April 29, 2021

Tekan - Tekan Dah Dapat Barang Untuk Minuman Di Pagi Raya bersama F&N



Assallammualaikum

Hai semua, korang dah ada rancangan untuk menu minuman dipagi Raya? Macam keluarga Shailla telah menjadi tradisi tea tarik wajib ada di pagi raya. Hurmmm mana nak dapatkan barang untuk membuat tea tarik?mestilah kena pergi kedaikan. Apalah Shailla ini, tanya soalan budak darjah 1. Sebenarnya Shailla nak kongsi, jika hendak beli barang-barang untuk buat tea tarik tidak perlu pergi ke kedai kerana korang boleh dapatkan dengan memesan di Apps F&N.

Cara Membeli Produk F&N Secara Atas Talian



1. Cari F&N Life di dalam App Store atau Google Play. Kemudian korang Muat Turun Aplikasi F&N Life dan daftar sebagai pelanggan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.




2. Tekan dekat banner seperti gambar diatas. Korang akan dipautkan kepada page Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life. Korang boleh pilih antara F&N Life Ramadan Bundle atau F&N Life Raya Bundle.


 

F&N Life Ramadan Bundle adalah untuk bulan Ramadan. Terdapat 6 pilihan yang boleh korang pilih iaitu F&N Raya Ria Bundle, BB Raya Bundle, Fizzy Easy Bundle, Best Buka Puasa Bundle, Syok Soya Cincau Bundle dan Hidrat Ramadhan Bundle.


3. F&N Life Raya Bundle pula khas untuk Hari Raya. Terdapat 3 pilihan yang boleh korang pilih iaitu Masak Masak Raya Bundle, Rose Agar Agar Bundle dan Hidrat Ramadan Bundle.

Pembayaran

Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh korang lakukan.Korang boleh membuat pembayaran melalui TouchnGo eWallet, Boost Wallet, FPX, ShopeePay, MCash dan Credit/Debit card. Dengan pilihan yang ada ini, memudahkan untuk korang membuat pembayaran.

Penghantaran


Penghantaran sangat pantas! tidak sampai 3 hari berkerja pun. Macam Shailla, sejam sebelum dia sampai hantar barang dia akan call bagitahu.


Harga untuk kos penghantaran korang boleh lihat seperti dibawah ini.

Sedap Giler Teh Tarik Bundle



Tengok punya tengok sekali Shailla terlihat Sedap Giler Teh Tarik Bundle. Memang kenalah dengan menu minuman Shailla di pagi raya. Tanpa berlengah lagi, terus Shailla masuk troli dan membuat pesanan. Mudah betulkan? yang mana cadang nak masak ketupat di pagi raya, korang boleh pilih "Masak-Masak Raya Bundle" kerana dalam pakej itu ada ketupat.


Apa yang korang boleh dapat dalam pakej Sedap Giler Teh Tarik Bundle adalah seperti :

3 Tin F&N Evaporated Creamer 390G
3 Tin F&N Sweetened Condensed Milk 392G
2 paket BOH Jumbo Potbag (10 Jumbo Potbag for each pack)

Tidak sabar rasanya untuk membuat sedap giler tea tarik ini untuk orang tersayang di pagi raya nanti. 

Download applikasi F&N Life untuk mendapatkan tawaran menarik dari F&N.

Website :

Facebook :

Instagram :

March 17, 2021

Makan Sambil Berkongsi Rezeki Dengan Lapowey

Assallammualaikum ❤️

Pejam celik pejam celik kita telah menghampiri bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Bagaimana dengan persiapan korang untuk bertemu dengan bulan ramadhan kali ini? Macam Shailla agak teruja kerana tahun ini Shailla dapat sambut ramadhan dirumah sendiri. Macamana agaknya nanti yer.. Hihihi. 



Baru-baru ini, Shailla dapat merasa dua menu dari Lapowey. Memandangkan hari khamis lepas giliran Shailla berkerja jadi makan tenghari Shailla rancang untuk tempah sahaja. Bukan tidak boleh makan di kedai bawah, tetapi bila makan sorang-sorang ini ibarat macam putus cinta pula jadi Shailla terus tempah makanan di Lapowey. Menu yang Shailla ambil adalah nasi putih bersama ikan masam manis dan briani ayam merah. Asal Shailla ingat nak makan sorang sahaja, tetapi tukar fikiran untuk bawa ke rumah untuk makan bersama keluarga.

