July 16, 2017

STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

Assallammuaikum ❤️



Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi.

Zaman sekarang ni kita sebenarnya perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat. Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular.

Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].


Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.

KEBAIKAN STEEVYA


Produk STEEVYA ini tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain.
Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57).
Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi.
STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa. Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin Ctersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis.

STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka. Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah untuk pesakit macam Eyda ni, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. Selain tu boleh juga letak dalam masakan tau.

Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.

KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?

Kenapa perlunya kita gunakan Steevya ni???? Selain dia adalah bahan semulajadi ia juga dah ada Vitamin C... Haaa tengok penerangan dekat bawah ni.

Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml.

Kebiasaannya produk stevia dekat pasaran cuma ada botol 10 atau 15ml sahaja. Tetapiiiii, STEEVYA adalah produk pertama yang mengeluarkan kemasan 50ml dengan harga yang amat berpatutan berbanding harga produk ekstrak stevia yang lain di pasaran.

Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Betollll harganya cuma RM49.00 sahaja....

Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat. Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.

Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia.

Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa. Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA!

TESTIMONI STEEVYA





Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA?

Layari laman web: www.steevya.net

Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com

Sekian Terima Kasih

June 13, 2017

Ifftar Bersama Sahabat Uitm Perak D'Kayangan Shah Alam

Assallammualaikum


Bukan mudah untuk buat perjumpaan dengan kawan-kawan lama semasa sama-sama menuntut di Uitm Perak. Sudah lama kami rancang dari zaman bujang sehingga sudah beranak pinak inilah merupakan perjumpaan pertama kami. Selalu kalau rancang pasti tidak jadi. Perjumpaan kali ini pun masih tidak cukup seorang tetapi alhamdulillah dapat juga bertemu dengan yang lain.Seminggu yang lalu kami telah merancang untuk ifftar bersama. Lokasi yang kami pilih adalah D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet di seksyen 13 Shah Alam.


Ketika sampai memang tempat sudah fully booked. Nasib kami telah buat reserved awal-awal sebelum datang. Kami dapat seat bahagian luar tanpa bumbung. Ketika itu berdoa sahaja didalam hati agar tidak hujan. Tempat yang kami dapat juga agak sempit jadi terpaksa duduk berhimpit. Kami ada empat family tetapi jug air diberi hanya satu. Bila minta lagi satu katanya satu meja hanya satu. Sementara menunggu waktu berbuka memang kena beratur untuk mengambil makanan sebab orang memang ramai sangat. Makanan di situ memang banyak pilihan rasanya dia juga boleh tahan.


Sedang rancak berborak dengan rakan-rakan tiba-tiba datang badut buat suprise!! apa lagi seronoklah kanak-kanak yang datang disitu terutama si Areez sampai 3 belon dia dapat sebabnya dia asyik bagi pecah sahaja. 



Inilah dia wajah-wajah kawan Uitm semasa menuntut bersama di Uitm Perak. Kami berkawan sejak tahun 2012 sehinggalah sekarang. Kebanyakkan semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Macam-macam suka duka yang telah kami hadapi bersama. Ketika shailla ditimpa masaalah merekalah selalu memberi semangat dan kekuatan. Syukur sangat mempunyai mereka dalam hidup Shailla.Semoga Ukhuwah ini akan kekal hingga ahkir hayat. Okay sampai disini sahaja entry shailla kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih. 


Bila Aqeef Demam

Assallammualaikum❤


Ibu mana yang tidak susah hati jika anak demamkan. Pada sabtu lepas, suhu panas badan Aqeef naik pada 39.9°c. Dari malam tidur tidak lena dan asyik merengget sahaja.  

Petang pula, shailla ada berbuka puasa dengan kawan-kawan Uitm. Pening juga kepala semasa itu samaada hendak pergi atau tidak pergi. 

Kemudian shailla putuskan untuk bawa Aqeef ke klinik berdekatan. Sampai di sana setelah check up, teruk doktor masuk ubat insert dalam buntut dan membekalkan beberapa jenis ubat. 

Selepas check up shailla terus ke destinasi untuk berbuka dengan kawan Uitm. Ubat insert itu sangat bagus dimana suhu panas anak shailla turun dengan cepat dan dia kembali senyum. Kalau tidak, agah macamana pun tidak mahu senyum langsung. 

Alhamdulillah Aqeef sekarang sudah semakin sihat dan semakin banyak perangai iaitu hendak orang agah dan duduk main dengan dia sahaja. Jenuhlah asyik melayan kerenah dia, walau bagaimana pun yang penting dia sihat. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

June 10, 2017

Resepi Tauhu Terbalik

Assallammualaikum❤


Berbuka puasa apa hari ini? Siapa disini yang suka makan tauhu? Pasti disini ramai penggemar tauhukan? Shailla hendak kongsi resepi Tauhu Terbalik. Pasti ramai yang telah tahu dan mencuba buatkan. Shailla pun pertama kali juga buat tauhu terbalik ini. Ini versi shailla iaitu versi guna bahan apa saja ada dirumah.


