May 28, 2017

Berbuka Puasa di Jom Makan! at Coffee Societe

Assallammualaikum


Hari itu shailla pergi makan di Coffee Societe yang merupakan cawangan bagi Garage 51. Lokasi dia terletak di Dutamas. Kedai kecil sikit dari garage 51 tetapi persekitaran dia memang selesa dimana tidak crowded dan tersedia kerusi di dalam dan luar.




Coffee Societe ini memang sesuai untuk korang suka duduk lepak santai-santai dengan kawan-kawan. Dimana korang akan rasa enjoy dan relax bila berada disini. Shailla sangat tertarik susun atur kedai dia,amat cantik dan tersusun sahaja. Begitu juga dengan lighting terpasang dikedai ini bila dalam gambar memang nampak cantik.



Sempena Ramadhan yang mulia ini, Coffee Societe  buat Jom Makan! at Coffee Societe dengan berharga RM25 untuk korang yang rancang untuk berbuka disini. Untuk Jom Makan! at Coffee Societe ini, korang boleh mencuba set Ayam Kapitan with Fish Kerabu and orange rice. Dalam Set ini ini juga terdapat juga Teh Tarik Milk Tea with Bubble Pearl dan juga kuih. Kalau kita lihat set hidangan dia memang nampak lazat. Selain korang juga boleh makanan dan minuman seperti dibawah

The Son - Nutella with hints of Hazelnut awesomeness 

Smoked Salmon on 3 eggs Scramble & Sourdough

Poached Egg On sourdough with smashed Avocado 

Grilled Boneless Chicken with Wedges

Quick Seared Lamb Shoulder with Widges, Roasted, Green Peas

Carbonara Speghetti

Cappuccino 

Shailla dan juga kawan-kawan lepak pada malam itu

Shailla, Bella dan Yanie

Shailla bersama Kak Azni

Shailla bersama Erma

Okay semua, jom makan! At Coffee Societe lokasinya Shailla share dibawah ini. Rugi tau tidak mencuba. 

Instgram : @coffeesociete
Facebook : CoffeeSociete
Alamat : Publika
Block D4, Level G3, Unit 3A
Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Sekian Terima Kasih

May 23, 2017

SGShop Memudahkan Beli Barang Dari China

Assallammualaikum


Kalau bercerita tentang online shopping ini memang menjadi kesukaan shailla. Sebelum ini shailla hanya shopping barang-barang online daripada Malaysia sahaja. Apa kata kita cuba pula shopping luar Malaysia. Kepada penggemar online shopping di Taoboa, ini berita baik buat anda dimana tidak perlu lagi bersusah payah untuk translate Bahasa dari China ke Malaysia kerana SGShop Malaysia dapat membantu anda.

Apakah itu SGShop? pasti korang semua tertanya-tanya bukan? SGShop merupakan satu online shopping yang berasal daripada Singapore. SGShop ini telah bertapak sejak tahun 2011 dan mula memasuki Malaysia pada tahun 2015. Apa yang istimewa tentang SG Shop adalah memudahkan kita membeli barang direct daripada China. Apa yang bagusnya tentang SGShop ini adalah dia ada dwi bahasa iaitu bahasa china dan juga bahasa English. SGShop juga merupakan platform kepada online shopping terkenal dari China iaitu Taoboa.

Cara untuk membeli barang dengan SG Shop adalah seperti dibawah :


  1. Register dan log in ke dalam akaun korang. Untuk permulaan better agar korang ambil “Buy For Me”. Bila korang sudah pro barulah cuba “Ship For Me” dimana di situ korang akan dapat penjimatan dibahagian Agen Service.


2. Kemudian, search product yang ingin korang beli mengikut kategori ataupun direct search melalui kotak yang disediakan seperti diatas.



3. Kemudian korang pilih produk yang hendak korang beli itu dan Add To Chart.


5. Di atas adalah jumlah yang perlu korang bayar pada pihak SG Shop. Untuk maklumat semua jumlah diatas belum termasuk harga shipping dari Warehouse China Ke Malaysia. Sebelum ke peringkat seterusnya korang perlu tick kotak bawah bagi memastikan korang setuju pemotongan jika ada kos Domestic Shipping.