Antara dua menu yang Shailla cuba adalah nasi putih bersama ikan masam manis dan briani ayam masak merah.


Shailla memilih nasi putih bersama ikan masam manis dengan gabungan sayur brocoli yang menjadi kesukaan Shailla semestinya memenuhi citrasa Shailla. Kurma dia juga sedap. Bila makan sahaja kurma terus merindui suasana saat berbuka puasa bersama keluarga. 


Manakala suami Shailla pula memilih nasi briani bersama ayam masak merah dan jelatah memang menambat rasa. Shailla dan suami bertukar-tukar merasa kedua-dua menu. Bagi Shailla untuk set makan dia agak banyak dan mengenyangkan. Walaupun kami suami isteri berkongsi dan bertukar-tukar makanan, masih juga tidak berjaya menghabiskanya kerana kekenyangan.

Apa yang Shailla suka tentang tentang Lapowey adalah korang akan mendapat air mineral serta kurma secara PERCUMA. Selain itu, penghantaran juga adalah percuma PERCUMA untuk kawasan sekitar Lembah Klang Sahaja. 

Memandangkan bulan Ramadhan yang akan tiba ini juga, elok jika dapat berkongsi rezeki dengan insan-insan dalam kesusahan atau memerlukan. Amalan bersedekah ini bukan hanya terbatas kepada wang ringgit malah ia meliputi makanan seperti kuih-muih dan juga hidangan makanan kepada orang ramai yang pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.



Bagaimana Cara Untuk Infaq Dengan Lapowey

Kalau korang nak tahu,korang boleh membeli makanan di Lapowey dan menginfaqkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Memandangkan sekarang negara kita dilanda Covid19, pasti ramai yang punca pendapatannya terjejas. Jika ada badan koperat atau individu yang ingin berkongsi rezeki bersama dengan mereka yang memerlukan boleh menggunakan perkhidmatan dari Lapowey.

Korang sebagai pihak peng’Infaq atau penderma hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang korang pilih serta kuantiti pax yang diperlukan.Terdapat 6 menu pilihan yang yang boleh korang pilih seperti dibawah ini:


Minima untuk setiap tempahan adalah sebanyak 100 pax. Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma yang berkualiti. Dengan harga set makanan korang boleh dapatkan bermula dari serendah Rm8. Adalah lebih baik sekiranya korang dapat membuat tempahan lebih awal bagi memudahkan pihak korang dan juga Lapowey.

Sebaik sahaja tempahan disahkan, pihak dapur Lapowey  akan masak mengikut menu yang korang pilih untuk menghantar kepada rumah-rumah kebajikan terpilih atau yang di pilih oleh para penginfaq atau penderma itu sendiri.


Penghantaran makanan adalah PERCUMA untuk kawasan sekitar Lembah Klang Sahaja. Untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang pula pihak peng’infaq atau penderma boleh berbincang lanjut dengan pihak pengurusan Lapowey.

Pihak Lapowey juga akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadhan Lapowey sila hubungi nombor-nombr yang tertera dibawah.

Facebook : Lapo Wey
Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge :

#LapoweyXkbba9 #ProjekInfaqRamadhan2021 #JalanKeSyurga #MurahMeriah #SaidilaLifestyle
#kbba9 #kelabbloggerbenashaari

Sekian Terima Kasih

February 24, 2021

Rancang Percutian Bersama Keluarga

Assallammualaikum ❤️

Sudah lama rasanya tidak pergi bercuti. Maklumlah kita masih lagi dalam situasi melawan covid 19. Rindunya rasa hati ingin kembali ke saat kita buat persediaan untuk pergi bercuti sambil menikmati suasana perjalanan untuk ke destinasi yang dituju.

Bila sebut tentang percutian ini, Teringin pula nak staycation dekat Melaka. Mengapa pilih Melaka? Kerana Melaka juga kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan merupakan destinasi popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Shailla rancang ingin pergi beberapa tempat kegemaran yang selalu pergi bersama keluarga bila habis PKP nanti. Antara tempat yang Shailla hendak pergi adalah :

The Pines


Untuk percutian kali ini,Shailla rancang nak cari hotel yang ada kolam mandi. Dalam banyak-banyak cari, Shailla tertarik untuk cuba menginap disini. lagi-lagi tengok pula harga macam menarik dekat The Pines Melaka ini. Mesti bertambah seronok staycation bersama keluarga. Walaupun sekarang masih PKP, boleh je cari hotel pilihan dahulu, nanti dah habis PKP kita terus pandu laju-laju kita lari dari realiti. 

