April 12, 2018

Legoland Theme Park Malaysia | Family Day KBBA9 2018

Assallammualaikum ❤️


Pada Tahun ini, Kelab Blogger Ben Ashaari atau Kbba9 telah mengadakan Family Day Kbba9 di Legoland Malaysia. Ini merupakan kali pertama sha dan juga keluarga sampai ke sini. Memang perasaan ketika ini sangat teruja untuk menerokai seluruh permainan yang terdapat di Legoland Theme Park ini bersama keluarga.


Legoland Malaysia

Merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia. Berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2) dan terletak dalam Iskandar Malaysia.

Legoland Theme Park Malaysia Map


Tempat Menarik Terdapat di Legoland Theme Park Malaysia

THE BEGINNING  



Ketika memasuki pintu gerbang Legoland Theme Park Malaysia, korang akan dapat lihat block lego yang besar terletak berhampiran kaunter tiket.

Setelah memasuki gerbang Legoland Theme Park Malaysia, di situ terdapat kedai-kedai yang menjual barang cenderamata serta mainan lego.  Kafe juga turut tersedia di sini.

LEGO CITY



Untuk kanak-kanak, di Lego City membolehkan mereka memandu kereta, pesawat dan kapal. Ia juga bergantung pada umur dan juga ketinggian anak.

Nissan Driving School dan Driving School Junior membolehkan anak korang memandu sambil mempelajari tentang keselamatan jalan raya dan isyarat jalan raya. Lego Drivers License juga akan  diberikan.



The Boating School merupakan aktiviti dimana korang perlu mengawal boat. Aktiviti ini agak santai. Asalnya sha bagi Areez bawa, memandangkan dia tidak pandai kawal dan bot tersasar jadi sha yang kena kawal. Di pertengahan jalan kami stuck sebab ada bot berlanggar. Makan masa juga untuk kawal bot ke laluan yang betul.


Selain itu, untuk kanak-kanak yang minat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita untuk menjadi pilot, boleh cuba Lego City Airport. Permainan ini untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dimana mereka boleh memandu dan mengawal pesawat mereka sendiri.


Sudah penat berjalan, jadi sha pun ambil Legoland Express dimana korang boleh menaiki keretapi yang membawa korang pusing sekitar taman. Sambil merehatkan kaki seketika sambil menikmati angin dan juga pemandangan beberapa tempat di kawasan Legoland Theme Park Malaysia.


Disini juga terdapat Lego Rescue Academy dimana kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menaiki serta melakukan aktiviti menyelat dan memandam api bersama keluarga.


Di dalam Lego City Stage, penonton boleh melihat persembahan menarik dari Ninjago’s Kai bersama rakan dalam menentang evil Clouse. Persembahan ala wayang dan animasi sangat menarik perhatian sha. Selain itu,  sha tertarik dengan kesan bunyi dan lampu yang digunakan sangat cantik dan berwarna warni.

MINILAND



Kebanyakkan arca lego disini kebanyakannya adalah mercu tanda yang terkenal di seluruh dunia.


Di sini juga korang boleh lihat mercu tanda bandar terkenal seperti Merlion Singapura, Menara Berkembar Petronas Malaysia, Angkor Wat Kemboja, Piramid Mesir dan Taj Mahal India adalah antara yang banyak dipamerkan.


Kesemua bangunan-bangunan ini di bina daripada lego. Terdapat kira-kira lebih 70 juta LEGO yang digunakan untuk membuat bangunan-bangunan ini. Apa yang menarik lagi adalah korang boleh menekan butang untuk menghidupkan bunyi atau untuk memancarkan paparan mercu tanda.

LEGO NINJAGO WORLD


Lego Ninjago The Ride merupakan pengalaman yang menyeronokan di mana korang dapat menaiki Ninjago Ride mengembara ke alam 4D.


Ketika berada di dalam, korang bukan sahaja dapat melihat animasi malah korang juga kena bertarung. Di setiap Ninjago Ride, disediakan butang untuk korang guna semasa berlawan. 


Korang perlu mengalahkan Great Devourer dan meraih gelar ninja. Korang juga kena gerak isyarat tangan untuk menyebarkan api, bumi, ais dan kuasa kilat semua dari kerusi sepanjang perjalanan di Ninjago Ride. Semasa keluar dari Ninjago Ride, ada satu paparan screen menunjuk kedudukan korang. Sha dapat tempat ke empat, mana tidaknya sibuk bergambar dan bawa si kenit ini, memang kalah lar.. hihihi. Selepas itu korang akan melalui kedai yang menjual barang cenderamata.


Di luar bangunan Ninjago The Ride pula, korang boleh bergambar dengan patung serta bangunan Ninjago yang juga diperbuat dari Lego.