Bahan-Bahan

1. Tauhu Sepeket ( 8 Keping)
2. Carrot (1/2) Potong Dadu
3. Sosej Seketul Potong Dadu
4. Isi Ayam Potong Dadu
5. Garam Secukup Rasa

Cara Masak 

1. Tauhu potong bentuk "X" pada bahagian atasnya.
2. Kemudian terbalikan tauhu itu agar kulit didalam isi diluar.
3. Tanggalkan isi-isi tauhu hingga bersih
4. Kemudian ambil carrot, sosej, isi ayam dan isi tauhu gaul bersama garam.
5. Setelah itu masuk ke dalam tauhu dan goreng. Pastikan api slow untuk memastikan isi didalamnya masak.
6. Siap untuk dimakan.

Okay, resepi shailla ini simple sahaja sebab anak shailla pun makan jadi tidak boleh pedas. Kalau hendak nampak lebih meriah, boleh masukkan sayur kacang, cili merah, dan kentang. Sampai disini sahaja perkongsian shailla untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

June 08, 2017

Mahu jadi pereka berjaya? Kursus Pembuatan Kasut (INSEP) adalah jawapannya

Assallammualaikum❤


Kalau bercakap tentang kasut, pastinya menjadi tumpuan para wanitakan. Kasut memainkan peranan penting bukan sahaja bagi golongan wanita tetapi juga lelaki. Kalau kita lihat melalui gaya hidup zaman moden hari ini yang sentiasa mengikut aliran perkembangan fesyen semasa dan terkini. Seiring dengan kelahiran pereka-pereka muda dengan idea-idea yang memukau dan unik bagi memberi kelainan pada si pemakai.

Pasti korang kenal dengan Jimmy choo? beliau merupakan contoh pereka kasut yang terkenal. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut, malah mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Ada sesiapa disini mempunyai impian untuk menjadi seperti beliau? disini shailla ingin berkongsi satu khusus yang mampu mengasah bakat korang lebih mendalam dalam bidang pembuatan kasut.

Disini shailla hendak kongsi satu khusus yang boleh korang sertai untuk mencapai impian korang sebagai pereka kasut. Khusus ini  dikenali sebagai Kursus Pembuatan Kasut (INSEP). Khusus ini merupakan khusus jangka pendek dimana hanya perlu mengikuti kelas selama 4 bulan dan mengikuti latihan industri selama 4 bulan. Apa yang menarik tentang khusus yang ditawarkan oleh SHRDC adalah yuran kemasukan percuma dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi korang tidak perlu risau lagi tentang yuran pengajian kerana dia adalah PERCUMA. korang hanya perlu bawa badan dan juga semangat untuk menyertai Kursus Pembuatan Kasut ini. Syarat melayakkan korang meyertai khusus ini adalah WARGANEGARA MALAYSIA. Pemegang DIPLOMA dalam apa-apa bidang pengajian. “Fresh Graduate” dan tidak bekerja juga sangat digalakkan untuk memohon.



Korang juga berpeluang untuk mengikuti latihan imdustri di syarikat-syarikat kasut terkenal seperti Bonia, Larries, Amori, Dr Cardin, Hush Puppies, Zan Toi dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri kasut. Bila korang menghadiri latihan industri ini bukan sahaja membuka peluang untuk diserap menjadi perkerja tetap di syarikat itu, malah turut memberi korang pengalaman sebenar dalam dunia perkerjaan sebagai seorang pereka kasut. Sepanjang tempoh latihan ini korang akan mempelajari selok belok dunia rekaan kasut. Khusus ini merupakan khusus sepenuh masa dimana kelas akan berjalan dari hari isnin hingga jumaat. Gambar diatas adalah shailla menyertai shoe festival di PWTC pada tahun 2013. Pelajar-pelajar pembuatan kasut dari SHRDC ini diberi peluang untuk mempamerkan hasil rekaan mereka disana.



Untuk menjadi seorang pereka bukan semudah ABC, banyak yang perlu korang pelajari. Di SHRDC kami menyedia tenaga pengajar yang cukup mahir dalam bidang perbuatan kasut. Dimana mereka akan mengajar dari kosong hinggalah berjaya menyiapkan beberapa pasang kasut hasil tangan korang sendiri . Korang tidak akan rasa menyesal menyertai khusus ini kerana korang akan keluar dari SHRDC dengan ilmu Pembuatan Kasut penuh di dada. Di atas shailla kongsikan beberapa keping gambar hasil tangan pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Pembuatan Kasut (INSEP). Tidak sangka bukan mereka mampu menyiapkan kasut dari rekaan mereka sendiri. Apa yang penting adalah untuk menjadi seorang pereka,korang harus berani dan percaya pada diri sendiri.



