February 19, 2018

Tempat Menarik di Kuala Selangor

Assalamualaikum 💕

Bercerita tentang tempat menarik di Kuala Selangor, sabtu lepas sha dan juga keluarga beriadah ke Kuala Selangor. Rancanganya adalah untuk berkelah di Pantai Remis. Jadi sebelum bergerak, kitaorang masak dahulu bekalan untuk makan disana nanti. Tepat pukul 9.30am, terus bergerak ke lokasi perkelahan.


Sebelum sampai ke Pantai Remis, kitaorg singgah dahulu digerai cedol durian pulut Sungai Buluh. Lokasi dia terletak di Jalan Klang - Teluk Intan. Sewaktu sampai disini, orang tidak ramai jadi pesanan sampai cepat. Sha order cendul tanpa pulut. Rasa cendul durian ini memang sedap. Memang licin, tambah makan ketika cuaca panas...fuhhhh...layan..hihihi. Selepas perkena cendol, teruslah bergerak ke Pantai Remis untuk berkelah makan tenghari disana.


Alhamdulillah, ketika sampai di Pantai Remis, masih ada pondok kosong untuk kami duduk berkelah. Sebelum bawa keluar semua bekalan, pondok itu kitaorg bersihkan dahulu. Macam-macam lauk yang kitaorg bawa seperti nasi lemak, nasi putih dan lauk pauk.



Kalau datang disini, seeloknya datang petang kerana pertama memang panas terik disitu. Sha pun sudah bertukar jadi dayang senandungs. Hihihi . Dan yang kedua adalah gerai jualan juga dibuka sepenuhnya pada waktu petang. Pelbagai jenis barang terdapat disitu termasuk barang kering dan basah. Sambil makan, sambil untuk ke tempat seterusnya iaitu Bukit Melawati dan Firefly Resort. Selepas siap berkemas, singgah sekejap gerai kemudian bergerak ke Bukit Melawati.

Lokasi : Pantai Remis,

Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.



Seperti dapat dijangka, di Bukit Melawati ramai orang. Untuk naik kereta api kena beratur panjang. Jadi kitaorang ambil keputusan untuk lepak area disitu sahaja sambil bagi monyet yang berada disitu makan. Dibawah banyak juga monyet berkeliaran, cuma tidak banyak dan pelbagai jenis seperti diatas. Selepas selesai bagi monyet makan, kitaorang pun bergerak ke Firefly Park Resort untuk bawa anak-anak mandi kolam.

Lokasi : Bukit Melawati,
45000 Kuala Selangor, Selangor



Sha sampai di Firefly Park Resort dalam pukul 3pm lebih. Jadi ketika sampai memang pengunjung sudah penuh. Untuk masuk, pengunjung perlu membayar sebanyak dewasa RM7 manakala kanak-kanak pula adalah RM5. Selesai menukar pakaian terus bawa anak-anak terjun dalam kolam. Keadaan air kolam ketika itu agak keruh mungkin jumlah pengunjung yang ramai.

Sha suka konsep chalet dia yang dibina diatas air. Nampak cantik dan menarik. Kawan sha ada tidur di situ. Ketika dia menginapmdi Chalet itui air kolam masih bersih lagi.

Sedang sha lepak dibawah payung kerana hujan ketika itu, ada mak cik sebelah sha cerita yang dia nampak "sesuatu" lalu berdekatan dia tadi. Terus sha hurmmm..teruk betul pengunjung yang tidak menjaga kebersihan. Tidak pasal kolam itu jadi tercemar. kalau Sha teringat kisah itu, kena fikir dua kali untuk datang ke sini balik.

Lokasi : Firefly Park Resort,
Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️ 

February 17, 2018

Extreme Park Port Dickson

Assalamualaikum❤️


Sambungan daripada entry ini. Pada hari kedua pula, sha dan rakan yang lain melakukan aktriakti extreme iaitu Paintball dan ATV. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Macam sha pilih untuk menyertai kumpulan ATV.


Sementara menanti giliran untuk menaiki ATV, sha dan rakan yang lain main go-kart dulu. Untuk go- kart, bayar sendiri iaitu RM25 seorang.


Sebelum memulakan permainan, memang wajib pakai mob cap. Asalnya semua kata nak main relax sahaja, tetapi sebaliknya berlaku dimana semua berdesup laju. Macam sha, ini merupakan pengalaman pertama sha main go-kart jadi agak slow and steady layan lap. Keras betul steering go-kart, lenguh gak tangan memusingnya. Selepas habis layan selekoh go-kart, sha terust ke aktiviti seterusnya iaitu ATV


Yeaahhhh!!! Barisan perjuang bersedia untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan.


Pada peringkat pertama sahaja, kumpulan sha menghadapi halangan dimana salah satu ATV rosak ditengah jalan. Terpaksa abang ATV itu patah balik untuk baiki. Tidak cukup dengan itu, satu ATV juga rosak dan terpaksalah abang ATV jalan kaki dengan menukar ATV miliknya kepada kawan sha. Lopak terdapat di laluan ATV sangatlah dalam berserta selut yang tebal. Selain itu, akar pokok boleh tahanlah menyukarkan laluan.


Macam sha, habis mandi selut dek kerana tayar ATV tersekat dalam selut. Bila kita press minyak untuk melepasi halangan maka dengan selut sekali terpercit. Suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Sha rasa sangat berpuas hati kerana walaupun penat, tetapi sha berjaya melukakan aktiviti yang sha tidak pernah buat sebelum ini iaitu go-kart dan ATV.



Di atas sha ada buat sedikit video story sepanjang sha berada di Port Dickson. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry yang akan datang

Sekian Terima Kasih ❤️
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...