IMAGINATION


Ingat di Melaka saja ada menara, haaa.. di sini pun ada tau. Nama menara ini adalah Observation Deck. Apa menarik tentang Observation Deck adalah ia membawa korang ke ketinggian 60 meter untuk nikmati pemandangan 360 seluruh Legoland.


Inilah adalah pemandangan dari atas yang sempat sha rakamkan. Memang seronok ketika berada di atas, tambahan pula dapat lihat seluruh Legoland dari atas.


Permainan ini pula dinamakan Kids Power Tower. Apa yang menarik tentang permainan ini adalah korang perlu berusaha menarik tali untuk naik ke atas dan lepaskan tangan sikit demi sikit untuk turun ke bawah. Untuk permainan ini, sarung tangan disediakan.


Untuk permainan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Mereka boleh menikmati perjalanan kereta api Duplo yang bergerak di Duplo Express.


Kereta Api Duplo ini akan berpusing 2 pusing sebelum berhenti. Memang seronok menaikinya. Cuma untuk anak 1 tahun, kena pegang. Jika tidak memang terhantuk ke dinding disebabakan landasan yang tidak rata dan stabil. 


Sha suka masuk LEGO Studios kerana ia menayangkan khas filem dalam 4D. Di dalam LEGO Studios ini korang akan rasa pengalaman menonton filem lengkap dengan angin, air dan kesan kabus untuk membawa cerita dan watak-watak ke kehidupan. So orang akan basah sikit la kena air dan biuh sabun.. hihihi 

Lego Kingdom 


Apa yang menarik terdapat di The-Dragon adalah selain korang boleh naik dan masuk ke dalam Istana ini,  dekat sini juga bergambar memang cantik.  hihihi 



Sesiapa yang inginkan permainan mencabar, Dragon’s Apprentice adalah salah satu permainan Rollercoaster yang perlu korang cuba.

Untuk kanak-kanak boleh cuba Royal Joust, di mana mereka akan di bawa naik kuda Lego. Kanak-kanak akan merasai sama seperti menaiki kuda yang sebenar. Selain itu mereka akan berperang untuk lawan dan muncul juara.

Merlin’s Challenge pula sesuai untuk keluarga main. Permainan ini sangat santai.

LEGO TECHNIC



Sha juga sempat masuk Lego Star Wars Miniland. Apa yang menarik dis sini adalah korang dapat melihat tayangan beberapa minit, kemudian masuk ke dalam untuk melihat lebih dari 2000 model terkenal LEGO Star Wars serta adegan ikonik dari keenam episode dan seri animasi Star Wars: The Clone Wars. Model yang ditunjukkan juga menampilkan kesan suara, aksi dan cahaya asli Star Wars untuk menghadirkan pengalamanyang menyeronokkan bagi seluruh keluarga.

Korang juga boleh mencuba Technic Twister bersama keluarga dimana korang perlu putar di sekeliling di pod Lego yang besar. Korang juga boleh mengawal kelajuan pod dengan memutar roda di tengah-tengah pod itu.



Aquazone Wave Racers, sambil korang berlumba sambil itu korang harus harungi ledakkan bom air. Kalau nasib tidak baik, korang akan basah.




Pada yang sukakan cabaran, boleh menaiki  The Great Lego Race VR Coaster. Korang akan melalui 15 sudut lengkuk dan berpusing pada ketinggi 18 meters membuat korang hilang suara dan hendak tercabut jantung. Di luar memang nampak Rollercoaster biasa tetapi sebenar bila korang pakai cermin mata yang diberikan, korang seolah masuk ke dalam alam animasi iaitu alam lego di mana di dalam itu terdapat jalan cerita, watak, aksi dan persekitran yang unik. Memang sangat menggerunkan dan mencabar. Asalnya tempat ini dinamakan project x kemudian bertukar menjadi Lego VR Coaster. Untuk permainan ini, sha hanya lihat sahaja kerana takut untuk naik.. hahaha

My Short Legoland Theme Park Video, Happy Watching !


Beli Pas Tahunan dengan harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk memenangi NISSAN ALMERA!



Haa...ini tawaran baik untuk korang. Sekarang korang boleh membeli Pas Tahunan LEGOLAND Malaysia untuk mendapat lebih banyak hadiah tahun ini! Beli pas tahunan untuk harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk menbawa pulang Nissan Almera apabila anda membeli, memperbaharui atau menaiktaraf Pas Tahunan mulai 1 Feb 2018 dan seterusnya!

Dengan Pass Tahunan LEGOLAND, anda akan dapat melawat resort LEGOLAND secara PERCUMA, 365 hari setahun. Semua aktiviti yang menarik termasuk Miniland, Driving School, Roller Coaster LEGO VR dan banyak lagi yang boleh dikunjungi.

