May 07, 2019

Sambut Bulan Puasa Bersama Bbq Lamb KL

Assallammualaikum


Di bulan yang istimewa ini, Bbq Lamb KL menjanjikan menu barbecue yang lazat untuk berbuka puasa di dalam suasana kampung.



Ketika tiba di sini, terdengar deruan air sungai yang mengalir dan bunyi unggas menimbulkan rasa tenang di dalam hati. Korang akan lupa seketika segala masaalah.





Sha mengambil 5 set hidangan iaitu Ramadhan Mix Set, Ramadhan Seafood Set, Ramadhan Fish Set, Ramadhan Skewer Set dan Ramadhan Vegetarian Set.

Setiap set hidangan ini sesuai untuk 4 hingga 6 orang makan.


Wah banyaknya makan sampai 5 set tu, hahaha..bukan untuk Sha sahajalah tetapi untuk mereka juga. Kalau korang pergi bersama keluarga atau kawan-kawan lagi meriah tau.

Amaran




Untuk ibu bapa yang bercadang makan di dalam sungai, jangan lupa bawa baju lebih untuk anak-anak yer. Sebabnya macam anak Sha, dari main sahaja melarat terus ke menyelam,maka habis basah baju.. Hahaha

Kepada yg bukan beragama islam, anda masih boleh lagi river dining 4pm~6pm setiap hari.

Harga Setiap Set Hidangan








OPERATION HOUR FOR RAMADAN

6May~2June 2019

4pm~6pm. River Dining.
6pm~10pm. Berbuka Puasa. (river dining/Riverside dining)

Untuk sebarang pertanyaan dan reservations sila wasap.my/60122114100.

LOCATION
https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p
Belakang Zoo Negara.

Sila share supaya kawan~kawan dan saudara mara yg lain tidak hampa untuk menimba pengalaman berbuka cara terbaru di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Terima Kasih

April 04, 2019

Cafe Cerita Kambing di Delisha Wedding House Kompleks Anjung 7 Shah Alam

Assallammualaikum

Pejam celik pejam celik, bulan puasa sudah hampir menjelma. Kali ini Shailla nak kongsikan satu Cafe yang menghidangkan kambing sebagai menu utamanya.

Menurut Chef Zakaria dan Nor Aziah Md Dahari, resipi ini diwarisi dari turun temurun daripada keluarganya. Mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun sebagai pengusaha katering pasti menjanjikan Sajian Terbaik , Enak Berkualiti Tinggi.

Iftar Ramadhan 2019



Sempena Ramadhan, Cafe Carita Kambing turut menyediakan Bufet Ramadhan untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi menikmati 49 jenis Sajian Melayu, Arab Kambing Salai Istimewa di Delisha Wedding House.

Pakej Buffet ini berharga RM49 Dewasa & RM25 Kanak-kanak (7 hingga 12 Tahun) dan Warga Emas RM39.90.

Dalam banyak-banyak menu yang ada, yang menjadi pilihan utama Shailla adalah Kambing Bakar. Memang sedap dan tidak liat. Di tambah pula dengan brown sos..fuhhh memang menjilat jari dan yang penting, kambing dia tidak berbau. Shailla cukup sensitif kalau makan kambing tapi masih ada baunya memang potong selera.


Antara menu yang boleh korang pilih ketika berada disini adalah seperti :

Menu 
Nasi Putih
Nasi Arab

Lauk

Salatah

Ayam Masak Merah

Masak Lemak Nenas Ikan Masin

Gulai Kawah Daging Tetel

Ikan Celup Tepung


Stall Khas
Ayam Bakar / Kambing Bakar
Mix Salad, Brown Sos, Jagung



Stall Khas
Mee Goreng Endau
Soto Sup Tulang Kambing / Ayam
Laksa Johor


Stall Dessert 
Kueh Mueh
Buah Buahan
Bubur Kacang


Stall Minuman
Minuman Sejuk
Air Anggur
Air Jagung

Minuman Panas
Air Tea'O

Untuk Tempahan :


Facebook

Instagram 

Terima Kasih 
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...