July 29, 2021

Cermin Mata Anti Blue Light Tahan Lasak Dari Optom Eyecare


Assallammualaikum



Kalau korang hendak tahu, gadget yang hari-hari korang tatap itu akan menghasilkan blue light atau sinar biru yang berbahaya untuk kesihatan.? Blue light boleh menimbulkan kesan negatif pada pola tidur dan boleh mengundang berbagai penyakit mata.



Blue light merupakan sinar biru yang dipancarkan dari skrin digital seperti television, laptop, PC, smartphone, tablet, dan pelbagai gadget lain. sinar biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Blue ight Tenaga Tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) melewati kornea dan sampai ke retina.

Kesan pancaran Sinar Biru :
  1. Ketegangan Mata
  2. Keletihan
  3. Mata Kering,
  4. Penglihatan Kabur dan
  5. Sakit Kepala.
Disebab itu, Shailla membuat keputusan untuk mencari cermin mata anti blue light yang sesuai untuk kanak-kanak bagi melindungi mata anak. Ini bagi memastikan mata anak Shailla terlindung dari kesan buruk atau kerosakan mata untuk jangka panjang.

Tambah sekarang musim PKP. Anak Shailla ada belajar secara bertulis dan juga ada juga secara online. Jadi baik Shailla ambil pencegahan mata anak dari sekarang. Shailla telah memilih Optom Eyecare Bangi sebagai jenama cermin mata anti blue light untuk anak.

Apa yang menarik tentang Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom Eyecare Bangi ini adalah:



1. Material khas mudah lentur dan tahan. Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom Eyecare Bangi ini jenis mudah lentur (elastic), anti patah dan tahan lasak. Tidak mudah pecah dan rosak. Sesuai untuk anak-anak melakukan aktiviti lasak.

2. Direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.
Reka bentuknya pula sangat ringan dan selesa. Tidak memberi tekanan pada hidung dan meninggalkan kesan pada muka.

3. Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal.
Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom Eyecare Bangi ini mempunyai pelbagai saiz dan sesuai untuk anak dari lingkungan umur 3 hingga 12 tahun. Mempunyai bentuk melengkung yang sesuai untuk semua bentuk muka. Tidak mudah tertanggal dan menyakitkan telinga.

4. Kurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.



Kalau korang nak tahu, Areez dari kecil ada katarak mata belah kanan. Menjalani 2 kali operation untuk buang katarak mata. Sekarang dalam proses pemulihan. Areez juga seperti kanak-kanak yang lain suka bermain telefon pintar. Walaupun kami meletakkan limit untuk dia bermain telefon pintar, penjagaan matanya tetap kami titik beratkan. kini Areez memiliki 2 kaca mata iaitu kaca ada power dan kaca tanpa power iaitu cermin mata anti blue light dari Optom Eyecare Bangi.


Dalam banyak-banyak pilihan warna yang ada, Areez memilih warna Hitam dan Merah. Shailla memilih kod TRD12 Black/Red. Penghantarannya juga sangat pantas. Sebaik parcel sampai, terus buka dan cuba. Alhamdulillah nasib pilihan Shailla sesuai dengan bentuk muka Areez. Siap senyum lebar lagi bila ada orang puji dia handsome mengenakan cermin mata ini..hihihi

Hampir seminggu Areez menggunakan cermin mata anti blue light ini, Areez tidak lagi kerap menggosokkan mata belah operation itu. Biasanya dia asyik menggosokkan mata ketika bermain gadget dan mata jadi kemerah-merahan. Alhamdulillah, sejak dia tidak kerap menggosok matanya, mata Areez pun tidak nampak kemerahan lagi. Shailla juga harap power mata belah mata yang operation itu semakin turun dan semakin pulih seperti mata normal kembali.