Korang dan keluarga juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang berlaku di resort sepanjang tahun. Bermula dari sambutan Lunar New Year celebration, the region largest LEGO® Star Wars days, tricks-or-treats celebration to the year-end Bricktacular festivity! Semak manfaat Pas Tahunan penuh Disini

Apa lagi tunggu? cepat rebut peluang untuk memenangi Nissan Almera baru apabila korang mendaftar hari ini juga! Semakin banyak yang korang beli, semakin tinggi peluang korang untuk membawa pulang kereta baru.

* sah untuk pas Premium




Bagaimana hendak menang?


Untuk tetamu hotel memiliki tiket Combo 2 Hari, naik taraf tiket hari korang ke Tahunan Pass atau RM100 di Kaunter Perkhidmatan Tetamu semasa ketibaan untuk berpeluang untuk memenangi kereta!

Untuk Info Lanjut :

Website: 
Facebook : 
Instagram : 
Twitter: 
Telefon : 
07-597 8888

Sekian Terima Kasih

April 05, 2018

Lazz Susu Kambing Untuk Mengandung, Anak Dan Seisi Keluarga

Assallammualaikum ❤️

Sekarang kalau kita tengok, banyak betul produk susu kambing yang dijual dipasaran. Macam-macam jenama ada. Kadang rasa keliru nak pilih yang mana. Keluarga adalah segalanya buat sha, sebab itu sha hanya pilih yang terbaik buat mereka. Begitu juga untuk beli minuman kesihatan untuk keluarga, banyak perlu dititik beratkan.

Sekarang sha lihat, ramai sedang memperkatakan tentang kebaikkan Lazz Susu Kambing. Disebabkan itu, sha juga ingin mencuba minuman kesihatan Lazz Susu Kambing untuk sha dan juga keluarga. Tambah pula Lazz Susu Kambing ini terjamin selamat dan bersih. Jadi sha tidak rasa ragu-ragu untuk beri minuman Lazz Susu Kambing pada keluarga.


Apa itu Orgamilk? 

Pasti ada antara korang yang masih belum tahu tentang maksud orgamilk. Okey, orgamilk adalah susu kambing segar yang terhadil tanpa unsur hormon atau sintetik kimia, dipasteur dan diserbukan menjadi minuman berkhasiat. 

Keistimewaan Lazz Susu Kambing
  1. Lazz merupakan perintis susu kambing kurma organik Malaysia. 
  2. Kombinadi susu dan kurma orgamilk menyediakan khadiat nutrisi semulajadi. 
  3. Di Import 100% dari Holland
  4. Susu kambing organik,halal,berkhasiat
    dan sedap tanpa sebarang bahan kimia yang diragui sesuai untuk seisi keluarga
  5. Lazz Susu Kambing mempunyai Rasa yang enak dan tidak mempunyai Bau Hamis Kambing. 
  6. Merupakan Produk terbaru Keluaran Muslim dan Mendapat PengiktiranMESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  7. Lazz Susu Kambing juga terjamin Selamat, Bersih, dan Sihat.
  8. Bersifat Alkali ringan.
Lazz Susu Kambing antara minuman sunnah yang terlaris di pasaran dan mendapat sambutan ramai. Terdapat tiga perisa yang telah sha cuba iaitu Lazz Susu Kambing AsliLazz Susu Kambing Choco dan Lazz Susu Kambing Kurma. Serius sha cakap, kesemuanya rasa sedap sangat! tapi yang paling sha suka adalah Lazz Susu Kambing Choco.

Pracampuran Combo Mix 1 : Asli + Choco + Kurma

Khasiat Lazz Susu Kambing

Anak - Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara ekslusif dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga mencapai 2 tahun. Makanan Pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan / 180 hari. Ini bermakna dari lahir sehingga bayi berumur 6 bulan, bayi hanya perlu diberi Susu ibu sepenuhnya dan tidak perlu air atau susu tambahan. Selain itu tulang anak lebih kuat dan gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu) . Dapat kurangkan allergenic dan bantu hilangkan kahak dan lelah.

Pelajar / Remaja - Untuk pelajar atau remaja sangat baik untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Penghadaman akan menjadi lebih lawas dan lancar. Dapat meningkatkan IQ dan cepat belajar sesuatu.

Ibu Hamil - Elak sembelit akibat pengambilan ubat klinik(lawass), menaikkan HB & cegah anemia.
Beri tenaga, hilangkan loya dan pedih ulu hati.
Nutrien sempurna untuk bayi. Bayi lahir kulit sihat tak sensetif. Tulang tegap tak lembik, IQ nya tinggi. Dan khasiat yg PALING popular ialah untuk membantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning.

Ibu Menyusu - Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya. Kulit bayi tidak sensitif dan susah nampak parut. Tulang baby lebih kuat. Menjadi milkbooster dan penawar jika ada masalah susu berkurang.Membantu memekatkan susu badan dan mengurangkan keguguran rambut. Badan akan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.