Homestay Inap Desa Warisan Duyong

Kalau korang nak tahu, sinilah tempat kelahiran arwah nenek shailla. Apa yang menarik disini adalah terdapat Homestay Inap Desa Warisan Duyong Kitaorang selalu datang ke sini kalau ada undangan seperti Majlis Perkahwinan dan beberapa Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad)

Selain itu, disini juga terdapat sebuah Galeri Warisan yang mempamerkan pelbagai artifak dan barang tinggalan sejarah yang lalu. Paling seronok disini terdapat persalinan pakai orang zaman dahulu yang boleh korang cuba. Memandangkan sekarang musim covid 19,tidak pasti boleh pakai atau tidak.

Perigi Hang Tuah

Kalau singgah di Kampung Duyong, Shailla bersama keluarga pasti akan singgah disini. Disini terdapat sebuah perigi yang diberi nama perigi Hang Tuah. Shailla kalau sampai sini memang akan ambil air perigi sapu pada tangan dan muka. Air memang terasa sejuk sahaja.Terasa muka segar seketika. Di tepi dan depan Perigi Hang Tuah ini terdapat gerai jualan. Shailla dan keluarga suka memborong barang-barang di bahagian depan Perigi Hang Tuah seperti gula melaka. Barang-barang kraftangan dia juga kalau ada berkenan, Shailla akan bawa balik.

Magic Art 3D Museum


Magic Art 3D Museum ini Shailla belum pergi lagi. Selalu tengok kawan-kawan sahaja post di social media. Teringin juga untuk pergi lihat sendiri muzium 3D  ini rupa-rupanya adalah yang kedua terbesar di Malaysia selepas muzium 3D di Langkawi. Dengar cerita Magic Art 3D Museum ini yang mempunyai 8 tema 3D berbeza seperti tema di kuil purba, bandaraya Melaka, lautan, hutan dan beberapa tema lagi. Setiap tema ini lengkap dengan iringin muzik yang bersesuaian untuk menaikkan lagi ‘mood’ atau membuatkan anda lebih tenggelam dalam dunia 3D ini. Teringin juga rasa hati ingin mencuba pengalaman ketika berada disini.

Asam Pedas Melaka

Kalau sampai Melaka tidak makan asam pedas,rasa macam tidak lengkap percutian. Selalu Shailla akan pergi cari asam pedas area bandar Melaka kerana area sini terdapat beberapa kedai yang menjul asam pedas yang sedap. Selepas itu, Shailla akan pergi Pahlawan Walk Market bersebelahan dengan pusat beli belah Mahkota Parade, pusat ini juga menyediakan pelbagai cenderahati untuk dijadikan hadiah atau ole-ole kepada keluarga dan rakan.

 Pantai Klebang

Sebelum balik biasanya Shailla akan singgah pantai Klebang untuk lepak-lepak sambal menikmati air coconut shake. Di Pantai Klebang ini macam ada seperti gerai menjual pelbagai makanan dan barang-barang. Korang juga boleh menyewa tempat duduk pelampung untuk santai-santai sambal melihat anak-anak bermain pasir dan belon air.

Wah, tidak sabarnya rasa hati untuk berkunjung kembali ke sini. Semoga covid 19 semakin pulih dan pergi buat selamanya. I need vitamin sea!

Terima Kasih

January 08, 2021

Cara Mengatasi Kulit Megelupas Akibat Sunburn Dan Kulit Kering | Hansaegee Nature

 Assallammualaikum

Sumber : Google

Sekarang sudah boleh rentas negeri, jadi ramai yang menggunakan peluang ini untuk pergi bercuti. Kawasan yang menjadi tarikkan ramai semestinya pantai. Seronokkan dapat menikmati suasana pantai sambil mendengar deruan ombak sehingga tidak sedar muka gelap dek kerana dimamah cahaya matahari yang terik.

Sumber : Google

Shailla memang jenis kulit muka mudah gelap dan kering. Kalau berjemur terlalu lama dibawah cahaya matahari sekejap sahaja muka akan berbelang. Cara yang Shailla buat untuk mengatasi masaalah kulit mudah terbakar dan kekeringan adalah :

1. Basuh wajah dengan air biasa. Hindari penggunaan air panas kerana dapat membuat kulit semakin kering. 

2. Gunakan pembersih wajah yang lembut dan tanpa tambahan pengharum, tujuannya adalah agar kulit kita terhindar dari iritasi kulit yang dapat menyebabkan kulit semakin kering.

