August 14, 2017

Ayam Penyet Best Tsb Sungai Buloh

Assallammualaikum  ❤️


Semalam adalah hari lahir ibu mertua sha, jadi kitaorang telah rangcang untuk menyambut hari lahirnya di Ayam Penyet Best area Tsb Sungai Buloh. Ibu mertua tidak tahu pun yang Kitaorang  nak buat kejutan untuk hari lahirnya. Kitaorang beritahu hanya pergi makan-makan sahaja. Ibu mertua sha amat terkejut bila kami semua buat gimik nyanyi lagu happy birthday diiringi kek hari lahir. Memang gembira betul dia melihat anak, menantu dan juga cucu sama-sama menyanyikanya.



Ketika berada di restoran ayam penyet best, sha mencuba nasi lemak bersama kopi ais. Manakala keluarga lain pula kebanyakkanya memesan nasi putih bersama ayam penyet. Apa yang sha paling suka adalah sambal dia. Rasanya memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak, kacang dan juga ikan bilis ranggup. Begitu juga rasa kopi ais dia yang memang kaw dan cukup rasa. Sha juga ada rasa ikan keli dia yang ranggup bersama sambal dia yang sangat pedas. Memang berasaplah telinga makan sambal dia. Walaupun pedas tapi sedap.

Keseluruhan sha rasa ayam penyet best ini best. Begitu juga dengan suasana restoran dia yang besar, bersih dan selesa. Anak sha dan anak buah siap main kejar-kejar didalam restoran ini. Restoran ini memang sesuai untuk bawa keluarga bersama berkunjung ke sini. Cuma satu sahaja, restoran dia kurang sejuk sebab kipas dia sangat perlahan. Agak berpeluh jugalah kitaorang ketika berada di sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Bubye.

Alamat :
Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor

Masa:
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

August 11, 2017

Satay Minang Paya Jaras

Assallammualaikum


Hai semua! Korang rasa apakah apakah topik yang akan sha kongsikan hari ini? kalau tengok gambar pun korang sudah boleh agak apa yang akan sha ceritakan.

Siapa disini yang pernah makan satay minang? cuba angkat tangan, sha hendak tengok sikit..hahaha. Sebenarnya sha pun baru berjinak-jinak makan satay minang ini. Sha belajar makan satay minang ini dari suami sha.

Pertama kali makan sha makan satay minang di paya jaras pak yat ini, memang rasa teruja maklumlah tidak pernah makan. Baru sha tahu yang rasa satay minang ini boleh tahan sedapnya. Perniaga yang buat satay minang ini juga pandai buat kuahnya. Pendek kata satay minang ini memang kena dengan selera sha.

Antara yang terkandung dalam satay minang adalah satay ayam, nasi himpit, bawang goreng dan juga keropok. Kemudian diletakkan bersama dengan kuah yang memang sedap.

Beberapa kali jugalah sha dan suami datang makan satay disini. Selalu sha dan suami akan pesan 10 cucuk. Sha juga suka pesan bakso sebagai menu tambahan ketika berada disini. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha, jika hendak mencuba boleh lihat alamat seperti dibawah ini :

Sate Minang Pak Yat
Lot 2986, Jalan Kuala Selangor
Kampung Paya Jaras Tengah
47000 Sungai Buloh Selangor
Telefon :  017-8891040

Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...