Kehamilan - Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus untnk kesuburan. Boleh diambil bersama suppliment lain dengan menjarakkan selang beberapa jam. Diperkaya dgn Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat.

Dewasa / Warga Emas - Susu Kambing Bersifat Alkali. Sifat ini berlawan dengan makanan dan toksin yang menjadi penyebab penyakit-penyakit kronik. Khasiat lazz susu kambing membuat badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan. Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah. Selain itu mampu membuang angin dan toksin dari badan. Dengan 1 hidangan hanya 80 kalori, boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan.Sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes.

Lazz Susu Kambing Asli (Tanpa Gula) 


Lazz Susu Kambing Asli ini tiada sebarang campuran dengan susu lain dan tiada sebarang perisa kerana ianya ASLI. Ia hanya mengandungi susu kambing asli bersifat alkali dan organik yang diproses tanpa menghasilkan bau hamis. Lazz Susu Kambing Asli tidak mengandungi apa-apa formula sintetik khas dan sesuai untuk semua peringkat umur.

ANAK - Susu Kambing LAZZ Asli tanpa gula adalah salah satu alternatif untuk Si Manja anda yang mempunyai alahan pada susu.
Ia juga membantu Si Manja dalam mengeluarkan kahak & angin, tiada lagi masalah sembelit. LAZZ Asli bermanfaat dalam perkembangan sel-sel otak dan sel sistem saraf.

IBU HAMIL - Untuk ibu-ibu yang mengandung, bagus sangat amalkan Lazz Susu Kambing ini. Kerana terdapat banyak khasit terdapat di dalamnya seperti dapat membantu meningkatkan Hb. Ibu hamil akan rasa lebih bertenaga dan lebih lawas. Selain itu, dapat mengurangkan risiko bayi lahir kuning. Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukkan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Gabungan Calcium & Phosporus penting dalam membentuk struktur dan kekuatan tulang Si Manja dalam perut ibu. Ianya merupakan nutrisi lengkap ketika kehamilan.

IBU BERPANTANG & MENYUSU - Khasiat untuk ibu dan anak, membantu dalam pembentukan sel darah merah, tumbesaran, penghasilan antibodi dan meningkatkan sistem imunisasi anak. Tulang anak lebih kuat & membantu penghasilan susu ibu.

WARGA EMAS - Merupakan sumber tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Klasium yang tinggi dapat membantu menguatkan tulang akibat faktor usia. Susu kambing juga dapat mengurangkan sakit sendi & lutut serta mencegah penyakit Osteoporosis. LAZZ Asli tanpa gula merupakan satu alternatif untuk memberi tenaga kepada warga emas.

Lazz Susu Kambing Choco


Jika anak korang tidak suka minum susu putih, jangan risau Lazz Susu Kambing Chocokan ada. Anak sha si Areez juga suka Lazz Susu Kambing Choco. Mungkin kerana rasanya lebih milky dan warna tidak terlalu coklat.Sebenarnya, sha pun suka yang Choco juga! hihihi. Selain rasa choco yang sedap, rupanya Lazz Susu Kambing Choco ini terkandung khasiat baik buat anak. Antara khasiat yang terkandung dalam Lazz Susu Kambing Choco adalah seperti : 

Selera Makan - Lazz Choco mengandungi Niacine yang merangsang selera makan anak. Selain itu juga, membantu menaikkan berat bagi yang menghadapi masalah berat badan sebelum ini.

Kulit - susu kambing kaya dengan Vitamin C. Selain untuk mencantikkan kulit, ia juga membantu mengeringkan serta menyembuhkan luka.

Lawas - Sesuai untuk bantu anak kekal mudah lawas seperti biasa.

Kaya Dengan Garam Mineral - Seperti Magnesium, Potassium, Kalium, dan baik untuk imunisasinya.


Lazz Susu Kambing Kurma Dan Cafe

Susu Kambing Untuk Ikhtiar Kehamilan, NAK IKHTIAR ZURIAT?

Haaa..ini berita baik untuk pasangan yang sedang berusaha untuk memiliki zuriat. Set Sejoli merupakan pakej khas untuk pasangan yang ingin ikhtiar hamil. Kombinasi susu kambing dan campuran buah kurma terkenal sebagai ikhtiar hamil oleh masyarakat Arab dan terkenal dengan kemujarabannya.

Khasiat dari susu kambing dan tambahan ekstrak buah kurma yang kaya dengan asid folik yang semula jadi di dalamnya boleh membantu kesuburan kedua pasangan dan menguatkan rahim. Susu kambing juga bersifat alkali & boleh diambil jika hidapi masalah Cyst, Fibroid, dan Pcos.

khasiat dari pengamalan LAZZ. Selain membantu untuk Kesuburan, ia juga membantu:

1) Menguatkan Rahim bagi Wanita yang kerap alami keguguran
2) Menstabilkan Hormon yang kurang
3) Membantu Mengaturkan Haid
4) Menambah Darah (HB)

LAZZ KURMA - Isteri
Susu kambing kurma boleh membantu dalam menstabilkan kitaran haid, masalah senggugut, keputihan dan membantu menguatkan rahim. Susu kambing berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita yang ada masalah period atau dalaman.