3. Segera memakai pelembap setelah mencuci wajah. 

Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature 


Aqua Whitening Cream adalah pelembap muka dari keluaran Hansaegee Nature. Hansaegee Nature merupakan brand penjagaan kulit muka dari Malaysia tetapi semua produk skincarenya diperbuat 100% dari Korea. Jenama ini telah ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011.

Untuk pelembap, Shailla menggunakan pelembap dari Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Shailla sangat berhati-hati dalam pemilihan produk kerana Shailla jenis kulit kombinasi dimana jenis kulit kering, sensitif dan mudah naik jerawat. Sebab itu Shailla memilih pelembap dari Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature kerana Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.

Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Kalau korang nak tahu, Sha sangat obsess dengan produk penjagaan muka yang mengandungi Niacinamide.

Testimoni


Mengapa Shailla memilih pelembap Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature adalah kerana texture dia yang ringan dan cepat meresap ke dalam kulit wajah


 

Paling penting kesan “Water drop” yang terdapat didalam Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ini  memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit. Aqua Whitening Cream ini juga berbau wangi seperti Aqua yang memberi Shailla rasa tenang setiap kali menggunakannya. 

Apa yang Shailla suka tentang Aqua Whitening Cream ini adalah telah membaiki kulit rosak dan kemerahan terutama jika terkena panahan cahya matahari. Kalau Shailla pergi bercuti, pelembap ini merupakan penyelamat yang wajib dibawa bersama untuk merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.



Selepas memakaikan pelembap ini,kulit muka Shailla terasa lembut dan lembap sahaja.Shailla juga suka letak ditapak tangan kerana tapak tangan Sha memang kering dan kasar. Selepaskan memakainya,terasa lembut sahaja dan lempap sahaja tangan Sha.

Selain itu, apa yang Shailla perasan setelah menggunakan  Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah garis halus berkurangan dan wajah menjadi kelihatan lebih lembap dan anjal. Kalau korang lihat gambar Shailla dibawah, tidak mengenakan apa-apa make up pun. Shailla hanya menggunakan Aqua Whitening Cream sahaja. Nampak segar bukan.

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu menggunakannya, kulit Shailla tidak breakout dan naik jerawat. Kulit menjadi lembap dan tona kulit semakin rata. Selain itu tiada kesan sampingan lain seperti iritasi dan sebagainya. Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature sangat sesuai dengan kulit muka Shailla yang sensitif ini. Macam Sha, duduk dalam aircond dari pagi hinggalah petang,jadi kulit akan mudah kering. Sejak menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature kulit tidak lagi terasa kering.

Cara Penggunaan 

Setelah korang sapukan pada wajah, gosokkan serta urut krim tersebut ke seluruh wajah. Tepuk perlahan-lahan pada wajah anda dengan lembut sehingga titisan air (Water drop) akan segera muncul. Kemudian urut sehingga menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.

Kandungan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature

Kandungan Utama:

Camellia Japonica Seed Oil
Membantu menghalang kehilangan air dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pencemaran alam sekitar. Membuat Aqua Whitening Cream ini mudah meresap ke dalam kulit wajah dan mampu membaik pulih semula sel kulit yang telah rosak.

Niacinamide
Mengandungi Vitamin B3 yang boleh mengawal kesan penuaan, mengurangkan garis halus serta memperbaiki permukaan kulit yang lemah.,

Kandungan Lain:
Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kenel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract dan lain-lain.



Untuk dapatkan Aqua Whitening Cream, Boleh klik info di bawah:

Brand: Hansaegee Nature 





Terima Kasih


December 21, 2020

Maksud Zakat Pendapatan Dan Jenis Harta Pendapatan

Assallammualaikum


Maksud Zakat pendapatan adalah sebahagian kecil bayaran yang kita buat selepas menerima bayaran seperti gaji bulanan, tunggakan gaji, elaun, bonus atau dari sumber lain seperti pekerjaan tambahan (overtime atau part time).

Begitu juga jika kita menerima wang sewaan rumah, bangunan atau kenderaan. Bayaran zakat pendapatan ini dibuat kepada pejabat zakat yang berhampiran.

Syaratnya, hasil usaha itu mestilah melalui jalan pekerjaan yang halal dan baik.