Untuk melihat lenih banyak rekaan dan jua tempahan boleh klik link dibawah ini:

www.instagram.com/optombangi
https://www.facebook.com/optombangi/
http://optom.com.my

Terima Kasih

June 13, 2021

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Petugas Kesihatan

Assallammualaikum

Seperti kita semua tahu, petugas barisan hadapan wajar dipuji dan dihargai kerana usaha gigih mereka dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini. Mereka bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat malah turut berkerja tanpa cuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai

McDonald's Malaysia mahu menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan iaitu petugas kesihatan dengan mengambil pendekatan menaja makanan kepada lebih 70 hospital di seluruh negara bermula pada 24 Mei 2021 dan dijadualkan berakhir pada 30 Jun 2021.

Hospital Tampin

McDonald's Malaysia akan menghantarkan makanan sekurang-kurangnya sekali seminggu kepada lebih 70 hospital di seluruh negara yang terlibat dalam merawat para pesakit COVID-19. Sekitar 30,000 Pertugas Kesihatan dijangka akan menerima tajaan makanan ini. 

Hospital Likas


Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan daripada seruan #KitaBoleh yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu. Seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. 
 

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, ” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia. 

"Apa yang tetap berterusan sepanjang masa adalah ketekunan  para petugasan kesihatan barisan hadapan kami, yang berkerja setiap hari bagi memastikan kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir. 


Hospital Bentong

Azmir juga mengiktiraf kakitangan restoran yang terlibat dengan tugasan untuk menghantar makanan ke hospital, dan secara langsung mengukir senyuman di wajah petugas barisan hadapan kesihatan. 

"Satu tepukan hebat kepada kakitangan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan bahawa barisan hadapan pertugas kesihatan kami mendapat makanan kegemaran mereka," kata Azmir.  

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati 

 

Facebook

www.facebook.com/My.McDonalds/

Laman Web

www.mcdonalds.com.my

 -Tamat- 


May 26, 2021

Skincare Review : Cara Mengawal Kulit Berminyak Ketika Bangun Tidur

 Assallammualaikum

Korang perasan tak setiap kali bangun dari tidur pasti kulit terasa berminyak. Mengapa itu berlaku? ini kerana sebelum tidur korang tidak mencuci wajah terlebih dahulu. Kerana terlalu padat padat dengan aktiviti kadang menjadikan kita menjadi malas untuk membersihkan wajah di malam hari. Kalau basuh pun hanya mencuci dengan biasa dengan harapan wajah sudah bersih. Korang tahu tak, jika tidak membersihkan wajah dengan betul akan menyebabkan jerawat. Korang perlu mengunakan pembersih khusus atau skin care untuk membersihkan secara menyeluruh kotoran-kotoran pada wajah. 

Cara Mengawal Minyak Ketika bangun Tidur Dengan Hansaegee Nature

Bagaimana cara Shailla mengawal minyak ketika bangun dari tidur adalah dengan mengamalkan dua langkah ini iaitu membersih dan melembap. Shailla menggunakan produk dari Hansaegee Nature ini kerana kulit kita akan kehilangan air bila seharian kita tidak mencuci dan melembap. Bila kulit kita kekurangan air, kulit menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan kehilangan air.Jadi, inilah yang menyebabkan penumpukan minyak pekat pada waktu pagi. Kita perlu to up air untuk mengekalkan kelembapan pada kulit agar minyak semakin berkurangan.


Dua langkah yang Shailla gunakan adalah menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan  Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.

Langkah Pertama - Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Aloe Barbadensis Leaf ( daun lidah buaya ) dan tea tree leaf oil yang merupakan bahan utama dalam produk ini.

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) berfungsi sebagai anti-inflammation, merawat sunburn,  melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan spot mark dan menjadikan kulit bersih. 

Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) berfungsi untuk melembutkan kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-fungus. Tea Tree Leaf Oil juga merawat jerawat dan menjadikan kulit licin.


Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana ia berbentuk foam. Tekstur dia berbuih warna putih dan sangat lembut bila sapu pada muka. Bau dia tidak kuat dan lebih kepada bau tea tree yang menyenangkan ketika menghidunya. 