Dengan menyertai khusus ini juga korang akan bertemu dengan kawan-kawan baru yang korang tidak pernah kenal selama ini dan dari latar belakang yang berbeza. Macamana? menarik bukan khusus ini? jadi apa kata kalau yang tengah mencari kerja atau sedang menganggur boleh mencuba menyertai Kursus Pembuatan Kasut ini. Korang boleh terus hubungi  untuk mengetahui details lanjut tentang khusus ini, Details shailla telahkan kongsikan dibawah ini.

Sila email kan CV/resume anda kepada : recruitment@shrdc.org.my
Atau 
Hubungi 03 5513 3560 (Puan Juraina)

Untuk dapatkan informasi mengenai program kami sila layari :-

Lokasi Pusat Latihan kami di:-

Selangor Human Resource Development Centre
Grd Floor Block 2, Worldwide Business Centre
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam.
Selangor.

Sekian Terima Kasih

June 02, 2017

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan di The Rack Boutique Cafe

Assalamualaikum 💕 

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ketiga tahun. Shailla dan suami sambut di The Rack Boutique Cafe. Selepas pukul 5 terus drift balik rumah siap-siap semua kemudian dalam pukul 6 jugalah baru gerak. 

Sebelum shailla datang, shailla telah reserved dahulu tempat sebab memang tahu confirm penuh. Setelah berjaya harungi jem, akhirnya sampai juga ke lokasi yang dituju. Ketika sampai pun parking sudah penuh nasib ada terselit satu parking untuk kitaorg. 


Setelah masuk ke kedai, terus order makanan sebab risau pesanan sampai lambat..hahaha... Haishhhh... Nampakk sangat gelojohnya... Ehhhh... Bukan gelojoh tetapi sediakan payung sebelum hujan sebab tahun lepas shailla pernah jadi lebai malang dimana selepas waktu berbuka pun pesanan makanan masih tidak sampai, bukan sahaja makanan air pun takde!! Kitaorang berbuka dengan keropok Areez. Huhuhu. Sadesss betul time tu. 


Sedang asyik selfie dengan keluarga, tiba-tiba pesanan pertama kami sampai iaitu Nancos Cheese bersama sosej.


Budak inilah dapat rasa dulu, terliur gak tengok dia makan.hohoho.Tiba-tiba Areez menjerit macam kepedasan. Terus bagi air masak. Jadi Shailla cakap dengan husband "apa kata awak rasa, pedas ke tak? Terus husband jawab," ehhhhh awaklah rasa" hahaha. Keluar air mata gaklah si Areez makan Nancos Cheese ni. 



Yeahhh... Pesanan utama sudah sampai!! Apa lagi let's Selfie first!! Sementara tunggu azan maghrib berkumandang. Hidangan ini dinamakan dulang combo. Set yang Shailla order ini untuk 2 orang makan. Tetapi bila sampai,woahhhh ini macam untuk 4 orang makan! Memang banyak. 


Elok sahaja azan maghrib berkumandang, baca doa terus ngap. Husband siap pesan lagi jangan minum air banyak nanti cepat kenyang. Dalam set Dulang Combo ini terdapat speggeti, meatball. Chicken chop dan kentang. Jadi Shailla pula pesan dengan husband makan ayam dulu bab ayam banyak isi nanti cepat muak. Hahaha. Chicken chop dia juga bagi shailla pedas sikit tetapi sedap. Mungkin kerana kuah yang digunakan bersama ayam yang ranggup. Haaa... Meatball bersama kuah cheese melempah itu pun rasa sedapp lebih kurang rasa meatball ikea. Cuma speggeti dia sahaja kuahnya rasa agak masam sikit. Kentang macam biasa anak shailla kerjakan. Percayalah bahawasanya kami gagal menghabiskan makan dalam dulung itu lalu bungkus bawa pulang. Harga set Dulang Combo ini adalah RM36 ringgit sahaja. 

Untuk Nancos Cheese memang sedap dan pedas dimana bahagian yang terkena serbuk lada. Jadi untuk Areez Shailla pilih bahagian yang tidak kena serbuk lada. Kuantiti dia juga banyak dan berbaloi dengan harganya. Nancos Cheese ini korang boleh dapat berharga RM12 ringgit. 

Okay sampai disini sahaja, sesiapa yang rasa hendak berbuka di The Rack Boutique Cafe ini, shailla letak alamat dan nombor telefon dibawah ini. 

Alamat : 
1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Maps

Nombor Telefon 
01137845657

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...