LAZZ CAFE - Suami
Susu kambing berfungsi menstabilkan hormon dan kesihatan sangat baik untuk dalaman dan luaran, seperti membantu memekatkan air mani, meningkatkan kualiti sperma, membantu mengurangkan toksik berlebihan dan membantu melancarkan peredaran darah.

Terdapat beberapa testimoni yang telah berjaya hamil, namun begitu penting bagi pasangan untuk ikhtiar, berdoa dan yakin .emog dengn mengamalan  produk ini, dapat membantu korang beroleh zuriat. InsyaAllah

CARA PENGGUNAAN SUSU KAMBING KURMA LAZZ


Bayi : Sukatan 1 scoop : 2 Oz
Dewasa - 4/5Scoop untuk 1 mug

Panduan Penyediaan - 1 hingga 3 kali sehari.
  1. Bancuh 3 sudu Susu Kambing Kurma Lazz bersama 180 ml air suam.
  2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
  3. Anda juga boleh mencampurkan Susu Kambing Kurma Lazz ke dalam minuman kegemaran anda.
Sha amat sarankan agar korang mencuba Lazz Susu Kambing ini. Jangan lupa mencuba Lazz Susu Kambing tau! Untuk keterangan lanjut korang boleh tengok link sha kongsi dibawah. 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

FACEBOOK :- LAZZ Susu Kambing
INSTAGRAM :- @lazzsusukambinghq
TELEFON :- 013 - 3083354

Terima Kasih

March 23, 2018

TEMPAT MENARIK DI KEDAH "Nightlife in Langkawi" HARUS DIKUNJUNGI

Assallammualaikum


Selalu kalau korang dengar sahaja pasal kedah, pasti lokasi percutian yang terbayang dan berlegar-legar di minda korang adalah Pulau Langkawi. Tunggu dulu, sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga ketika berkunjung ke kedah yang
terkenal dengan Negeri Jelapang padi atau “Rice Bowl of Malaysia”, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya.

KEDAH

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi. Bukti arkeologi ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Hindu-Buddha memerintah Kedah purba mungkin seawal 110 Masihi Penemuan kuil, jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim dengan selatan India Tamil yang kerajaan sudah ditubuhkan sejak masa itu. Penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara.

NAMA KEDAH

Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

Jika korang merancang untuk bercuti ke kedah, di sini sha kongsikan beberapa tempat tarikkan perlancongan yang terdapat di kedah.

TARIKKAN DI KEDAH

1. Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Sumber : effortlab.com

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di Merbok. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terkenal dengan tinggalan sejarah arkeologi atau carigali. Terletak 8km dari Tanjung Dawai. Di sini, terdapat 41 buah tapak arkeologi . Pengunjung boleh melihat artifak perdagangan seperti seramik, manik-manik, kaca, rempah ratus serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan juga terdapat di sini yang terdiri daripada candi, patung-patung dan arca.

2.Muzium Kota Kuala Kedah

Sumber : ihaveasweetsmile

Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tapak Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang yang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Di sini korang boleh melihat meriam, rumah api dan pintu gerbang Kota Kuala Kedah. Terdapat juga sebuah rumah yang dijadikan muzium menyimpan pelbagai barang peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah

3.Hutan Lipur Bukit Hijau

Sumber : timothytye

Hutan Lipur Bukit Hijau merupakan tempat kawasan perkelahan yang harus dikunjungi. Mempunyai kawasan air terjun 5 tingkat dengan setiap satu mempunyai size berbeza. Di sepanjang juga, korang melihat pelbagai jenis tumbuhan flora dan fauna yang memukau pemandangan. 

4. Tasik Pedu


Tasik yang luas dan cantik ini menjadi tumpuan kaki pancing. Selain itu pemandangan di sini sangat menarik. 

4. Taman Rekreasi Sungai Sedim

Sumber : timothytye

Taman Rekreasi Sungai Sedim merupakan tempat perlancongan yang terkenal dengan aktiviti lasak. Di sini, korang boleh lakukan aktiviti sukan air seperti whitewater rafting, tubing, dan lain-lain.

5. Gunung Jerai


Gunung Jerai merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Apa yang menariknya adalah selain pengunjung dapat mendaki serta mandi air terjun, di kemuncuk gunung turut di sediakan penginapan untuk pengunjung.

7. Ulu Lenggong Hot Springs


Kepada korang minat mandi air panas, Ulu Lenggong Hot Springs adalah tempatnya. Setiap kolam air panas yang terdapat sini berbeza mengikut suhu dan kedalaman kolam. Kolam untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Terdapat kemudahan chalet dan juga homestay untuk para pengunjung.