Pencuci muka jenis bubble ini juga tekstur buih dia lembut dan dapat meresap jauh ke dalam kulit sekaligus dapat membersihkan segala kotoran dan kulit mati dengan pantas. Buih-buih yang halus membantu membersih kulit dan pori-pori jauh ke dalam. Lagi diurut muka, lagi berbuih. Dan buihnya sangat ringan.

Antara kelebihan yang korag boleh dapat dengan amalkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser:
  1. Melawan masalah jerawat
  2. Membersihkan pori secara mendalam
  3. Mengawal minyak dan sebum pada kulit
  4. Melegakan kulit
  5. Melembabkan kulit
  6. Bertindak sebagai exfoliator dengan membuang sel kulit mati
  7. Membuang bekas solekan pada kulit
Cara Guna

1. Basahkan sedikit muka dan tapak tangan.
2. Picit cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih.
3. Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan untuk beberapa minit
4. Bilas wajah


Langkah Kedua - Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature


Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresep ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.




Tekstur Aqua Whitening Cream ini tidak melekit dan sangat ringan ketika disapu pada muka. Antara bahan yang terdapat di dalam Aqua Whitening Cream ialah Camelia Japonica Seed Oil yang berfungsi dalam merawat kulit kering, dan bahan ini menjadi kandungan utama. Bahan kedua terkandung di dalam pelembap ini juga ialah Niacinamide, ia bertindak untuk membaiki tona kulit tidak sekata, mengekalkan kelembapan pada kulit, atasi parut gelap dan lain-lain.


Fungsi utama Aqua Whitening Cream ni ialah:
  1. Kesan menghidrat ajaib
  2. “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas di sapu ke kulit.
  3. Menyegarkan semula kulit.
  4. Kawalan lebihan minyak / sebum.
  5. Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
  6. Merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
Cara Guna
  1. Mula-mula kita kena bersihkan muka dulu. Selepas itu boleh gunakan toner.
  2. Sapukan Aqua Whitening Cream di wajah dan leher. Kita perlu “dap-dap-dap” ia perlahan-lahan ke muka sehingga titisan air timbul selepas beberapa saat.

Kesan Selepas Menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature


Apa yang menarik tentang  Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini buat kulit Shailla terasa segar dan lembap selepas mencuci. Selain itu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini tidak membuatkan kulit Shailla kering dan tegang. Apa yang Shailla perasan juga adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga boleh remove makeup dan membersih secara mendalam sehingga kedalam liang pori. Shailla menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini 2 kali sehari pada waktu pagi dan juga malam. so minyak di muka pun memang dapat control


Apa yang menarik tentang Aqua Whitening Cream Bukan sahaja melembapkan kulit Shailla malah  merawat kulit kering yang Shailla hadapi. Minyak dimuka juga semakin berkurangan terutama apabila bangun dari tidur. Sebelum tidur Shailla akan mencuci muka dan menyapu rata Aqua Whitening Cream pada seluruh wajah. Dan yang paling Shailla suka adalah sebelum makeup pasti akan mengunakan Aqua Whitening Cream sebagai base makeup. Meku up akan tahan lama dan tidak bercapuk hingga ke petang. Aqua Whitening Cream mengecilkan liang roma, masalah black head dan white head pun makin berkurang. Jerawat pun makin mengecil dan kulit makin halus. Kulit Shailla juga terasa sudah kurang kusam berbanding sebelum ini.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER + AQUA WHITENING CREAM

May 18, 2021

Sudio Nio Review | Sudio NIO Case (mesra vegan dari kulit epal)

Assallammualaikum 


Nama Sudio memang tidak asing lagi. Tidak mustahil juga mungkin di antara korang yang sememangnya peminat tegar produk Sudio. Kalau korang hendak tahu, produk Sudio ini popular dengan mengeluarkan pelbagai jenis wireless dan speakers sseperti Sudio Tolv, Sudio Ett, Sudio Elva, Sudio Fem dan Sudio Femtio. Sudio Nio merupakan produk wireless earphone terbaru yang dilancarkan pada 11 Januari lalu. Terdapat 4 pilihan warna yang tersedia iaitu Warna Hitam, Hijau, Putih dan Aurora. Shailla memilih warna Aurora kerana warna itu nampak unik dan bergaya.

