bye-bye^^

Monday, December 24, 2012

Alamak blog saya kena review la..^^

Assallamualaikum^^


hai semua....jeng..jeng..jeng...blog saya direview oleh kitatauke...Thanks to kitatauke kerana sudi memberi support dekat blog saya...semangat beginilah yang harus kita contohi dalam dunia blogger..kitatauke saya tabik awak...semoga awak berjaya dalam dunia blogger...amin...actually  blog saya kena review bukan kerana menang give away atau join segment yer,tetapi kerana sebagai pengajaran kepada blogger diluar sana agar lebih berhati-hati.Sekarang ini macam-macam boleh berlaku.Fb kena hack la,akaun kena hacklah dan juga blog pun boleh kena hack tau dan contoh terbaik adalah saya^^so untuk langkah berjaga-jaga dari jadi macam saya ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga ,eloklah kita sediakan payung sebelum hujan yer..^^ So untuk langkah berjaga-jaga agar tidak jadi macam saya eloklah korang semua buat backup Blog/template.Nak tahu macamana cara?Sila lah singgah di blog INI...disana ada tutorial dan penerangan lebih terperinci untuk membuat backup Blog/template...Okay sampai disini sahaja...ingat kawan-kawan sediakan payung sebelum hujan jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah^^....

Sekian...bye semua^^

KUBUR BERKATA-KATA

Assallamualaikum^^


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 
2. Hasan (anak Fatima r.a) 
3. Husin (anak Faimah r.a) 
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a 

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." 
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." 

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 

1. Hendaklah ia menjaga solatnya 
2. Hendaklah dia bersedekah 
3. Hendaklah dia membaca al-Quran 
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. 

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 

1. Jangan berdusta 
2. Jangan mengkhianat 
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 
4. Jangan kencing sambil berdiri 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. 

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." 
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Sekian sampai sini sahaja...bye-bye semua^^

Sunday, December 23, 2012

Bila Allah Datangkan Ujian

Assallamualaikum^^


Bila Allah datangkan ujian..Itu bukan satu bebanan..

Kita mesti boleh bertahan..Ada hikmah di sebalik ujian..
Ada kesempitan dalam kelapangan..Ada kemudahan dalam kesulitan..

Bila Allah datangkan ujian..Pujuklah hati pujuklah iman..
Tanpa kecewa putus harapan..Setiap kesabaran ada ganjaran..
Setiap pengorbanan ada keberhasilan.

5 Hikmah disebalik ujian dari Allah SWT

1- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita. 

2- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni. 

3- Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita. 

4- Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT. 

5- Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran


Saturday, December 22, 2012

Segmen:Upkan Follower By Nasehah Mutalib

Assallamualaikum^^


Sila tekan BANNER diatas untuk join^^

Salam semua...atas jemputan dari adik Nasehah,saya join segment yang pertama untuk blog Secret Of Shaila.Secara ringkasnya segment ini adalah untuk menaikkan jumlah follower so kawan-kawan jom support segment adik Nasehah ini^^

Syarat-syarat

Follow blog nih
Follow twitter-https://twitter.com/Sehah3-(kalau tak nak tak pe)
paintsceen follower korang atau pun kalau malas tulis jer follower korang.
buatlah entri sependek-pendek mna pun tak kisah.
linkkan di kotak komen entri nih

Jumlah Follower (23/12/12  at 3.02pm)


okay...bye...^^

Friday, December 21, 2012

My Blog Kena Hack


 Salam hai semua...tarikh 21/12/12 adalah tarikh paling sedih buat saya,saya kehilangan blog kesayangan saya.Blog saya secret of us terpaksa ditutup untuk langkah berjaga-jaga dari digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Saya kehilangan blog kesayangan dan juga follower saya.Sedih sangat-sangat rase.Bukan mudah untuk membuat blog dan mencari follower..Pada mulanya saya rase give up untuk berblogging lagi,tapi dunia blogging dah jadi separuh dari hidup saya and saya tidak boleh tinggalkan.Selain itu galakkan dari kawan-kawan saya.So saya perlu bangkit.Hai Shaila ini dugaan untuk awak.Semoga tabah menghadapi semua ini.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.Think positif and be strong!!you can do it!!.everythings will be alright..^^

INFO TERKINI