8. Bukit Pinang

Di Bukit Pinang terdapat tanah dusun buah-buahan seluas 2 ekar.
Sesuai untuk berehat dan beriadah di hujung minggu bersama keluarga. Terdapat Pokok durian, manggis, dukong, rambutan, kelapa pandan, salak, petai dan lain-lain terdapat di sini.

9. Air Terjun Seri Perigi


Air Terjun Seri Perigi terletak di daerah Yan. Merupakan air terjun di kaki Gunung Jerai yang cantik dan tinggi.  Terdapat kolam disediakan untuk aktiviti berkelah serta mandi manda.

MAKANAN DI KEDAH

1. Laksa Kedah


Laksa Kedah merupakan  makanan berkuah yang popular di Kedah. Ia juga dikenali sebagai Laksa Teluk Kechai. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini adalah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.

2. Nasi Ulam


Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan.

3. Pulut Inti


Pulut Inti ini biasanya popular dalam kalangan mereka yang berasal dari pantai timur. Pulut ini dimakan bersama inti kelapa yang manis dan lemak.  Pulut Inti adalah antara makanan yang turut juga menjadi pilihan kebanyakkan orang Malaysia.

4. Kuih Karas


Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

5. Gulai Nangka


Gulai Nangka sangat sinonim dengan orang duduk belah utara. Kuah berwarna aromatik berwarna krim dibuat dengan nangka muda yang belum matang.

6. Ikan Bakar


Ikan bakar adalah hidangan ikan yang dibakar atau dipanggang di atas api atau bara api.

HOTEL DI KEDAH


Di Kedah terdapat banyak hotel menarik yang boleh korang kunjungi. Untuk menempah hotel senang sahaja, takkan tak tahu Traveloka kan ada!. Terdapat banyak tawaran hebat ada di situ.  Antara hotel yang tersenarai di dalam Traveloka adalah seperti :

Hotel Grand Crystal Kedah - terletak di Alor Setar. Merupakan sebahagian daripada Grand Hotels International Group. Hotel ini mempunyai 138 bilik dan suite yang luas yang dilengkapi dengan keperluan seperti akses internet Wi-Fi percuma, TV satelit / kabel, dan telefon IDD.

Swiss-Inn Sungai Petani - terletak di negeri Utara Malaysia. Menawarkan pelbagai kemudahan hotel dan rekreasi. Dengan 101 bilik tetamu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan perkhidmatan.

Regency Hotel Alor Setar - terkenal dengan penginapan 3-bintang dengan layanan mesra, perkhidmatan mesra dan pesona Kedah yang tidak dapat dinafikan. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar, institusi kewangan utama, bangunan kerajaan dan korporat, kemudahan awam dan kemudahan lain semuanya dekat.

The Danna Langkawi -  adalah resort mewah lima bintang yang terdapat di sekitar sudut dari Oriental Village di Pantai Kok dengan koleksi 125 bilik dan suite yang penuh cahaya, lima tempat makanan dan wain dan rawatan spa yang melebihi harapan. Dibahagikan kepada lapan kategori, unit penginapan berukuran dari 60sqm hingga 600sqm dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan ke atas hutan hujan dan lautan.

LANGKAWI

Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.

NIGHTLIFE IN LANGKAWI

Selalu kalau korang bercuti di Langkawi, mesti korang akan pergi naik Langkawi Cable Car, pergi Makam Mahsuri , melihat hidupan air di Underwater World Langkawi dan pada hari terakhir akan singgah HIG untuk beli chocolate . Kemudian satu lagi tempat wajib pergi adalah Idaman Suri untuk borong pinggan mangkuk yang cantik-cantik. Kebanyakkan aktiviti ini di lakukan pada siang hari.
Bila tiba waktu malam, mesti korang tidak tahu hendak buat apakan? Mai sini, sha kongsikan beberapa tempat tarikkan "Nightlife in Langkawi" yang boleh di kunjungi ketika berada di sini.

Antara tempat "Nightlife in Langkawi" yang boleh korang kunjungi ketika bercuti ke Pulau Langkawi adalah :

Dataran Helang


Tidak lengkap percutian korang sekiranya sampai di Langkawi tidak singgah bergambar di sini. Dataran Helang merupakan tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Apa yang menarik terdapat di sini adalah ukiran burung helang yang berukuran 12.6 X 21.6 meter terletak berdekatan jeti Pulau Lagenda. Pemandangan di Dataran Helang ini sangat menarik dan menakjubkan dengan berlatarkan belakang gunung. Di sini juga terdapat sebuah tasik serta jejambat . Dari sini juga, korang boleh melihat feri yang berulang alik dari Teluk.