Zakat sebenarnya adalah pemberian atau sedekah. Cuma zakat pendapatan adalah wajib dilakukan jika kita cukup syarat, manakala sedekah yang tidak wajib (sunat) adalah terpulang kepada diri masing-masing.

Syarat-Syarat Zakat Pendapatan

1. Seorang Islam yang dewasa, merdeka dan sihat akal fikiran.
2. Kita memiliki sepenuhnya pendapatan dan boleh menggunakan wang ini pada bila-bila masa.
3. Wang pendapatan ini mencapai nilai minimum (nisab) yang ditetapkan mengikut negeri.


Pembayaran zakat pendapatan adalah sebanyak 2.5% sahaja dari jumlah pendapatan kita. Sedikit sahaja kan, dan baki pendapatan sebanyak 97.5% boleh kita gunakan.

Terdapat dua cara kiraan yang boleh digunakan iaitu:

1. 2.5% dari pendapatan kasar, iaitu tanpa potongan perbelanjaan, atau;

2. 2.5% dari pendapatan setelah ditolak perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri, anak, KWSP dan pemberian kepada ibu bapa. Sekiranya kita ada membuat simpanan di Tabung Haji atau Takaful juga boleh ditolak kerana badan-badan ini telah pun membayar zakat untuk sumbangan kita.

Cara paling mudah mengira bayaran zakat pendapatan adalah dengan menggunakan kalkulator zakat pusat zakat negeri masing-masing.


Zakat Pendapatan boleh bayar secara bulanan atau lumpsum setahun. Terpulang pada pilihan individu cara mana yang rasa lebih mudah.

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”Contoh : 
  • Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya. 
  • Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.
2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan 

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ” dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.”Contoh :
  • Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah
  • Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan
3. Zakat Harta Kerja Bebas

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional..Contoh :
  • Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
  • Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
  • Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
  • Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
  • Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.
4. Zakat Harta al-Mustaghallat

Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh:
  • Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
  • Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
  • Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual


Zakat pendapatan serta lain-lain zakat akan diberikan kepada orang Islam yang fakir, miskin, pihak yang membuat kutipan zakat (amil), mereka yang terbuka hatinya memeluk Islam (muallaf), orang yang berhutang bagi tujuan yang baik, mereka yang berjuang untuk Islam, orang dalam perjalanan yang terputus wang belanja (musafir) dan untuk memerdekakan hamba.


Zakat pendapatan adalah satu rahmat Allah s.w.t yang melatih kita untuk mengingati mereka yang memerlukan dengan memberikan sedikit bantuan.

Terima Kasih

October 23, 2020

Power Mata Areez Berkurang

Assallammualaikum


06/10/2020, genap sebulan Areez menggunakan cermin mata. Hari itu juga merupakan hari dia periksa untuk di Hospital Pakar Kanak-kanak KL.

Alhamdulillah, hasil pemeriksaan yang yang dilakukan power mata operation Areez berkurang dari 300 lebih ke 200 ratus lebih. Minta selepas ini power mata dia akan semakin berkurangan. 

Pemeriksaan yang lalu mendapati ada garis halus seperti benang pada kanta baru itu. Jika garis itu masih ada, Areez kena buat lasee untuk buang garis halus itu. Pada pemeriksaan kali ini mendapati garis itu yelah tiada. Jadi Areez tidak perlu lagi menjalani laser. 

Sekarang apa yang perlu Areez buat adalah melatih mata operation itu agar dia seimbang dengan mata normal. Apa yang Areez perlu buat adalah menutup mata normal dan menggunakan mata operation dengan jangka masa sekurang kurangnya 2 jam sehari agar mata operation itu tidak menjadi malas. 


Areez ada cerita yang doktor memuji cermin mata dia cantik.. Hihihi. Haaa kalau nak tahu, cermin mata itu Shailla beli Kedai cermin mata menjadi pilihan Shailla semestinya Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision. Kedai CERMIN MATA MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420. Lokasi kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungai ini terletak di Sungei Wang Plaza. 

Alhamdulillah, sedikit sebanyak cermin mata ini telah membantu mengurangkan power mata Areez. Sebenarnya bukan hanya doktor sahaja memuji cermin mata Areez cantik, malah ramai juga yang berkenan dengan rekaan cermin mata yang di pilih oleh Areez sendiri. 

Kalau korang hendak lihat lebih banyak lain rekaan cermin mata yang cantik-cantik, boleh lihat maklumat dibawah ini:




Contact:
William - 016 3771304

Alamat: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...