September 12, 2017

Pantai Teluk Bidara Dungun Terengganu

Assallammuaikum ❤️


Kalau sudah sampai Terengganu, rugi dan macam ada tidak lengkap pula rasa jika tidak singgah pantai. Di sini terdapat beberapa pantai yang cantik untuk lepak-lepak sambil tenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga.


Pantai yang sha maksudkan adalah pantai Teluk Bidara. Pantai ini terletak di dalam daerah Dungun. Kalau korang dari arah bandar dungun, korang akan melalui jambatan baru dungun.

Apa yang menariknya adalah, ketika dalam perjalanan ke sini, korang akan melalui kawasan kampung. Seronok rasanya hati ketika melalui kawasan kampung itu. Untuk sampai ke destinasi, terdapat banyak simpang yang perlu korang lalui. Jangan risau, setiap simpang terdapat papan tanda, jadi kalau betul ikut,memang tidak akan sesat.


Ketika sha sampai disini, cuaca agak baik, jadi sempatlah kami bermain-main di titi air. Pasir disini memang putih dan ombak pula terkadang kuat dan terkadang tenang. Tapi malangnya sini tidak boleh mandi sebab ada tertulis di signboard. Tapi kalau korang hendak tahu, ketika itu ada sahaja beberapa orang yang mandi.


Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, kami hanya bermain pasir dan air laut ditepi gigi air. Selain itu juga kami bermain layang-layang yang kebetulan ada bawa ketika itu. . Bila masa telah menunjuk hampir 7 malam, kami pun bergerak pulang ke homestay. Sebelum pulang, kami singgah dahulu gerai yang berada ditepi jalan untuk bungkus goreng pisang.

Alamat : Pantai Teluk Bidara, 23000 Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia

Terima Kasih

September 11, 2017

Pertama Kali Sambut Raya Haji di Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini sha ingin cerita tentang percutian sha ke Terengganu. Sha jatuh cinta dengan Terengganu ini sejak sha berkahwin dengan suami lagi. Sha cuti bulan madu juga di Pulau Redang, Terengganu.

Ada beberapa perkara yang buat sha jatuh cinta dengan Terengganu ini iaitu pertama adalah pantai dan kedua adalah makanan.

Ketika cuti sempena hari Kemerdekaan dan juga cuti Hari Raya Haji sha dan juga keluarga mertua telah pergi bercuti sambil melawat saudara mara mertua yang berada di sana.

Berbalik pada sambutan Hari Raya Haji di sana, bagi sha sama sahaja dengan di Selangor. Kami telah menyewa homestay milik saudara mertua dan bergotong royong untuk menyediakan juadah Hari Raya Haji seperti ketupat, rendang dan masak lodeh. Pada belah malam pula bergotong royong bakar BBQ.


Barisan model-model yang bergelar mak-mak orang di Hari Raya Haji. Sang suami,  selepas balik sembahyang raya, makan dan terus tidur. Jadi kami sang isteri-isteri sahaja bergambar. Pada Hari Raya Haji kali ini makanya tidak dapatlah lihat sembelihan lembu seperti raya-raya yang lepas. Selepas sembahyang jumaat, kami semua bergerak ke rumah saudara yang terletak di Bandar Ketengah Jaya Dungun, Terengganu.

Sudah masuk makan tenghari, masa untuk makan!  sha akan sambung lagi cerita tentang Terengganu di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih 💕
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...