6. Kemudian korang boleh pilih sama ada mahu bayar melalui Visa, FPX atau pun online banking



7. Setelah bayaran  berjaya dibuat,korang akan dapat beberapa message notification seperti diatas ini. Shailla punya barang sekarang baru sampai peringkat My Collection dimana barang shailla sedang dalam proses penghantaran daripada China Ke Malaysia.

Jangan terkejut pula yer, bila korang dapat notification untuk membuat pembayaran shipping kali kedua kerana untuk pembayaran pertama korang hanya perlu bayar harga produk + domestic shipping. Manakala untuk pembayaran kali kedua pula bila barang kita sudah masuk China Warehouse kemudian kita kena bayar pula kos international shipping ke Malaysia + servis caj dan clearance.


Diatas adalah kos penghantaran barang untuk international shipping. Kalau hendak murah, better korang pilih produk-produk yang tiada caj domestic shipping.


Dan ini pula adalah masa yang diambil untuk penghantaran barang yang korang order itu. Jika korang hendak barang korang order sampai cepat, seeloknya guna shipping method Express Air tetapi fee dia mahal sikit berbanding Sea Shipping.


Kalau korang perasan dibawah terdapat kotak "Help". Tujuan wujudnya kotak itu adalah khas untuk korang berkomunikasi dengan customer service mereka. Jadi jika ada yang korang tidak faham, boleh direct chat dengan mereka. 

Dari pengalaman Shailla menggunakan Online Shopping SGShop ini adalah mula-mula rasa blur sikit tetapi bila sudah beberapa kali explore dan follow step by step GUIDE SGShop , akhirnya shailla berjaya juga membeli barang dari sini. Tidak dinafikan guide yang mereka sediakan sangat berguna terutama pada kita yang baru-baru berjinak untuk shopping di online shopping ini.

Shailla juga ada jumpa beberapa barang yang gambar iklannya dalam bahasa china. Jadi shailla tanpa segan silu meminta customer service mereka translate ke english version melalui chat help yang disediakan. Selain itu ada beberapa barang yang memerlukan kita untuk pilih "Type Of Package " tidak diletakkan details item. Jadi shailla terpaksa kacau lagi customer service mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang details type of package itu. Apa yang bagus tentang customer service mereka ini adalah meraka akan memberikan jawapan beberapa minit setelah kita hantar soalan kepada mereka.

Ini merupakan pengalaman baru buat shailla shopping barang dari luar negara, shailla pernah cuba direct melalui web Taoboa agak susah juga sebab semua dalam bahasa china jadi agak terbantut jugalah shailla untuk shopping. Dengan SGShop akhirnya tercapai juga wishes list shailla untuk shopping barang-barang yang ada di laman Taoboa.

Tidak sabar rasanya untuk tunggu barang yang shailla order itu sampai ke tangan shailla. Jadi korang, apa kata usha-usha SGShop Malaysia dahulu , mana tau kalau ada yang berkenan, masuk dalam Wishes List atau "Add Chart" dulu yer kerana shailla akan melancarkan GIVEAWAY yang menawarkan 10 X RM100 shopping credit. 

Sekian Terima Kasih

May 16, 2017

Shopee My Online Shopping Murah Tanpa Perlu Berpeluh

Assalamualaikum

Kalau korang hendak shopping murah tanpa berpeluh, bolehlah ke online shopping iaitu Shopee My dimana korang tidak perlu berjalan atau berebut parking kereta untuk membeli barang-barang yang dihajati. Korang hanya perlu buat beberapa step dibawah untuk membeli barang yang dihajati iaitu :

Step 1
Install application Shopee My melalui Playstore atau App Store

Step 2
Register maklumat peribadi korang

Step 3
Pilih barang kemudian bayar melalui online banking




Ramadhan sudah hampir tiba pasti sudah ramai yang sudah mula start servey barang-barang untuk persiapan raya yang bakal menjelma nanti. Shailla ini kalau bab shopping, memang suka barang yang murah-murah sahaja janji sedap mata memandang. The best is shopping barang murah-murah ini adalah contohnya baju raya, shailla dapat membeli dengan kuantiti yang banyak.