Kelebihan Sudio NIO

1)Hujung sayap dengan 4 saiz tersedia untuk keselesaan anda
2)Teknologi mikrofon dwi adaptif dan jangka hayat bateri 20 jam
3)Kawalan panel sentuh dan gandingan automatik; Perlindungan dinilai IPX4 yang boleh dipercayai
4)Terdapat dalam 4 warna: hijau, hitam, putih, pasir, dan aurora warna eksklusif
5)Penghantaran percuma ke seluruh dunia dan jaminan antarabangsa 3 tahun dengan Sudio SPHERE

Touch Panel Sudio Nio

Untuk Muzik:

-Play/Pause - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)

-Undo - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri)

-Next - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan)

-Kuatkan Volume - Sentuh Tiga kali (earphone sebelah kanan)

-Perlahankan Volume - Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri)

Untuk Panggilan:

-Jawap Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/ kanan)

-Tolak Panggilan - Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kanan/kiri)

-Jawab Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)

Kini Sudio telah melancarkan pula Sudio NIO Case pada 10 Mei 2021 yang lalu. Sekiranya korang membeli Sudio Nio bermula 10 Mei - 6 Jun 2021 ini, korang akan mendapat NIO Case secara PERCUMA dengan sebarang pembelian NIO. Okay sebelum itu, jom kita lihat apa yang menarik tentang Sudio NIO Case.

Sudio NIO Case


Sudio NIO Case ini telah direka dengan bahan berasaskan tumbuhan. Menggunakan kulit kulit epal yang menghasilkan penutup pelindung bertekstur cantik. Kulit vegan di sekitar kotak Sudio Nio dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Proses mengubah kulit epal yang dibuang menjadi kulit bebas kekejaman berasaskan tumbuhan menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sesuai dengan gaya anda. 


BAHAN BIO UPCYCLED 
Kulit vegan di sekitar kotak Sudio Nio berasaskan tumbuhan yang lestari. Dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Daripada dibuang, lebih baik diguna pakai semula untuk tujuan yang lebih tinggi.

BERKESAN BERFIKIR 
Proses mengubah kulit epal yang dibuang, dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk membuat bahan asas yang digabungkan dengan bahan tidak toksik dan pigmen organik lain menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sesuai untuk semua. 

KENAPA KULIT APLIKASI KULIT?
Menggunakan kulit kulit epal yang menghasilkan penutup pelindung bertekstur cantik yang lebih baik untuk Bumi.


Miliki Sudio Nio Sekarang Dengan Harga Diskaun!

Ada berita baik untuk korang. Korang boleh dapatkan 15% diskaun eksklusif dengan pembelian Sudio Nio. Dapatkan diskaun 15% untuk Sudio NIO dengan menggunakan kod SHAZILLAH. korang juga akan dapat sarung Sudio NIO mesra vegan secara PERCUMA untuk pembelian NIO dari 10 Mei - 6 Jun (atau sehingga stok habis). Penghantaran PERCUMA di Malaysia dan di seluruh dunia serta mendapat jaminan 3 tahun dengan Sudio Sphere.

Untuk Maklumat Lanjut:
Website: www.sudio.com/my/
Instagram: www.instagram.com/sudio
Facebook: www.facebook.com/sudiosweden

May 07, 2021

Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N Menemaniku Di Pagi Raya

 Assallammualaikum

Hai semua..pejam celik pejam celik sudah masuk 10 malam terakhir. Sekejap sahaja masa berlalu. Persiapan raya Shailla tahun ini banyak beli atas talian sahaja termasuk minuman untuk di Pagi Raya. Ingat tak entry Shailla yang lepas? Shailla ada cerita yang Shailla beli Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N melalui atas talian sahaja.

Barang pun sudah sampai jadi Shailla hendak cerita pula apa yang Shailla buat dengan Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N. Kalau korang pergi ke Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life , korang boleh lihat yang pada Hidrat Ramadan Bundle ini, barang-barang dalam itu adalah untuk membuat Tea Tarik.

