May 07, 2017

Perkhidmatan Mua Area Selangor Makeupbyninanizam

Assalamualaikum 💕


Haaa... Korang yang duduk area Selangor yang masih tercari-cari Mua untuk majlis istimewa korang, mai sini shailla ingin recommend Mua Nina Nizam. Kalau dari segi pengalaman, masih lagi baru dalam bidang mak andam ini tetapi hasil make up adik nina ini memang puas hati.



Shailla belanja sikit hasil sentuhan magic dari adik nina nizam ini.


Korang kenalkan model comel diatas ini? Hahaha... Perasan sudah. Hendak dijadikan cerita, shailla ada photoshoot hari raya dengan kelab blogger ben ashaari di Upm. Jadi ketika photoshoot ini berlangsung haruslah ada Mua agar kita kelihatan cantik dan bergaya ketika beraksi dihadapan kamera. Shailla mengenali nina nizam ini melalui kawan baik shailla iaitu azza. 



Inilah dia adik nina nizam. Cantik kan? Macam kacukkan orang putih pun ada.. Hahaha. 




Ini pula gambar shailla bersama dengan adik nina dan juga gambar hasil sentuhan magic oeh adik nina nizam ketika hari photoshoot itu. Adik nina ini make up memang tangkas. Dia hanya mengambil masa dalam 45 minit untuk menyiapkan make up shailla. Shailla berani recommend dekat korang kerana shailla sendiri telah merasai sendiri sentuhan dari adik nina ini. Shailla juga percaya sentuhan dia tidak akan menghampa korang. Lihat sahaja hasil sentuhan dia pada shailla memang terbaik. 


Terima kasih adik nina kerana telah mengubah akak menjadi cantik seperti siti nordiana... Ehhhh!!. Hahaha. Akan Shailla doakan semoga adik nina berjaya dan maju dalam bidang Mua. 





Diatas adalah antara harga pakej Mua yang ditawarkan oleh makeupbyninanizam. 


Selain itu juga, adik nina juga ada buat kelas basic make up. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari dunia make up, boleh menyertai kelas yang dianjurkan oleh adik nina. 

Korang boleh terus usha IG adik nina ini dekat sini @makeupbyninanizam untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan juga pakej-pakej yang ditawarkan oleh adik nina ini. 

Sekian Terima Kasih.  


April 26, 2017

Kbba9 Photoshoot Raya 2017 Di Muzium Warisan Melayu, UPM

Assallammualaikum



Alhamdulillah Photoshoot Raya Kbba9 yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari dengan kerjasama photographer terkenal iaitu Wan Izhar Abu Bakar bertempat di Muzium Warisan Melayu, UPM sudah pun sattle.




Tahu tak bertapa ohsemnya hari kejadian dimana semua blogger kbba9 kelihatan cantik sangat. Photoshoot kali ini bagi shailla sangat seronok dimana walaupun bawa hero dua orang dengan bantuan suami masih rasa santai. shailla juga dapat beramah mesra dan berkenalan dengan blogger- blogger yang sebelum ini tidak pernah berjumpa dan hanya berborak melalui whatsapp group sahaja. Seronok rasa berjumpa diorang ini kerana diorang kelakar dan gila-gila.


Kali pertama shailla bergambar dengan abang Ben Ashaari ini. Sebelum ini rasa takut juga nak bergambar dengan dia kerana bagi Shailla dia seorang ketua yang tegas, jadi setiap kali nak ambil gambar dengan abang Ben mesti tidak jadi..hahaha


Pada hari tersebut, muka shailla telah diconteng oleh adik manis iaitu adik nina nizam. Habis muka shailla dari shazillah sani berubah menjadi anne ngasri..ehhh!!!. Nantikan tentang review shailla untuk Mua ini pada next review.


Ramai berkenan pakaian yang shailla peragakan pada hari itu. Pakaian shailla adalah dari byfaradila. Pakaian yang terdapat di kedai byfaradila memang cantik-cantik. Nantikan tentang review shailla untuk pakaian ini .

Banyak shailla belajar dari photoshoot kali ini. Dari sini shailla belajar tentang keyakinan diri, tepati masa, bertolak ansur dan sabar.

Sarapan Pagi

Sebelum photoshoot mesti sarapan dahulu barulah badan bertenaga untuk pose. Menu sarapan pada pagi itu adalah nasi lemak.


Makan Tenghari 



Manakala untuk makan tengahri pula adalah makanan lauk kampung yang super sedap. Antara juadah yang tersedia adalah masak lemak rebung, sambal ayam, ulam ulaman dan sambal belacan.Fuhhhh memang terasa suasana duduk di kamoung ketika menikmati juadah yang disediakan. Sarapan pagi dan makan tenghari disediakan khas oleh Muzium UPM, Cafe UPM.



Ketika photoshoot ini berlangsung, kami dibekalkan dengan Waazu Sanitizer & Disinfectant iaitu spray serbaguna untuk para blogger. Terima Kasih Puan Noreen . Untuk info lanjut tentang spray ini boleh call atau whatsapp di nombor 018-3675119.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...