Boleh kata mostly barang-barang yang shailla beli dekat Shopee My ini berkualiti. Kalau hendak baju muslimah, baju baby, handbag dan lain-lain barang yang cantik dengan harganya bawah RM100 juga boleh didapati di shopee My ini. Shopee My juga rajin sangat buat sale dan beri code promosi, korang hanya perlu sediakan duit sahaja.muehehehe.Wahhh bergaya sakanlah pada raya tahun ini. Hihihi.

Sebelum ini seram gila nak beli barang online ini sebabnya takut kena tipu. Dengan Shopee My ini memang korang akan rasa selamat sebabnya sistem Shopee My macam ini korang beli barang dengan online shopper yang terdapat dalam Shopee My ini , kemudian pihak Shopee My akan holdkan dahulu bayaran pada pihak kedai sehingga barang sampai dalam keadaan selamat dan sempurna ke tangan korang. korang akan dapat notification dari pihak Shopee My supaya verified barang sudah terima atau belum sebelum pihak Shoppe My melepaskan pembayaran pada pihak kedai dan korang juga diminta memberi penilaian pada pihak kedai. Apa yang best tentang Shopee My adalah barang dihantar menggunakan pos laju. Sepanjang shailla beli, semua barang shailla sampai awal tidak pernah delay sampai 3 hari keatas. Ada yang beli hari ini, keesokannya dapat.

Sekarang ini Shopee My sedang buat Raya Sales dan juga 45 DAYS OF SURPRISE GIVEAWAYS! bertemakan Shopee Cahaya Raya. Terdapat pelbagai jenis barang-barang seperti baju, gadjet, peralatan rumah dan lain-lain lagi yang dijual dengan harga promosi. Wahhhh sangat berbaloi-baloi okay shopping online di Shopee My . Baik korang cepat-cepat shopping dekat Shopee My sekarang ini kerana Shopee Cahaya Raya promosi dia sudah mula berlangsung!

Cuba korang buka dahulu https://shopee.com.my untuk melihat barang-barang yang terdapat di shopee My ini. Selamat menjamu mata dan membeli belah you all.

Sekian Terima Kasih.

May 07, 2017

Perkhidmatan Mua Area Selangor Makeupbyninanizam

Assalamualaikum 💕


Haaa... Korang yang duduk area Selangor yang masih tercari-cari Mua untuk majlis istimewa korang, mai sini shailla ingin recommend Mua Nina Nizam. Kalau dari segi pengalaman, masih lagi baru dalam bidang mak andam ini tetapi hasil make up adik nina ini memang puas hati.



Shailla belanja sikit hasil sentuhan magic dari adik nina nizam ini.


Korang kenalkan model comel diatas ini? Hahaha... Perasan sudah. Hendak dijadikan cerita, shailla ada photoshoot hari raya dengan kelab blogger ben ashaari di Upm. Jadi ketika photoshoot ini berlangsung haruslah ada Mua agar kita kelihatan cantik dan bergaya ketika beraksi dihadapan kamera. Shailla mengenali nina nizam ini melalui kawan baik shailla iaitu azza. 



Inilah dia adik nina nizam. Cantik kan? Macam kacukkan orang putih pun ada.. Hahaha. 




Ini pula gambar shailla bersama dengan adik nina dan juga gambar hasil sentuhan magic oeh adik nina nizam ketika hari photoshoot itu. Adik nina ini make up memang tangkas. Dia hanya mengambil masa dalam 45 minit untuk menyiapkan make up shailla. Shailla berani recommend dekat korang kerana shailla sendiri telah merasai sendiri sentuhan dari adik nina ini. Shailla juga percaya sentuhan dia tidak akan menghampa korang. Lihat sahaja hasil sentuhan dia pada shailla memang terbaik. 


Terima kasih adik nina kerana telah mengubah akak menjadi cantik seperti siti nordiana... Ehhhh!!. Hahaha. Akan Shailla doakan semoga adik nina berjaya dan maju dalam bidang Mua. 





Diatas adalah antara harga pakej Mua yang ditawarkan oleh makeupbyninanizam. 


Selain itu juga, adik nina juga ada buat kelas basic make up. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari dunia make up, boleh menyertai kelas yang dianjurkan oleh adik nina. 

Korang boleh terus usha IG adik nina ini dekat sini @makeupbyninanizam untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan juga pakej-pakej yang ditawarkan oleh adik nina ini. 

Sekian Terima Kasih.  


Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...