Sedap Giler Teh Tarik Bundle


Apa yang korang boleh dapat dalam pakej Sedap Giler Teh Tarik Bundle adalah seperti :

3 Tin F&N Evaporated Creamer 390G
3 Tin F&N Sweetened Condensed Milk 392G
2 paket BOH Jumbo Potbag (10 Jumbo Potbag for each pack)

Resepi Sedap Giler Teh Tarik Dari F&N

Teh tarik sentiasa menjadi minuman pilihan rakyat Malaysia tidak kira bangsa sama ada melayu, india mahupun cina. Lagi menarik bila dihidangkan semasa Hari Raya bersama keluarga. Disini Shailla ingin kongsikan cara Shailla buat Tea Tarik untuk dijadikan hidangan ketika Hari Raya yang bakal menjelma nanti.


Bahan-Bahan - 5 gelas

3 Uncang Teh Serbuk F&N
4 sudu besar Susu Pekat F&N
4 sudu besar Susu Sejat F&N
2 sudu besar gula
900 ml air panas 

Langkah-Langkah


Rendamkan serbuk teh kedalam 900ml air betul-betul panas. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.


Masukkan Susu pekat manis dan Kacau hingga sebati


Masukkan susu sejat. Kacau sebati


Tuangkan ke dalam cawan dan mula tarik sehingga buih-buih terhasil.



Siap untuk dihidang pada para tetamu di pagi raya!

Download applikasi F&N Life untuk mendapatkan tawaran menarik dari F&N.

Website :

Facebook :

Instagram :

Terima Kasih

April 30, 2021

Membayar Zakat Melalui RHB Bank

 Assallammualaikum

Korang pernah hadapi situasi dimana dalam sibuk untuk melengkapkan persiapan Hari Raya sekali korang tertinggal satu perkara yang wajib iaitu Membayar Zakat Fitrah. Alamak! mula terkejar-kejar mencari kunci kereta untuk pergi ke kiosk zakat yang berdekatkan. Bila sampai, sekali kena beratur panjang daa..mana tidaknya esok sudah rayakan, masing-masing berlumba untuk bayar zakat. 

Sekarang korang tidak perlu lagi beratur atau terkejar-kejar untuk membayar zakat di kiost lagi kerana korang boleh membayar melalui E-Zakat Pay sahaja. Tetapi perlu diingatkan, bila sudah boleh bayaran zakat melalui atas talian ini, jangan pula korang korang bertangguh dan terlupa untuk menunaikan kewajipan ini. Jangan sampai korang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga korang terlupa dengan urusan akhirat.

Cara Membayar Zakat Melalui Atas Talian


Berapa kadar fitrah ya? Bayarlah ikut beras yang biasa kita makan. Sama ada:

RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah

Bayar Zakat Secara Cashless Dengan Perbankan RHB

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.



Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di E-Zakat Pay dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.

Cara pembayaran Zakat Melalui Bank Rakyat:

Pembayar perlulah mempunyai akaun RHB terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.


1. Masuk Perbankan Internet

2. Klik RHB Islamic Bank dan log masuk ke Perbank Internet Korang

3. Pilih “BillPay”>"OpenPayment"

4. Pilih "Pusat Pungutan Zakat WP"

5. Masukkan " Nama, No Ic, Jenis Zakat, Amaun"

6. Masukkan "No OTP"

7. Klik "Submit"

Lihat betapa mudah dan senangnya membayar zakat. Semuanya di hujung jari sahaja . Jadi, tiada alasan lagi untuk korang yang telah cukup syarat ini mengelak daripada membayar zakat.

Semoga korang mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita!



Sertai Jom Zakat Cashless sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Sebagai galakan dan
insentif untuk menunaikan zakat kepada semua golongan yang layak.
Klik untuk menyertai bit.ly/zakatcashless2021



Untuk maklumat lanjut:



Facebook: Zakat Selangor

Instagram: @zakat selangor

No. Telefon: 1 300 88 4343

Emel: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...