2. Pantai Cenang


Di Pantai Cenang sangat terkenal di Langkawi. Di sini terdapat banyak  penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Pada waktu malam, Patai Cenang ini sangat meriah dengan pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang . Di Pantai Cenang juga terdapat banyak kedai makan dan juga kedai membeli cenderahati.

Sunset Tropical Cruise


Mahu melihat matahari terbenam di tengah laut? Naiki lah Sunset Tropical Cruise. korang akan meluncur atas kapal ini selama 3 jam bersama-sama dengan pelancong lain. Pengunjung dapat melihat matahari terbenam sambil menikmati on board BBQ Dinner feast bersama ayam, udang, ikan, daging lembu dan termasuk campuran sayur sayuran serta salad. Trip ini akan membawa korang melalui hampir 99 pulau yang terdapat di sekitar Pulau korang juga boleh terjun ke laut dan berendam di dalam jaring yang dilabuhkan di tepi kapal.

Telaga Harbour Langkawi


Telaga Harbour Langkawi merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian LADA (Langkawi Development Authority) menaikkan tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar. Disini merupakan tempat persinggahan kapal-kapal berlabuh. Sangat sesuai untuk santai minum dan makan petang dengan suasana yang menarik. Disini juga terdapat butik, restoran, bar, spa, hotel. Korang juga boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk kapal layar mewah yang berlabuh di marina. Pada waktu malam ketika lampu telah dinyalakan, Telaga Harbour Park kelihatan cantik dan ditambah dengan panorama yang indah.

Pulau Tuba


Pulau Tuba yang dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, sotong dan sebagainya. Keistimewaan lain di Pulau Tuba adlah seperti gua kelawar yang menempatkan beribu-ribu kelawar spesies terkecil. Ia mudah dikunjungi, cuma mengambil masa 30 minit berjalan kaki mengikut denai. Jika tiba pada waktu bulan gelap, anda mungkin berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.

Tunggu apa lagi? Isikan hari cuti anda bersama keluarga tercinta dengan percutian hebat hanya di Traveloka. Untuk maklumat lanjut boleh layari UNSEEN MALAYSIA

Sekian Terima Kasih

March 20, 2018

Aktiviti Menarik di Port Dickson

Assallammualaikum ❤️


Sekarang sudah masuk cuti sekolah selama seminggu, pasti ramai ibu bapa menggunakan masa cuti sekolah ini untuk beriadah bersama keluarga. Baru-baru ini, sha bersama keluarga telah bercuti ke Port Dickson. Rancang asal kami hanya ingin membawa anak mandi kolam di Kuala Selangor. Memandangkan chalet telah penuh, jadi halauan telah bertukar ke Port Dickson Negeri Sembilan. 

Apa yang menarik terdapat di Port Dickson?. Selain pantai terdapat banyak juga aktiviti yang dilakukan disini seperti main banana boat dan lain-lain.


Disini juga terdapat pelbagai jenis gerai jualan yang menjual pakaian, mainan, cenderahati serta makanan. 


Ketika berada di sini, sha sempat juga merasa milo kepal. Milo kepal ini memang tengah viralkan sekarang. Disebabkan sha belum pernah cuba, jadi kesempatan yang ada ini, sha cubalah. Sedap juga rasa milo kepal ini ditambah dengan coco cruch dan bahan yang lain. Cuma masaalahnya adalah kena tunggu lama untuk ais kepal itu hancur. Milo kepal lagi sedap bila dimakan ketika aisnya hancur. Harga semangkuk milo kepal adalah RM5.00. Ada beberapa gerai yang menjual ais kepal ini dwngan harga yang berbeza. Jadi kalau korang rajin jalan lagi, korang boleh dapat semangkuk ais kepal dengan harga RM4.00.


Disini juga terdapat petting zoo. Untuk masuk bermain serta memberi haiwan makan dikenakan RM5.


Sha juga pergi berjalan di jambatan. Kalau kita lihat jambatan ini, tidak ubah seperti pergi Hutan Paya Bakau di Perak. Kalau di Hutan Paya Bakau Perak memang sejuk sebab banyak pokok. Sebaliknya di Port Dickson sangat panas tambah semasa sha sampai dalam pukul 3 lebih memang tidak menghayati panorama jalan sahaja laju untuk sampai ke penghujung.

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

March 19, 2018

Bonnisan Himalaya Dapat Membantu Meningkat Selera Makan Anak

Assallammualaikum ❤️

Anda mempunyai anak yang susah untuk makan? Kalau ya! Maknanya kita hadapi masaalah yang sama. Anak sha juga hadapi masaalah yang sama iaitu susah betul untuk pujuk dia makan nasi.
Sebagai seorang ibu, agak membimbangkan juga bila anak susah untuk makan nasi ini. Mana tidaknya bila tidak makan nasi, anak akan bergantung hanya pada susu dan makanan remeh temeh seperti keropok, ais krim, gula dan makanan yang kurang khasiat. Sebelum ini sha ada beli minuman berkhasiat yang kaya dengan vitamin dan juga memberi Areez makan kismis.

