June 03, 2020

BURGER SALTED EGG & AYAM GORENG SALTED EGG MENU TERBARU DARI MARRYBROWN

Assallammualaikum ✌️

Hai semua! Apa khabar? Hai... Tiba-tiba tekak macam teringin pula nak makan ayam yang bersalut telur masin. 

Dengar cerita Marrybrown ada memperkenalkan dua menu terbaru gabungan Telur Masin. Wahhhh...apakah menu itu? Jom kita lihat apakah menu itu, dengar cerita rasanya padu.


Menyedari bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang mereka kini berminat pada sajian yang menggunakan Telur Masin sebenar.

Korang pasti akan rasa teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Sos diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini pasti akan menggugat selera korang!.

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu :


Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari. Untuk hidangan ini boleh didapati pada harga dari RM15.00. 


Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Untuk hidangan ini pula boleh didapati pada harga dari RM15.90 untuk dua ketul ayam manakala RM18.80 untuk tiga ketul ayam. 


Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan. Selain itu, kedua-dua hidangan kombo juga dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.


Tanpa berlengah masa, Shailla terus pergi mencuba kedua-dua menu ini. Memang tidak dinafikan rasa sos diperkayakan dengan sentuhan egg-stra ini memang padu!. Sos yang pekat digabung pula dengan rempah ratus dan daun kari beraroma memang terangkat selera Shaila. Korang juga patut rasa kedua-dua menu dari Marrybrown ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV

Terima Kasih




April 29, 2020

PG MALL | MALAYSIA NO 1 E-COMMERCE PLATFORM

Assalamualaikum ❤️


Musim PKP ini memang semua terhadkan. Nak beli barang kena pergi sorang, sudah itu sebelum masuk kena beratur pula. Hurmmm jadi untuk mengelakkan perkara macam ini eloklah sahaja kita berbelanja di atas talian sahaja. Bukan sahaja jimat dan tenaga, malah selamat dari terdedah virus Covid-19 yang berbahaya ini. Shailla ingin memperkenalkan satu platform e-commerce nombor 1 Malaysia yang boleh korang lawati untuk membeli barang secara atas talian.

April 11, 2020

BABAH PERGI BUAT SELAMANYA

Assallammualaikum ❤️


Semalam iaitu 10/04/2020 merupakan mimpi ngeri buat kami sekeluarga di mana tepat pukul 8 pagi, Babah telah pergi buat selamanya. Macam nak luruh jantung ini bila kakak beritahu Babah sudah tiada. Ketika itu rasa kosong, macam tidak percaya pun ada dan macam mimpi pun ada.

April 09, 2020

SAMBUT HARI LAHIR AREEZ SYAHMI KE 5 TAHUN

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah, pada 06 April 2020 Areez Syahmi telah mencecah umur 5 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sambutan tahun ini serba sederhana dan ringkas memandangkan PKP.

March 09, 2020

MATA KANAN AREEZ ADA KATARAK

Assallammualaikum ❤️


Hai... Macam dah lama tidak menulis blog. Hari ini saja nak kongsi dengan korang berita yang menyedihkan buat Shailla sekeluarga dimana anak sulung Shailla mengidap Katarak pada mata belah kanan.

January 13, 2020

Ironless Instant Shawl dari Miracle Caliph Exclusive

Assallammualaikum ❤️

Okay kali ini Shailla ingin kongsikan instant shawl yang mudah digayakan dan tidak perlu gosok. Untuk wanita bergelar ibu berkerjaya mahupun suri rumah. Bagi Shailla instant shawl ini sangat membantu dan menjimatkan masa.

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...