Jika dibandingkan dengan adiknya Aqeef, kalau bab makan memang Aqeef nombor satu. Pantang nampak kita pegang makan laju sahaja datang nak minta. Mungkin kerana semasa mengandungkan Aqeef sha suka pergi food review... Hihihi. Berbeza pula dengan si abang ini, nasi kalau makan adalah sesuap dua.

Alhamdullillah rezeki dari Allah, Sha telah diberi peluang untuk mencuba kehebatan produk yang pernah viral suatu ketika dahulu, iaitu Bonnisan. Sewaktu produk ini hangat diperkatakan memang terniat untuk membelinya untuk Areez tetapi malangnya sentiasa habis dijual. Jadi jom kita lihat ada apa dengan produk Bonnisan dari Himalaya ini?.


Kalau korang nak tahu, Bonnisan ini sangat membantu dalam proses tumbesaran anak dimana Bonnisan dapat menggalak kesihatan bayi serta anak-anak secara keseluruhan. 

Antara Kebaikkan Produk Bonnisan ini adalah :
  1. Membantu mengatasi masaalah tiada atau kurang selera makan
  2. Cerewit dalam bab makan. 
  3. Mengatasi masaalah perut kembung
  4. Kolik atau Sakit Perut
  5. Meningkatkan proses pencernaan dan penghadaman anak.
  6. Meningkatkan metabolisme kanak-kanak
  7. Kandungan Bahan yang selamat serta Halal
Semua pasti tahu, percernaan sangat baik untuk kesihatan di mana ia dapat membantu menghalang dari pelbagai penyakit.


Sha sudah cuba Bonnisan ini hampir seminggu lebih. Walaupun tidak nampak perubahan yang ketara sangat tetapi apa yang sangat perasan adalah Areez sangat suka akan rasa Bonnisan ini. Setiap hari Sha akan bagi minum satu sudu selepas itu pasti dia akan minta lagi..Hihihi. Lega rasa hati sha Areez suka makan ubat ini. Sha pun tidak ketinggalan untuk rasa ubat Bonnisan ini. Ada rasa sirup, manis dan berangin. Hurmmm.. Patutlah Areez suka, sedap juga rasanya. Hihihi. Disebabkan Areez sudah berumur 3 tahun, jadi sha akan bagi dia makan 2 hingga ke 3 sudu teh selepas makan. 


Semalam selepas maghrib, mama sha panggil katanya Areez nak makan roti. Semasa bersama mama sha, Areez sudah habiskan sekeping roti. Kemudian dengan sha dia berjaya menghabiskan dua keping roti lagi. Berselera betul Areez makan roti cicah dengan air tea o kosong. Seronok pula rasa sha suap dia makan ketika itu. Areez ini, kalau makan kena bersuap kalau tidak dia akan makan main-main. Lebih ke lantai dari ke mulut. Hihihi. 

Bukan setakat ubat malah suasana yang ceria mampu meningkat selera makan anak. Macam sha selalu akan suap Areez dan juga Aqeef jadi di situ mereka akan bersaing untuk makan. Selain itu, jangan memaksa anak duduk makan kalau dia tidak mahu. Sebaliknya sambil diorang main, sambil itu korang sumbat nasi ke mulut diorang. Tidak kisahlah kalau kena berjalan satu rumah untuk suap anak-anak anggap sahaja itu sebagai satu senaman.. Hahaha. 

Cara Pengambilan Bonnisan Himalaya


Untuk Anak Berumur :

1 Tahun : 2 Sudu Teh
2 Tahun : 2 hingga 3 Sudu Teh ( Selepas Makan) 

Sebelum minum kena gongcang dahulu. Simpan di tempat yang kering .Seeloknya di simpan di dalam suhu bilik. Tidak perlu di letakkan di dalam peti ais.  

Bukan sahaja Areez minum Bonnisan ini, adiknya iaitu Aqeef juga sha berikan Bonnisan mengikut sukatan yang telah di tetapkan. Untuk ibu-ibu yang menghadapi masaalah seperti sha, apa kata cuba produk Bonnisan dari Himalaya ini. Mana tahu berhasil membuat anak-anak selera makan. Yang penting sebagai ibu bapa, kita sudah lakukan terbaik untuk kesihatan anak. Jika dalam seminggu tidak nampak hasil, jangan mudah putus asa. Jadikan minum Bonnisan sebagai ruti harian anak anda kerana itu yang sha sedang lalukakn untuk Areez dan juga Aqeef.



Untuk maklumat lebih lanjut berserta pembelian, boleh rujuk link yang sha kongsikan seperti di bawah ini :

Instagram :
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...